Makanan Kucing Jenama Greens Antara Yang Terbaik (The Best)

Makanan kucing jenama Green

Anda sedang mencari cat food yang sesuai untuk si bulus bagi penjagaan kesihatan tubuh badan, bulu lebat, gemuk dan sebagainya? Makanan kucing jenama Greens adalah antara yang terbaik serta berkualiti tinggi.

Sebenarnya, banyak sebab mengapa anda perlu memilih cat food ini kerana ia didatangkan dengan pelbagai jenis makanan khas untuk kucing serta boleh diberikan kepada semua peringkat umur termasuk anak dan yang dewasa.

Malahan, Makanan kucing super premium Greens ini disediakan dengan rumusan yang istimewa untuk memenuhi keperluan nutrisi oleh kucing serta turut dikilangkan dengan memenuhi standard yang telah ditetapkan.

Apa yang menarik adalah jenama ini turut dianugerahkan Pensijilan Keselamatan ISO dan HACCP Antarabangsa yang mana ia tidak langsung mempunyai bahan terlarang atau sebarang campuran lain melainkan bahan semulajadi.

Untuk pengetahuan, pemakanan adalah faktor utama untuk mengekalkan kucing dalam keadaan sihat setiap masa serta diet seimbang yang betul juga mempengaruhi pertumbuhan bulu yang lebat dan badan menjadi gemuk.

Review Makanan Kucing Jenama Greens Yang Bagus


Makanan kucing jenama Greens mempunyai 4 jenis dengan pembungkusan yang berbeza serta mempunyai banyak pilihan yang boleh dibeli mengikut berat 3kg, 8kg dan sebagainya dengan perisa seperti berikut:

Greens Chicken

Cat food greens

  • Protein : 30%
  • Fat : 12%


Greens Skin Health & Coat Bright

Review makanan kucing

  • Protein : 32%
  • Fat : 14%


Greens Seafood

Dry food and wet food

  • Protein : 30%
  • Fat : 12%


Greens Mother & Baby

Super premium hair and skin

  • Protein : 35%
  • Fat : 15%


Selain itu, produk ini juga mengandungi Taurine yang sememangnya amat diperlukan oleh seekor kucing bagi menjaga kesihatan jantung dan penglihatan termasuk tubuh badannya sendiri.

Baca : 10 Jenis Wet Food Terbaik Untuk Si Comel

Apa yang lebih penting kandungan asid linoleik berserta Omega 3 & 6 juga ada yang mana ia amat baik untuk kulit dan bulu (Hair and Skin) kucing yang disertakan dengan formula Yucca bagi mengurangkan bau najis dan air kencingnya.

Jika anda ingin membeli makanan kucing jenama Greens ini secara online, dicadangkan anda beli di laman Shopee dan Lazada kerana di portal tersebut mempunyai banyak pilihan selain harga yang murah dan berpatutan.

Kesimpulan

Sebenarnya, setiap makanan kucing yang banyak dijual di pasaran mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri dari segi kualiti dan sebagainya, ini termasuk dengan jenama Greens yang amat dikenali di negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, ada juga makanan kucing yang mempunyai keburukan tertentu atau kesan sampingan, oleh itu, sila berhati-hati ketika ingin membuat sebarang pembelian makanan kucing yang tiada kualiti.

Semoga perkongsian review makanan kucing jenama Green ini dapat membantu serta memudahkan anda untuk membuat keputusan serta membelinya untuk diberikan kepada si bulus tersayang. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog