Gerbang Informasi PRU 13 Online

Gerbang Informasi Pilihan Raya Ke 13 Online
Selaras dengan aspirasi untuk menyalurkan maklumat secara berterusan kepada semua rakyat Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melancarkan portal online Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) pada awal tahun ini.

PRU 13 Online SPR

Anda boleh melayari http://www.pru13.gov.my/ sebagai sumber rujukan utama untuk mendapatkan maklumat tepat, cepat dan telus berkenaan proses keseluruhan pilihan raya yang akan datang. Selain pengundi, laman ini juga menyediakan pelbagai maklumat dan juga panduan lengkap untuk memudahkan semua ahli politik bagi mendapatkan penjelasan tentang urusan perjalanan pilihan raya umum.

Pusat Informasi PRU 13 Memuatkan
  • Maklumat umum seperti pegawai pengurus
  • Pusat mengundi
  • Alamat kedutaan Malaysia di luar negara
  • Tarikh persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negerei (DUN)
  • Statistik umum pilihan raya
  • Statistik bilangan pemilih mengikut bahagian DUN
Penerangan Jelas Mengenai Pendidikan Pengundi
  • Bagaimana pilihan raya dilaksanakan
  • Isu-isu berkaitan daftar pemilih
  • Bagaimana undi pos dilaksanakan
  • Bagaimana memohon undi pos
  • Bagaimana pengundian pos di luar negara dilaksanakan
  • Bagaimana undi pos dikeluarkan, diserahkan, dikembalikan dan dikira
Balai Berita Menyediakan Maklumat Penting Mengenai
  • Keputusan Pilihan Raya Ke-13
  • Keputusan Penamaan Calon
  • Keputusan Pilihan Raya - Kedudukan Parlimen
  • Keputusan Pilihan Raya - Kedudukan DUN
  • Lain-lain Berita
  • Kenyataan akhbar dikeluarkan dari semasa ke semasa
  • Berita kempen pilihan raya dipaparkan selepas hari penamaan calon
  • Statistik peratus pengundi yang keluar mengundi
Download Borang PRU 13 Secara Online
  • Borang 1B - Permohonan Undi Pos untuk Warganegara Malaysia di Luar Negara
  • Borang Permohonan Pemerhati Wakil Parti Politik di Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara
  • Surat Aku Janji Pemerhati Wakil Parti Politik di Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara
Buku Panduan Berkaitan Pilihan Raya Umum
  • Tataetika Pilihan Raya
  • Ejen Tempat Mengundi
  • Tatacara Penggunaan Dakwat Kekal
  • Ejen Mengira Undi
  • Pemerhati Barung
  • Calon
  • Pengundian Awal
  • Penjelasan Terhadap
  • Isu-isu Terbaharu
  • Berkaitan Daftar
  • Pemilih SPR
  • Poster 7 Langkah Pengundian
  • Poster Dakwat Kekal
Gerbang Informasi PRU Ke 13 Online

Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya di talian 603 8885 6565

Pengguna juga boleh mengikuti semua perkembangan PRU-13 melalui laman sosial seperti:
Jom kita mengundi, pilihan di tangan anda. Selamat mengundi!
Tag : Berita, News, PRU 13, SPR
0 Comments for "Gerbang Informasi PRU 13 Online"

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top