Senjata Utama Disyaki Menembak MH17

Tragedi MH17 telah masuk hari yang ketiga. Pelbagai spekulasi yang didengari di seluruh dunia. Antara yang menjadi tekaan utama adalah tembakan dari Sistem Peluru Berpandu BUK (video) dari kategori jarak sederhana (Medium range SAM system). Tidak diketepikan ialah bukti dan berita mengatakan terdapat dua buah pesawat pejuang Ukraine yang mengekori rapat pesawat penumpang MH17 sejurus sebelum pesawat putus hubungan dengan menara kawalan.

Sementara itu di ibunegara, keadaan menjadi gempar apabila ada waris daripada penumpang MH17 yang memaklumkan terdapat cubaan berhubung melalui laman sosial milik penumpang, yang disyaki cuba digunakan oleh puak pemisah melalui gajet elektronik milik mangsa yang tidak di "log out" daripada akaun laman sosial tersebut.

Video Senjata Yang Disyaki Menembak MH17


Tag : Berita, MH17
0 Comments for "Senjata Utama Disyaki Menembak MH17"

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top