DDR Sorting Centre Shopee Express (Alamat & No Tel)

DDR sorting centre Shopee Express

Anda sedang mencari lokasi sebenar di mana DDR sorting centre Shopee Express berada atau ingin tahu apakah alamat berserta nombor telefon untuk dihubungi bagi memudahkan untuk mengesan parcel atau bungkusan yang dibeli?

Dapatkan maklumat berkaitan yang kami kongsikan di sini yang mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak yang sedang tertanya-tanya kat mana barangan anda tersebut di bawa samada ia telah dihantar atau belum.

Di Mana Lokasi DDR Sorting Centre Shopee Express


Lokasi sebenar DDR sorting center kat mana

Untuk makluman, lokasi DDR Sorting Centre dikatakan berada di West Port Klang (Pelabuhan Klang Barat) yang berdekatan dengan pusat pemunggahan barang U10 iaitu di sebuah gudang (warehouse) yang amat besar.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada maklumat tersebut adalah sahih memandangkan pendapat berkenaan hanya didapati daripada pengguna Facebook yang juga seorang pelanggan Shopee.

Sekiranya, anda masih musykil dan ingin tahu kedudukan tempat serta dimanakan barang anda itu, anda boleh terus hubungi customer service Shopee Express di nombor telefon di bawah dan pastikan tracking number parcel ada bersama.

Shopee Express Contact Number

Berikut adalah nombor telefon Pusat Khidmat Pelanggan Shopee Express yang boleh anda call untuk bertanyakan tentang status lokasi parcel atau barangan yang perlu diterima.

+603 - 2777 9222

Waktu Operasi
Monday to Friday
9.00 AM to 5.30 PM

Saturday
9.00 AM to 1.00 PM

Live Chat
Pertanyaan Berkaitan Parcel ETC

Selain itu, jika anda masih tidak berpuas hati dan ingin membuat aduan serta berkongsi pendapat bersama pelanggan lain yang mengalami masalah yang sama, anda boleh bertanya di Group FB Shopee Express Buat Hal Apa Hari Ni?.

Soalan Lazim


Dimanakah letaknya DDR sorting centre?

Lokasi sebenar dan tepat DDR pada ketika ini masih gagal mendapat kepastian dari pihak Shopee Express, namun ramai yang mengatakan di Shah Alam dan ada juga di kawasan Pelabuhan Klang Barat.

Sehingga ke hari ini, pusat DDR tersebut tidak dibuka kepada orang ramai atau pelanggan yang ingin tahu tentang barangan mereka yang dihantar ke gudang tersebut.

Adakah boleh saya mengambil parcel saya di DDR?

Sama sekali tidak memandangkan DDR sorting centre tidak dibuka kepada orang awam pada ketika ini dan anda perlu menunggu sehingga proses penghantaran barang tersebut selesai serta dihantar ke alamat anda sendiri.

Pihak Shopee Express akan menjalankan tanggungjawab mereka serta akan memastikan semua barang milik pelanggan akan diterima, cuma masanya ada yang cepat dan lambat bergantung kepada keadaan semasa.

Kesimpulan

Walau di mana sekalipun parcel anda tersebut, jangan bimbang kerana ia akan terus dihantarkan kepada anda iaitu penerima berpandukan alamat yang anda sertakan sewaktu membuat pembelian.

Tetapi, tidak dinafikan adakalanya, ada bungkusan yang sangat lama seperti berminggu-minggu dan berbulan-bulan masih lagi tidak diterima walaupun semua maklumat penerima adalah tepat.

Jika isu ini terjadi, anda perlu buat semakan nombor tracking di laman rasmi Shopee Express https://shopeexpress.com.my/ atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan dengan segera supaya mereka dapat membantu untuk mengesan barang anda.

Diharap perkongsian dimanakah lokasi sebenar DDR sorting centre Shopee Express ini dapat membantu atau dapat memberikan jawapan kepada anda yang masih tidak tahu status tentang barangan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog