Keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Besut

Keputusan Pilihan Raya Kecil ( PRK ) Kuala Besut telah diumumkan secara rasmi melalui media elektronik pada hari ini. Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil DUN itu dengan majoriti lebih besar apabila calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman peroleh 8,288 undi, menewaskan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

PRK Kuala Besut

Keputusan PRK Kuala Besut 2013


Keputusan yang diumumkan tepat jam 10.13 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahman Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut itu menyaksikan BN memperoleh majoriti 2,592 berbanding 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu. Ia sekali gus menafikan hasrat PAS untuk mencipta kemenangan 16-16 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Pada PRU-13 lalu, calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memperoleh 8,809 undi manakala pencabarnya dari Pas, Napsiah Ismail memperoleh 6,375.

Pilihan raya kecil Kuala Besut itu diadakan berikutan kematian Dr A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
Tag : Berita, Politik
0 Comments for "Keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Besut"

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top