Hukum Nikah Gantung Dalam Islam

Salam satu Malaysia. Apakah yang dimaksudkan nikah gantung? Ramai diantara kita masih tidak tahu apa maksud dan istilah nikah gantung ini. Bagaimana pula pendapat alim ulama mengenai nikah gantung dalam Islam? Walaubagaimanapun, nikah gantung adalah sah disisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Apa Itu Nikah Gantung?

Nikah gantung atau di dalam bahasa Arab yang disebut Nikah Khitbah adalah bermaksud pernikahan yang melibatkan pasangan pengantin yang tidak tinggal serumah dalam satu masa atau tempoh yang telah ditetapkan hasil persetujuan kedua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Tanggungjawab seorang suami kepada isteri dalam pemberian nafkah juga dapat diringankan dan dikurangkan.
Biasanya, nikah gantung hanya melakukan majlis akad nikah sahaja manakala majlis kenduri kahwin akan dilakukan kemudian mengikut perancangan yang akan ditetapkan oleh keluarga pengantin. Kadangkala nikah gantung diadakan kerana majlis kenduri perlu ditangguhkan di atas sebab-sebab yang tertentu.

Syarat Perkahwinan Nikah Gantung
  • Pengantin lelaki dan perempuan
  • Wali dan saksi
  • Akad Ijab Qabul
  • Mas kahwin yang ditetapkan
  • Hantaran yang ditangguhkan dahulu
Antara Sebab Nikah Gantung Dilakukan
  • Seorang suami yang masih tidak mampu untuk menyara seorang isteri
  • Pasangan pengantin yang masih lagi belajar atau tinggal berjauhan
  • Belum bersedia untuk berkahwin atau menunaikan tanggungjawab rumahtangga
Video Nikah Ceramah Nikah Gantung Program Al Kuliyah


Sila ikuti ceramah nikah gantung yang disiarkan di TV3 pada 16 Mac 2012 melalui program Al Kuliyyah. Semoga persoalan anda terjawab mengenai maksud apakah itu nikah gantung.
Tag : Agama
4 Comments for "Hukum Nikah Gantung Dalam Islam"

assalam,

bunda pernah tengok rancangan ni dulu...

orang dulu2 selalu buat nikah gantung ni...pertama nak elakkan dari terlanjur walaupun sudah bertunang...satu lagi nak kumpul duit dulu sebelum kenduri besar..

tapi orang sekarang jarang bunda dengar... walau pun bertunang bertahun2...

@BUNDA a.k.a KN Wassalam, orang sekarang dah sangat moden Bunda. Mereka dah tak ambil tahu kot pasal ni, mungkin ada tapi tak ramai.

tidakkah nikah khitbah ini akan menghasilkan lambakan janda?

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top