Resepi Siew Pak Choy

Salam satu Malaysia. Resepi siew pak choy atau ada yang memanggil sayur siew fat choy dan siew fatt choy ini ingin saya kongsikan di blog ini. Resepi ini mempunyai pelbagai bahan yang boleh dicampurkan bersama bahan asas. Masakan siew pak choy ini sangat mudah untuk dipraktikkan kerana bahan-bahan utama mudah  didapati.

Sebagai seorang lelaki, saya memasak mengikut kemahuan saya sendiri dan saya cuma tambahkan bahan lain iaitu halia untuk membuang angin di dalam badan. Ada juga pakar-pakar masakan menambah bahan-bahan lain seperti udang, sotong dan sebagainya.

Siew Pak Choy

Bahan - Bahan

  • Siew Pak Choy ( mengikut jumlah yang anda ingini )
  • Bawang putih 3 ulas dicincang
  • Seinci halia dipotong halus
  • Dua sudu sos tiram
  • Dua sudu kicap manis atau kicap soya
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara - Cara Memasak Siew Pak Choy

  • Rebuskan siew pak choy dan toskan
  • Masukkan minyak
  • Tumiskan bawang putih dan halia, apabila naik bau dan kehitaman
  • Masukkan sos tiram, tambahkan sedikit air jika anda inginkan kuah
  • Masukkan kicap dan sedikit garam. Siap
Saya suka masakkan ini kerana rasa dan baunya sangat menyelerakan.

Tag : Personal, Resepi
2 Comments for "Resepi Siew Pak Choy"

Assalam,

sayur pak choy ini juga yang bunda tahu sangat baik untuk dalaman wanita.. Wallahu'alam..

@BUNDA a.k.a KN Wassalam, saya tak pasti pasal ni Bunda..kalau bagus untuk wanita. Wanita kena makan banyak2 untuk kesihatan dalaman.

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top