Harga Tambang Bas Balik Raya Naik (Jom Balik Kampung)

Harga tambang bas balik raya

Harga tiket bas ekspres naik lagi seperti yang dinyatakan oleh akhbar di Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan bahawa tambang bas express untuk musim perayaan 2013 telah dinaikkan sebanyak 10 peratus daripada harga tiket biasa, berkuatkuasa pada 8 Julai depan sehingga menjelang musim perayaan pada bulan Ogos akan datang.

Pengumuman SPAD Tentang Kenaikan Tambang Bas


  • Menampung kos pengoperasian untuk pengusaha bas ekspres dan tambahan
  • Membantu pengusaha bas untuk memberikan perkhidmatan terbaik di musim perayaan
  • Memberi amaran supaya tidak mengambil tindakan secara kartel untuk menjual tiket bas
  • Mengawal harga tiket di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan

Komen Pengguna Rakyat Malaysia

  • Golongan pelajar adalah yang harus diutamakan
  • Membebankan golongan yang tidak berkemampuan di musim perayaan
  • Kos perbelanjaan lain harus diutamakan sempena Hari Raya Aidil Fitri

Pendapat saya, Kerajaan mempunyai alasan tersendiri berkaitan dengan kenaikan harga tambang bas pada tahun ini. Ini kerana seperti yang dinyatakan di akhbar, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) tidak akan menjual tiket pada musim perayaan lebih awal sekiranya tuntutan mereka untuk menaikkan tambang bas express sebanyak 30 peratus tidak dilayani.

PMBOA juga mempunyai alasan mereka iaitu kos pengendalian, perkhidmatan, operasi dan sebagainya harus diambil kira, apatah lagi di musim perayaan terbesar di Malaysia ini. Manakala, SPAD juga bijak memainkan peranan yang mana menitikberatkan kepentingan orang ramai, pengguna dan rakyat Malaysia.

Rujukan Anda:
spad.gov.my