Kelebihan Malam Lailatul Qadar 10 Malam Terakhir Ramadhan

Malam lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau juga dipanggil malam al-Qadar sememangnya diketahui oleh semua umat Islam bahawa ia adalah malam yang teramat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia setiap kali menjelang bulan Ramadhan.

Ia berdasarkan ayat Al-Quran daripada surah al-Qadr, firman Allah SWT:

Maksudnya : "Malam Al-Qadar (Malam Lailatul Qadar) lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi Muhammad SAW amat bersungguh-sungguh membuat ibadat dan melebihi daripada malam-malam Ramadhan yang lain. Perkara ini juga disebutkan di dalam sebuah hadis iaitu :

Maksudnya : "Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" (Riwayat Muslim, no 1175)

Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Maksudnya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : "Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Malam Lailatul Qadar


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, walau bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadis-hadis yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malahan, tanda ini juga amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah negara adalah berbeza. Di negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami panas terik. Adakah malam Lailatul Qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadis Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Maksudnya : "Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walau bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?

Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?


Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadis al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Maksudnya : "Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" (Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadis yang menyebut:
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Maksudnya : "Malam al-Qadar adalah malam ke dua puluh tujuh"(Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386)

Doa Terpenting Semasa Malam Lailatul Qadar


Allah SWT pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Maksudnya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat (Al-Baqarah : 200)

Jelas dalam ayat ini Allah SWT ada menegur manusia yang melupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah SWT mewartakan bentuk doa yang sepatutnya iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah SWT :

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" (Al-Baqarah : 201)

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah SWT. Inilah yang disebut dalam jawapan Nabi SAW kepada Aisyah r.a :

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Maksudnya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : "Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan."

Doa Malam Lailatul Qadar


doa malam lailatul qadar

Mestikah Mendapat Tanda Malam Lailatul Qadar?


Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها

Maksudnya : "Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya." (Riwayat Muslim)

Hadis ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadis di atas.

Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?


Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :

waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Maksudnya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar (Al-Qadr : 5)

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134)

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya?


Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar? Sudah tentu jawabnya tidak, Allah SWT Maha Adil. Bagi wanita sedang uzur berbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :

  1. Berzikir
  2. Berdoa
  3. Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  4. Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Walau bagaimanapun, menurut Ustaz Zaharuddin.net, sesetengah ulama silam dan juga moden berpendapat wanita sedang haid dibenarkan juga membaca Al-Quran tanpa memegangnya iaitu menerusi hafazan dan Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf.

Semoga perkongsian tentang kelebihan malam Lailatul Qadar yang dikongsikan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin ini akan bermanfaat untuk anda dan semua umat Islam. - Bukit Besi Blog

UiTM Bukit Besi Kini Dibuka Secara Rasmi

Salam satu Malaysia. Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bukit Besi, Dungun, Terengganu secara rasmi telah dibuka dan telah membuat pengambilan pertama pelajar serta memulakan pengajian pada awal Jun 2013. Kampus yang telah siap dibina dengan peruntukkan RM93 juta ini akan menempatkan 6000 pelajar dengan tumpuan kepada program sains dan teknologi selain daripada kejuruteraan mekanikal dan kimia.

UiTM Bukit Besi juga telah memperkenalkan satu bidang pengajian baru iaitu Diploma Kejuruteraan Perkapalan. Difahamkan, program terbaru ini diperkenalkan adalah kerana Terengganu sememangnya amat terkenal sejak zaman dahulu lagi berkaitan dengan kepakaran membuat kapal dan bot iaitu di daerah Pulau Duyong, Terengganu.

Lokasi UiTM kampus Bukit Besi berdekatan dengan Tasik Puteri Bukit Besi dan mungkin sukar untuk dicari sekiranya pertama kali sampai ke sini, ini kerana kampus tersebut dilindungi oleh bukit dan hutan. Lokasinya agak terpencil namun keindahan tasik dan kehijauan alam semula jadi boleh didapat di sini. Sementara itu, Lokasi Kelab Golf Bukit Besi hanya di seberang tasik Anda boleh sampai ke sini dengan melalui Lebuhraya Jerangau Jabor.

Gambar Sekitar Kampus UiTM Bukit Besi


uitm bukit besi
Pemandangan Kampus UiTM

gambar
Kehijauan Alam Semula Jadi UiTM

uitm
Tempat Letak Kereta Asrama Siswa

Kampus
Gambar Sekitar Perpustakaan Kampus

perpustakaan
Dari Sudut Dalam Perpustakaan Kampus

Library
Perpustakaan UiTM Kampus Bukit Besi

medan selera
Medan Selera

dewan emas
Dewan Emas

bangunan akademik
Bangunan Akademik UiTM Bukit Besi

asrama
Asrama Tun Abdul Razak

Gambar - gambar UiTM Bukit Besi di atas diambil dengan keizinan daripada blog Mohamad Aidil Ali iaitu salah seorang pelajar UiTM kampus Bukit Besi yang telah pun memulakan pengajiannya. Sebenarnya saya telah pun pergi ke kampus itu sebelum ini, namun orang luar dilarang masuk pada ketika itu kerana pihak pengurusan mengatakan ianya belum beroperasi sepenuhnya. Terima kasih Mohamad Aidil. Peace!

Harga Tambang Bas Balik Raya Naik (Jom Balik Kampung)

Harga tambang bas balik raya

Harga tiket bas ekspres naik lagi seperti yang dinyatakan oleh akhbar di Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan bahawa tambang bas express untuk musim perayaan 2013 telah dinaikkan sebanyak 10 peratus daripada harga tiket biasa, berkuatkuasa pada 8 Julai depan sehingga menjelang musim perayaan pada bulan Ogos akan datang.

Pengumuman SPAD Tentang Kenaikan Tambang Bas


  • Menampung kos pengoperasian untuk pengusaha bas ekspres dan tambahan
  • Membantu pengusaha bas untuk memberikan perkhidmatan terbaik di musim perayaan
  • Memberi amaran supaya tidak mengambil tindakan secara kartel untuk menjual tiket bas
  • Mengawal harga tiket di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan

Komen Pengguna Rakyat Malaysia

  • Golongan pelajar adalah yang harus diutamakan
  • Membebankan golongan yang tidak berkemampuan di musim perayaan
  • Kos perbelanjaan lain harus diutamakan sempena Hari Raya Aidil Fitri

Pendapat saya, Kerajaan mempunyai alasan tersendiri berkaitan dengan kenaikan harga tambang bas pada tahun ini. Ini kerana seperti yang dinyatakan di akhbar, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) tidak akan menjual tiket pada musim perayaan lebih awal sekiranya tuntutan mereka untuk menaikkan tambang bas express sebanyak 30 peratus tidak dilayani.

PMBOA juga mempunyai alasan mereka iaitu kos pengendalian, perkhidmatan, operasi dan sebagainya harus diambil kira, apatah lagi di musim perayaan terbesar di Malaysia ini. Manakala, SPAD juga bijak memainkan peranan yang mana menitikberatkan kepentingan orang ramai, pengguna dan rakyat Malaysia.

Rujukan Anda:
spad.gov.my

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2013

Berikut adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi negeri - negeri di seluruh Malaysia bagi tahun 2013. Takwim bagi tahun 1434 Hijrah ini adalah untuk semua negeri seperti Terengganu, Kelantan, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak. Jadual waktu berbuka puasa ini telah dikeluarkan oleh JAKIM secara rasmi untuk panduan kepada semua rakyat Malaysia untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan.

berbuka puasa
Gambar Credit to ~ Azrudin Photography

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2013

  1. Negeri Sabah
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Negeri Sarawak
  4. Negeri Johor
  5. Negeri Pahang
  6. Negeri Terengganu
  7. Negeri Kelantan
  8. Negeri Sembilan
  9. Negeri Melaka
  10. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
  11. Negeri Selangor
  12. Negeri Perak
  13. Negeri Pulau Pinang
  14. Negeri Kedah
  15. Negeri Perlis

jadual buka puasa 2013

JOHOR
  • ZON 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
  • ZON 2 - Daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-pulau Berhampiran
  • ZON 3 - Daerah Pontian dan Kluang
  • ZON 4 - Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor
PERAK
  • ZON 1 - Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
  • ZON 2 - Ipoh, BAtu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
  • ZON 3 - Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
  • ZON 4 - Temengor dan Belum
  • ZON 5 - Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
  • ZON 6 - Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
  • ZON 7 - Bukit Larut
SARAWAK
  • ZON 1 - Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
  • ZON 2 - Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi
  • ZON 3 - Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
  • ZON 4 - Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
  • ZON 5 - Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang
  • ZON 6 - Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak
  • ZON 7 - Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
  • ZON 8 - Kuching, Lundu, Bau dan Sematan
  • ZON KHAS - Kg. Ulu Merapok, Kg. Sungai Merapok, Kg. Manchu, Kg. Bukit Puan, Kg. Tanah Sibagol, Kg. Undop, Kg. Sasa, Kg. Bukit Manang, Kg. Merambai, Kg. Limpaki, Merapok, Kg. Bangkatan, Kg. Ladang Lalang, Kg. Lempaki Tengah, Kg. Lempaki Asal, Kg. Languban dan Kg. Patarikan
SABAH
  • ZON 1 - Bahagian Sandakan (Timur): Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam
  • ZON 2 - Bahagian Sandakan (Barat): Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
  • ZON 3 - Bahagian Tawau (Timur): Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak
  • ZON 4 - Bahagian Tawau (Barat): Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
  • ZON 5 - Bahagian Kudat: Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat
  • ZON 6 - Gunung Kinabalu (Ketinggian 4,101M)
  • ZON 7 - Bahagian Pantai Barat: Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
  • ZON 8 - Bahagian Pedalaman Atas: Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
  • ZON 9 - Bahagian Pedalaman Bawah: Tenom, Longpasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang
TERENGGANU
  • ZON 1 - Kuala Terengganu dan Marang
  • ZON 2 - Besut dan Setiu
  • ZON 3 - Hulu Terengganu
  • ZON 4 - Kemaman dan Dungun
KELANTAN
  • ZON 1 - Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)
  • ZON 2 - Jajahan Jeli, Gua Musang (Termasuk Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing
SELANGOR
  • ZON 1 - Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
  • ZON 2 - Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
PAHANG
  • ZON 1 - Pulau Tioman
  • ZON 2 - Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
  • ZON 3 - Temerloh, Chenor, Maran, Jengka, Jerantut dan Bera
  • ZON 4 - Raub, Bentong dan Lipis
  • ZON 5 - Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
  • ZON 6 - Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland
WILAYAH PERSEKUTUAN
  • Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Labuan
PERLIS
  • Perlis
NEGERI SEMBILAN
  • ZON 1 - Jempol dan Tampin
  • ZON 2 - Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jelebu
KEDAH
  • ZON 1 - Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
  • ZON 2 - Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
  • ZON 3 - Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
  • ZON 4 - Daerah Kulim dan Bandar Baharu
  • ZON 5 - Daerah Langkawi
  • ZON 6 - Puncak Gunung Jerai
PULAU PINANG
  • Seluruh Negeri Pulau Pinang

Sila klik pautan link di atas mengikut negeri yang anda pilih. Anda juga boleh download jadual buka puasa 2013 ini mengikut zon - zon di setiap negeri di Malaysia. Semoga bermanfaat.

Salam Ramadhan 2013 dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Resepi Bubur Nasi Ayam Sedap dan Simple

cara buat bubur nasi

Resepi bubur nasi ayam yang sangat sedap dan simple serta dimasak secara sengaja pada hari ini, memandangkan saya sakit gigi dan telah mencabut gigi. Saya telah diberikan cuti sakit selama satu hari.

Dengan keadaan gigi yang berdenyut dan rasa sakit selepas bius habis, perut pula lapar memanggil untuk diisi, saya berfikir untuk memasak bubur nasi ayam dicampur sayur atau ikan bilis.

Banyak resepi bubur nasi yang ada dalam internet, namun yang menarik perhatian saya, resepi bubur nasi togel daripada blog tiffin biru. Tapi saya tak sempat mencari bahan - bahan yang wajib untuk memasak bubur seperti di blog tersebut. Saya cuma memasukkan bahan asas dan yang mana sempat saja.

Resepi Bubur Nasi Ayam Simple


bubur nasi ayam

Bahan - Bahan Bubur Nasi

  • Satu cawan beras
  • Air yang banyak ( mengikut kadar yang anda tentukan supaya beras menjadi bubur )
  • Ayam dipotong halus
  • Sayur baby sawi atau siew pak choy dipotong halus
  • Carrot dipotong halus
  • 1/2 sudu teh halba campur
  • Bawang merah dan bawang putih dipotong nipis
  • Segenggam ikan bilis
  • Garam secukup rasa

Cara - Cara Memasak Bubur Nasi

  • Rebuskan beras sehingga menjadi bubur, jika perlu, tambahkan air sehingga menjadi bubur
  • Masukkan ayam yang dipotong. Saya rebus ayam terlebih dulu secara berasingan
  • Masukkan halba campur
  • Seterusnya sayur baby sawi dan lobak merah
  • Masukkan garam
  • Masukkan bawang dan ikan bilis yang telah siap digoreng berasingan

Siap resepi bubur nasi ayam hari ini untuk dimakan oleh orang yang sedang sakit gigi. Terima kasih kerana sudi membaca karangan resepi bubur nasi simple untuk kali ini. Peace!