About

Selamat datang ke Bukit Besi Blog, laman perkongsian segala informasi anda. Laman ini tercipta secara tidak sengaja dan dibina atas sebab rasa ingin tahu apa itu platform blogger dan blogspot kira-kira 13 tahun lalu bermula pada akhir 2007 dengan niat hanya suka-suka dan tanpa matlamat apa-apa.

Manakala nama blog diberikan sebagai Bukit Besi kerana di sini dan di daerah inilah yang menjadi saksi di mana penulis berasal daripada kecil sehingga dewasa sekarang. Di daerah ini juga penulis menimba segala ilmu alam dan manusia sebelum melangkahkan kaki ke pusat pengajian lebih tinggi di luar negeri Terengganu.

Perkongsian di laman ini juga pada mulanya lebih menumpukan kepada sejarah Bukit Besi dan bagaimana ia diterokai sebelum ia menjadi salah satu kawasan perlombongan yang terbesar di dunia beberapa puluh tahun dulu. Namun, semuanya kini hanya tinggal kenangan dan sejarah yang tidak mungkin akan berulang tetapi tetap segar di ingatan penghuninya.

Semenjak blog ini dibina sehingga 2012, boleh dikatakan setiap hari ada saja cerita dan kisah baru yang dipaparkan walaupun sekadar gambar tetapi akhirnya ia ditinggalkan tanpa sebarang kemaskini dari tahun ke tahun sehingga penghujung 2019 atas sebab kesibukan tanggungjawab penulis serta tiada masa untuk menulis kerana blog ini semakin dilupakan.

Tetapi semangat kerajinan datang semula sejak tahun 2019 apabila waktu lapang semakin banyak dan juga masa penulis banyak dihabiskan di rumah bersama keluarga. Selepas itu, barulah teringat tentang blog yang tak seberapa ini yang telah lama ditinggalkan bersawang tanpa tuan.

Akhirnya, penulis ambil keputusan untuk menulis semula apabila ada masa yang sesuai dengan infomarsi dan maklumat yang ingin dikongsikan sama ada isu semasa atau apa saja yang terlintas di fikiran. Walau bagaimanapun, terlalu banyak artikel-artikel lama yang terpaksa dipadam memandangkan ia tidak lagi relevan pada masa sekarang.

Semoga penulisan dan perkongsian di blog ini akan memberikan manfaat dan pengetahuan kepada sesiapa saja yang membaca. Jika ada sebarang kesalahan atau kesilapan, mohon dimaafkan, anda boleh hubungi penulis menerusi ruangan contact. Penulis akan cuba membalas dengan kadar segera.

Free Tool For Blogger

Berikut beberapa tool yang amat berguna kepada seorang Blogger yang membina website dan blog. Tool tersebut sekadar perkongsian daripada saya dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja secara percuma tanpa sebarang bayaran. Maaf jika ada kesilapan kerana saya juga masih dan sedang belajar serta akan terus belajar.

Saya sediakan tool ini untuk kegunaan sendiri yang mana ia sangat penting dan memudahkan tugas saya untuk menulis serta menjimatkan masa ketika mengendalikan blog ini secara keseluruhan. Domain? Ada pembaca yang PM bertanya kenapa tak ditukarkan kepada dot com sebab harganya murah. Jawapan, buat masa ini saya lebih selesa dengan blogspot dan lebih mudah untuk saya kendalikan Wordpress.


Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

Penulis Bukit Besi Blog,
Mal