Kasih Sayang Sesama Manusia Dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Kasih sayang sesama manusia di dalam kehidupan seharian bukanlah seperti perniagaan, di mana keuntungannya dikira dan dibilang dalam bentuk angka dan jumlah. Kasih sayang juga bukanlah umpama barang dagangan tetapi ia adalah satu perasaan yang hadir dari sudut hati dan juga pemberian yang ikhlas untuk mendapat sesuatu yang lebih berharga daripada Allah SWT.

Kasih Sayang - Raihan


Konsep Kasih Sayang Dalam Islam

Amalan atau budaya Islam jauh lebih baik daripada budaya asing yang kini semakin banyak menghiasi pentas kehidupan. Agama Islam mengalakkan umatnya saling kasih mengasihi, ziarah menziarahi, berkongsi suka dan duka dan sebagainya. Amalan ini bukan sahaja kepada ibu bapa, keluarga, isteri dan suami tetapi kepada semua umat manusia. Dalam erti kata lain, berkasih sayang menurut perspektif Islam amat luas dan tidak terhad pada golongan tertentu.

Hukum Kasih Sayang Dalam Islam

Amalan Berkasih Sayang

Amalan berkasih sayang dalam kehidupan seharian diantaranya adalah seperti saling bantu membantu, berkerjasama, bersalaman, tumpang bersyukur kegembiraan dan bersimpati dengan kesedihan, memberi senyuman dan bertegur sapa sesama kenalan. Semua amalan berkasih sayang adalan amalan seharian yang harus diamalkan ke arah kebaikan seperti yang dituntut oleh Islam.

Cabaran Dalam Berkasih Sayang

Setiap ciptaan di dunia mempunyai pasangan. Begitu juga dengan kasih sayang yang mempunyai pasangannya iaitu benci. Hapuskan perasaan benci ini sekiranya ia berada di dalam diri. Istighfar dan pujuklah diri sendiri dengan memikirkan sesuatu perkara yang lebih baik dan menggembirakan. Bersabarlah menghadapi situasi tertentu dengan tenang dan berfikiran positif juga akan mampu membuang rasa kebencian yang mendalam biarpun tiada yang memahami sejuta keikhlasan kerana Dia maha pengasih dan penyayang.

Nota: Tidak salah menyayangi biarpun diri dibenci.
Tag : Agama
0 Comments for "Kasih Sayang Sesama Manusia Dalam Kehidupan"

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top