Jika anda sedang mencari alat seperti blender untuk memudahkan tugas di dapur iaitu Food Processor atau Chopper yang terbaik dengan harga yang murah atau mahal di Malaysia berserta fungsi yang menarik, jenis automatik dan manual, kami sediakan senarainya dengan lengkap.
Sememangnya alat ini sangat menjimatkan masa selain turut mempercepatkan kerja untuk penyediaan sebarang jens makanan dan masakan yang memerlukan mesin pengisar untuk blend dengan segera seperti bawang, cili, daging dan sebagainya.
Dengan menggunakan satu mesin yang kecil dan simple iaitu Chopper semua kerja dapat disiapkan hanya dengan sekelip mata sahaja ditambah lagi pantas jika anda juga menggunakan Food Processor dari jenama apa pun semuanya sangat senang.
Untuk makluman, kegunaan Mini Food Chopper akan membantu anda untuk proses mencincang, mengguli, menghiris, menghancurkan, melumatkan, menghaluskan dan macam-macam lagi dengan hanya sekali tekan pada butang Start atau ON, samada guna elektrik atau bateri dan cara manual.
10 Jenama Food Processor Yang Terbaik Di Malaysia
Berikut adalah 10 senarai jenama Chopper yang terbagus dan amat popular di Malaysia serta boleh didapati secara online melalui website membeli-belah terbesar iaitu Shopee, Lazada dan juga di mana-mana kedai elektronik dan pasar raya.
1. Panasonic Mixer Grinder (MX-AC400)
Jenama Panasonic Super Mixer Grinder ini adalah daripada jenis pelbagai guna yang mana anda bebas menggunakannya untuk mengisar sebarang bahan dengan mudah dan cepat serta ia direka khas untuk penggunaan hanya di bahagian dapur rumah sahaja.
Mempunyai sistem keselamatan dilengkapi dengan pengunci serta balang yang didatangkan ini adalah daripada jenis keluli yang tahan karat mampu bertahan lama untuk kegunaan mengisar ais yang agak keras, membuat jus dan semua bahan di dapur.
2. Electric Multi-Function Meat Mincer
Jika anda bercadang untuk menghancurkan daging lembu yang liat Mytools Electric Multi Function Meat Mincer Chopper Grinder 250 Watt 2.0 Litre ini sangat sesuai untuk menyempurnakan keinginan dan tugasan anda itu dengan kadar yang segera.
Selain itu, dengan mesin ini juga anda boleh membuat sosej sendiri sahaja malahan bukan itu sahaja, segala macam jenis makanan yang boleh dihancurkan dengan menggunakan chopper grinder istimewa ini yang boleh dibeli dengan harga murah.
3. Pensonic Morgan
Pensonic atau Morgan Chopper PB-6005GX / MCP-30P ini adalah antara terbagus yang terdapat di pasaran kerana dengan hanya satu sentuhan anda dapat menghancurkan segala macam benda yang ada di dapur.
Paling bagus adalah Stainless Steel yang terbukti dapat tahan lama, mudah dibasuh, Anti-Slip Base malahan ia berkhidmat dengan baik sekali kerana dapat hancurkan kacang tanah dengan cepat serta ia menjadi sangat halus.
4. Chopper Bawang Wireless
Dikenali sebagai Wireless Garlic Chopper atau pengisar bawang sangat popular di laman Shopee kerana saiz yang agak kecil serta dijual dengan harga yang paling murah serta mempunyai beberapa saiz yang boleh dipilih mengikut kemahuan pengguna.
Dengan sekali tekan pada suis Start, anda akan dapati ia dapat menghancurkan cili untuk dibuat sambal belacan tak sampai dua minit, semuanya hancur dan terus boleh dimakan atau dihidangkan bersama nasi dan ulam-ulaman.
Keistimewaan Chopper Bawang ini adalah anda perlu mengecas dengan kabel seperti wayar telefon Android yang mana ia memerlukan kuasa untuk berfungsi dan ia boleh juga digunakan bersama Power Bank, Komputer dan lain-lain.
5. Russell Taylor Multifunction Blender
Jenama Russell Taylor yang juga dipanggil sebagai Food Processor, Blender dan Chopper kerana ianya didatangkan dalam satu set yang pelbagai guna samada untuk menghancurkan bahan makanan, membuat ais krim, jus buah dan banyak lagi kegunaannya.
Lebih menarik, jika anda ingin membuat bubur labu, set pengisar ini akan membantu yang mana setiap bilah pisau keluli yang tahan karat di dalamnya sangat tajam berserta dengan pemegang yang ergonomik membuatkan selesa apabila dipegang.
Chop chop dalam masa yang singkat dengan fungsi yang berpelbagai dan juga dijual dengan harga yang sangat murah menjadikan ia adalah salah satu perkakas yang mesti ada oleh ramai suri rumah di Malaysia.
6. Khind Mini Chopper
Saiz yang tidak terlalu kecil dan tak besar sangat serta sesuai untuk mengisar bawang, cili padi dan makanan baby, hasilnya sangat halus hancur lebur katanya seperti yang dikomenkan dalam review dari pembeli terdahulu yang menggunakannya.
Jenama Khind Mini Chopper ini sentiasa menjadi pilihan ramai ibu-ibu yang mempunyai bayi kecil kerana sangat mudah digunakan untuk menyediakan makanan atau bubur baby di rumah tetapi banyak lagi fungsi lain yang boleh anda dapati nanti.
Baca : 1001 Jenama Air Fryer Yang Terbagus
7. Kenwood Food Chopper
8. PerySmith Easy Cooking Cordless
Jika anda suka pengisar bawang yang bersaiz kecil dan simple, PerySmith Mini Food Chopper adalah antara yang sesuai digunakan kerana rekabentuknya yang menarik berserta boleh dicas di mana sahaja menggunakan kabel USB malahan amat mudah dibawa.
Mata pisau yang tajam boleh ditanggalkan dan mudah sangat dipasang atau nak dibersihkan. Apabila nak guna hanya tekan Power Button seterusnya ia akan terus mencincang atau memotong mengikut kehendak penggunaannya.
9. Tefal Manual Grinder Anti Slip
Tefal Manual Cooking Utensils, Spatula atau Perkakas Memasak yang wajib ada di dapur ini dapat menghancurkan bawang dan macam-macam dalam 5 saat sahaja walaupun tanpa arus elektrik yang mana hanya menggunakan tenaga pengguna.
Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan tapak pemegang yang selesa boleh digunakan tanpa was-was dan juga mata pisau pula masih lagi daripada jenis tahan karat. Tefal sememangnya amat popular di Malaysia dan jenama ini adalah yang paling terbaik.
10. Midea Glass Jar Chopper
Jenama Midea semakin dikenali di negara kita yang mana berbagai jenis barangan elektronik telah dikeluarkan oleh syarikat ini dan ia termasuk dengan Glass Jar Chopper ini yang sangat cute tidak terlalu besar dan tak kecil tapi cantik.
Harga setiap satu chopper ini tidak kurang daripada RM70 pada ketika review ini ditulis dan Mini Food Processor ini juga menjadi kegilaan ramai suri rumah yang boleh dilihat pada paparan ulasan pelanggan di laman Shoppe seperti di bawah.
Ia sangat mudah nak digunakan dengan hanya menekan butang sekali sahaja malahan terdapat kunci keselamatan (Safety Lock), Stainless Stell 420 Blades yang tahan karat serta sangat mudah untuk diulang basuh walau berkali-kali.
Kesimpulan
Sebenarnya, masih banyak lagi jenis-jenis Chopper yang terdapat di mana-mana website termasuk Shopee yang boleh anda pilih, tetapi senarai yang dikongsikan di atas adalah antara yang sentiasa dibeli oleh ramai orang yang berada di Malaysia berpandukan kepada review pembelian serta kuantiti pembelian yang dicatatkan di laman tersebut.
Kami juga sediakan pautan berikut yang memaparkan pelbagai jenis dan saiz pengisar seperti blender mengikut jenama seperti Phillips, Panasonic, Amway, KitchenAid berserta dengan senarai harga yang murah dan mahal termasuk yang berkualiti tinggi atau yang biasa sahaja, anda boleh melihatnya tanpa perlu mencari kerana semua ini untuk memudahkan tugas anda untuk buat pilihan.
Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, disarankan anda membaca setiap komen yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu untuk tahu brand atau jenis yang manakah yang paling bagus dan yang mana satukah berkenan. Dari kajian berkenaan anda boleh buat perbandingan.
Diharap perkongsian senarai Chopper yang terbaik ini dapat membantu anda untuk mendapatkan dan boleh digunakan di rumah tanpa sebarang masalah serta dapat memudahkan semua tugasan dalam kehidupan seharian untuk menyediakan masakan dan makanan di rumah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog