Cara Semak Saman Polis dan Jpj Online

Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk membuat semakan saman jalanraya di kaunter pembayaran saman kerana segalanya pada zaman teknologi canggih ini, maklumat terkini hanya di hujung jari. Berbagai cara untuk mendapatkan maklumat berkaitan saman samaada saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Semakan Saman Polis

Semakan Saman Polis dan JPJ Online

Cara semak saman secara online adalah melalui portal MYEG, PDRM, JPJ dan juga portal RILEK. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menyemak saman. Pendaftaran semakan saman adalah sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut langkah - langkah pendaftaran seperti yang dinyatakan pada setiap website tersebut. Sebagai penguna berdaftar secara automatik anda dapat menyemak Status Saman Trafik, Status Keputusan Report Polis, Status Permohonan Lesen Am, Semakan Status Senarai Hitam, Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu, Semakan Keputusan Ujian Memandu, Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh dan banyak lagi. Sila klik di portal yang anda inginkan di bawah.

Semakan Saman Melalui SMS

Anda juga boleh membuat semakan atas talian melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan oleh PDRM.

  • Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor pendaftaran/Plat kenderaan. Hantarkan ke 32728 Contoh: POLIS SAMAN TRG1234 hantar ke 32728
  • Taip POLIS SAMAN<jarak>No Plat kenderaan dan hantar ke 15888 Contoh: POLIS SAMAN TRG4321 dan hantar ke15888
  • Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728 Contoh : POLIS SAMAN 1234567891011 hantar kepada 32728

  • Semakan Saman Melalui Aplikasi Telefon

    Anda juga boleh membuat semakan saman melalui aplikasi di Google Play. Anda hanya perlu instal aplikasi tersebut. Sila klik link aplikasi yang anda inginkan di bawah.
    Tag : Informasi
    0 Comments for "Cara Semak Saman Polis dan Jpj Online"

    Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

    Back To Top