Pencapaian Program Transformasi Kerajaan

Salam satu Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah berkata melalui Jelajah Janji Ditepati, pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pada 3 tahun lalu telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Menerusi program ini, pelbagai pendekatan dilakukan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup ditanggung rakyat.

Intipati Buku Janji Ditepati


Program Transformasi Kerajaan

1Malaysia Milik Kita

  • Kearah mengukuhkan perpaduan kebangsaan
  • Meraikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan
  • Berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
  • Berasaskan prinsip Malaysia milik semua
  • Prinsip Kesederhanaan dan Keadilan Sosial asas Ketahan Nasional
  • Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

  • Bantuan RM500 untuk setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3000
  • Memberi manfaat kepada hampir 5.2 juta isi rumah
  • Peruntukkan keseluruhan berjumlah RM2.6 billion
  • Sejumlah RM1.92 million telah diserahkan kepada 3.8 juta penerima

Skim Penyelarasan Harga

  • Penyediaan dana RM200 juta kos pengangkutan membawa barangan luar bandar
  • Membabitkan 485 kawasan di Sarawak dan 460 kawasan luar bandar di Sabah
  • Bakal membabitkan hampir 920 kawasan luar bandar dan pedalaman
  • Memastikan bekalan barangan keperluan konsisten dan cekap

Bantuan Pelajar RM100

  • Bantuan RM100 memberi manfaat kepada 5.3 juta pelajar
  • Peruntukkan keseluruhan hampir RM550 juta
  • Untuk semua murid dan pelajar daripada tahun 1 hingga tingkatan 6

Baucar Buku RM200

  • Baucar RM200 diserahkan kepada 1.4 juta pelajar
  • Peruntukkan keseluruhan berjumlah RM263 juta
  • Khusus untuk pembelian bahan bacaan dan alat tulis

Klinik Rakyat 1Malaysia

  • 50 klinik dibuka dengan kos RM10 juta
  • Bayaran perkhidmatan hanya RM1
  • Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam

Kedai Rakyat 1Malaysia

  • 18 kedai setakat ini, penambahan 22 lagi sebelum hujung tahun
  • 250 produk 1Malaysia
  • Pinjaman 105 peratus ditawarkan, termasuk insurans dan yuran guaman

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA)

  • 500,000 penerima (RM100 hingga RM450 setiap penerima)
  • Peruntukkan keseluruhan hampir RM1.4 billion
  • Membabitkan kumpulan orang kurang upaya, kanak-kanak kurang bernasib baik, warga emas, balu  anggota Polis dan tentera

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)

  • Unit saham bernilai RM500 juta memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah
  • Pinjaman pelaburan berjumlah RM5,000 dengan jamina dividen bulanan RM134
  • Bayaran bulanan sebanyak RM84 sahaja

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

  • 42,000 rumah di 20 kawasan strategik lembah Klang dan Seremban
  • Terbuka untuk pembeli rumah pertama berpendapatan kurang RM6k sebulan
  • Keluasan rumah antara 800 hingga 1,400 kaki persegi

Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)

  • 411 kedai mengalami transformasi sepanjang tahun 2011
  • Setiap pengusaha diberikan antara RM20,000 ke RM60,000

Anjung Singgah (Rumah Tumpangan Orang Miskin Bandar)

  • Menyediakan perlindungan, makanan, kaunseling dan rujukan perkerjaan untuk kumpulan tidak bernasib baik di bandar
  • Pusat sudah beroperasi di Kuala Lumpur dan Kuching
  • Memberikan khidmat kebajikan kepada hampir 300 gelandangan di Kuala Lumpur

Menu Rakyat 1Malaysia

  • Sarapan pagi dengan RM2, makan tengah hari dengan kos RM4
  • 1,314 kedai makan di seluruh negara, bakal ditingkatkan kepada 3,000 menjelang hujung tahun
  • Disediakan di 76 kafeteria di pusat pengajian tinggi

Agenda Keterbukaan dan Transformasi

  • Pengenalan Akta Perhimpunan Aman
  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
  • Memansuhkan Ordinan Darurat
  • Pemansuhan dan penilaian semula undang-undang lama
  • Kajian semula Akta Universiti dan Kolej Universiti
  • Memupuk rasa tanggungjawab melalui dasar media yang lebih terbuka
Tag : Berita, Informasi
0 Comments for "Pencapaian Program Transformasi Kerajaan"

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top