Senarai Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022 (Terkini)

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2022

Pasti semua rakyat Malaysia sedang tertunggu-tunggu tentang keputusan Barisan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia bagi tahun 2022 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang diwar-warkan di seluruh media elektronik dan akhbar-akhbar.

Bayaran Bantuan Khas Aidil Fitri 2020 RM500 Untuk Penjawat Awam

tarik bayaran bonus hari raya aidil fitri 2020

Kerajaan Malaysia telah membuat pengumuman tentang Bantuan Khas Aidi Filtri untuk semua kakitangan dan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan yang ke bawah yang ketika ini masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 dengan jumlah sebanyak RM500 setiap orang.

Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) KPM

perintah kawalan pergerakan bersyarat

Berikut adalah FAQ atau soalan lazim berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah dikeluarkan untuk tatapan umum pada 3 Mei 2020.

Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat


A. PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

1. Adakah sekolah dibuka semula semasa PKPB?
Tidak, semua sekolah masih ditutup.

2. Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah?
Sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka.

B. GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

3. Bolehkah Pengetua/Guru Besar dan pentadbir hadir bertugas di sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika ada keperluan.

4. Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?
Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah.

5. Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

6. Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang ke tempat tinggal semasa PKPB?
Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Guru perlu membuat perancangan awal untuk pulang ke tempat tinggal.

7. Adakah guru yang pulang ke negeri tempat bertugas perlu menjalani kuarantin?
Tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri berkenaan.

8. Bagaimanakah guru yang sedang berada di Semenanjung boleh pulang bertugas ke Sabah/Sarawak/Wilayah Persekutuan Labuan atau sebaliknya?
Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA bagi perjalanan ke lapangan terbang yang merentasi sempadan negeri. Tiket perlu ditempah sendiri dengan seawal mungkin bagi memastikan proses perjalanan yang lancar termasuk keperluan untuk kuarantin.

9. Adakah KPM menyediakan panduan kepada pihak sekolah dan guru bagi memastikan keselamatan mereka semasa bertugas di sekolah dalam tempoh PKPB dan Pasca PKP?
Ya. KPM akan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah pasca PKP yang turut terpakai semasa PKPB.

C. ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

10. Bolehkah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

D. PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)

11. Bolehkah perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah/institusi pendidikan/pejabat/kuarters di bawah KPM dilaksanakan semasa PKPB?
Boleh, kecuali bangunan yang dijadikan sebagai pusat kuarantin dan penempatan yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

12. Berapakah bilangan pekerja perkhidmatan KBK yang dibenarkan hadir bertugas?
Mengikut bilangan yang ditetapkan dalam kontrak.

13. Adakah skop dan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan KBK mengikut ketetapan dalam kontrak?
Ya.

14. Apakah arahan/tindakan yang perlu dipatuhi oleh pekerja KBK ketika melaksanakan perkhidmatan?
Pekerja KBK perlu melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan memakai penutup mulut dan hidung ketika melaksanakan tugas. Selain itu, pekerja perlu mematuhi garis panduan lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

15. Apakah tanggungjawab syarikat/kontraktor perkhidmatan KBK dalam melaksanakan perkhidmatan?
Syarikat/kontraktor perlu:

a) memastikan pekerja yang tidak sihat atau bergejala tidak datang bekerja dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan;

b) memastikan pekerja segera pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugas bagi mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan; dan

c) memaklumkan pihak KPM/Jabatan sekiranya terdapat pekerja mereka yang disahkan positif COVID-19.

E. SEKOLAH SWASTA

16. Adakah soalan lazim ini terpakai untuk pengoperasian sekolah swasta?
Ya.

Catatan: Sebarang perubahan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semoga perkongsian tentang soalan lazim atau faq berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini akan bermanfaat buat anda. - Bukit Besi Blog

Slot Program TV Pendidikan di Saluran TV Okey RTM

Slot Program TV Pendidikan di Saluran TV Okey Radio Televisyen Malaysia (RTM)


tv pendidikan di saluran tv okey rtm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bekerjasama untuk memperkenalkan slot Program TV Pendidikan di saluran TV Okey Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ini adalah satu usaha tambahan kepada siaran EduwebTV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming.

Slot Program TV Pendidikan ini merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian, terutamanya semasa lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui kerjasama ini. KPM menyediakan rancangan berbentuk pembelajaran yang bersesuaian untuk disiarkan oleh RTM. Dengan ini, murid yang tidak mendapat capaian internet tidak akan ketinggalan dan masih boleh mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) di rumah melalui televisyen.

Slot tersebut akan mula bersiaran pada hari Isnin, 6 April 2020 menerusi saluran TV Okey, iaitu salah satu daripada saluran RTM. Sebagai permulaan, ianya akan disiarkan selama dua (2) jam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Waktu siaran adalah pada pukul 9:00 hingga 10:00 pagi dan pukul 1:00 hingga 200 petang. Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter.

Ringkasan Waktu Siaran TV Pendidikan KPM
  • Channel Siaran : TV Okey, Myfreeview Saluran 110‌‌, Astro Saluran 146
  • Hari Siaran : Setiap hari bermula 6 April 2020
  • Masa Siaran : 9.00 am - 10.00 am, 1.00 pm - 2.00 pm
  • Streaming Live : myklik.rtm.gov.my

Slot ini boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV. Selain daripada itu, siaran ini juga boleh ditonton menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI.

slot program tv pendidikan kpm

Bagi murid yang mempunyai capaian internet, siaran ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.myklik.rtm.gov.my secara web streaming.

KPM berharap usaha ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid, guru dan ibubapa bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan dengan efektif dan menarik walaupun dalam keadaan yang mencabar ini.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 04 APRIL 2020.

Sebarang pertanyaan berkaitan Program TV Pendidikan, sila hubungi Puan Siti Mahmudah Binti Sudiman, Pegawai Perhubungan Awam di talian 014-217 2217 atau Encik Haris Hameed, Pegawai Penghubung Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan di talian 019-457 5816.

Semoga cuti adik-adik kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tidak terbuang begitu saja, sekurang-kurangnya waktu itu terisi dengan menonton slot program TV Pendidikan KPM di saluran TV Okey RTM dan Astro. - Bukit Besi Blog

Ringkasan Tentang Auto Loan Moratorium Supaya Ramai Lebih Faham

Auto Loan Moratorium

Ringkasan berkenaan dengan Auto Loan Moratorium yang kini semakin hangat diperkatakan di laman sosial. Ringkasan ini bertujuan supaya lebih ramai lagi akan faham dan tidak keliru dengan hebahan ini.

Mungkin masih ramai yang masih kurang jelas dan tidak faham tentang kelayakan serta bagaimana perlaksanaan moratorium ini iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman bank. Semoga penjelasan ini akan membuatkan anda lebih jelas dan faham.

Jenis loan Moratorium

Ringkasan Tentang Auto Loan Moratorium


1. Bila bermula?

  • 1 April 2020 hingga 1 September 2020 (6 bulan).

2. Jenis loan yang dapat moratorium?

  • Pinjaman Perumahan.
  • Pinjaman Kenderaan.
  • Pinjaman Peribadi.
  • Pinjaman Perniagaan.
  • Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan selama 90 hari.

3. Macam mana nak mohon?

  • Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar borang, tak perlu telefon bank dan sebagainya.

4. Siapa yang layak?

  • Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja Kerajaan atas Swasta.
  • Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat ke atau gaji tak jalan je boleh dapat ke. Semua layak.

5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?

  • Tidak.
  • Bank boleh convert baki hutang kepada pinjaman tetap.
  • Faedah maksimum akan menjadi 13% setahun berbanding 18%.

6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?

  • Tidak akan bertambah.
  • Cuma akan bertambah faedah sebanyak 6 bulan (kerana penangguhan 6 bulan).
  • Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah 6 bulan.
  • Jika sebelum ini pinjaman adalah selama 7 tahun, dia akan jadi 7 tahun DAN 6 bulan.

7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank contohnya AEON Kredit, pinjaman kenderaan dengan Kedai dan sebagainya?

  • Sila berurusan terus dengan pemberi pinjaman kerana mereka bukan institusi Perbankan.

8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?

  • Tiada, tidak terkesan langsung.

9. Rumah sewa dapat tangguh secara automatik tak?

  • Tidak. Tetapi boleh berbincang dengan pemilik untuk diskaun dan kelonggaran kerana secara dasarnya, pemilik pun dapat penangguhan bayaran pinjaman.

10. Bagaimana kalau tak mahu buat penangguhan dan nak bayar macam biasa?

  • Hubungi bank dan bagitau mereka.

11. Penangguhan akan kena faedah atau penalti tak?

  • Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni satu anjakkan ke depan dan 6 bulan ini hanya satu ruang kosong yang anda tak perlu bayar dan tak memberi kesan.

12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?

  • Bayar pinjaman seperti biasa.

13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat penangguhan juga tak?

  • Tidak termasuk dalam Moratorium.
  • Kalau tak bayar, takde perlindungan.

Semoga ringkasan tentang pengangguhan bayaran balik pinjaman bank atau Auto Loan Moratorium ini akan dapat memberi pencerahan kepada anda. Kongsikan supaya orang lain tidak lagi tertanya-tanya.

Rujukan :

Alamat UiTM Bukit Besi Dungun Terengganu

Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kampus Bukit Besi yang berkeluasan 120 hektar ini telah lama beroperasi secara rasmi dan telah membuat pengambilan pelajar pertama sejak Jun 2013. Kampus ini juga adalah menjadi kebanggaan warga Bukit Besi dan juga seluruh rakyat Terengganu.

Alamat UiTm Bukit Besi

Alamat UiTM Kampus Bukit Besi

Jika anda sedang mencari alamat surat menyurat bagi UiTM kampus Bukit Besi, di sini saya sertakan alamat UiTM Bukit Besi yang betul mengikut sumber yang saya perolehi daripada kakitangan UiTM Bukit Besi.

Universiti Teknologi Mara
UiTM Kampus Bukit Besi
23200, Bukit Besi
Dungun, Terengganu
Darul Iman

No Telefon : 09 - 833 5001
No Tel Fax : 09 - 833 5003

UiTM Bukit Besi Kini Dibuka Secara Rasmi

Salam satu Malaysia. Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bukit Besi, Dungun, Terengganu secara rasmi telah dibuka dan telah membuat pengambilan pertama pelajar serta memulakan pengajian pada awal Jun 2013. Kampus yang telah siap dibina dengan peruntukkan RM93 juta ini akan menempatkan 6000 pelajar dengan tumpuan kepada program sains dan teknologi selain daripada kejuruteraan mekanikal dan kimia.

UiTM Bukit Besi juga telah memperkenalkan satu bidang pengajian baru iaitu Diploma Kejuruteraan Perkapalan. Difahamkan, program terbaru ini diperkenalkan adalah kerana Terengganu sememangnya amat terkenal sejak zaman dahulu lagi berkaitan dengan kepakaran membuat kapal dan bot iaitu di daerah Pulau Duyong, Terengganu.

Lokasi UiTM kampus Bukit Besi berdekatan dengan Tasik Puteri Bukit Besi dan mungkin sukar untuk dicari sekiranya pertama kali sampai ke sini, ini kerana kampus tersebut dilindungi oleh bukit dan hutan. Lokasinya agak terpencil namun keindahan tasik dan kehijauan alam semula jadi boleh didapat di sini. Sementara itu, Lokasi Kelab Golf Bukit Besi hanya di seberang tasik Anda boleh sampai ke sini dengan melalui Lebuhraya Jerangau Jabor.

Gambar Sekitar Kampus UiTM Bukit Besi


uitm bukit besi
Pemandangan Kampus UiTM

gambar
Kehijauan Alam Semula Jadi UiTM

uitm
Tempat Letak Kereta Asrama Siswa

Kampus
Gambar Sekitar Perpustakaan Kampus

perpustakaan
Dari Sudut Dalam Perpustakaan Kampus

Library
Perpustakaan UiTM Kampus Bukit Besi

medan selera
Medan Selera

dewan emas
Dewan Emas

bangunan akademik
Bangunan Akademik UiTM Bukit Besi

asrama
Asrama Tun Abdul Razak

Gambar - gambar UiTM Bukit Besi di atas diambil dengan keizinan daripada blog Mohamad Aidil Ali iaitu salah seorang pelajar UiTM kampus Bukit Besi yang telah pun memulakan pengajiannya. Sebenarnya saya telah pun pergi ke kampus itu sebelum ini, namun orang luar dilarang masuk pada ketika itu kerana pihak pengurusan mengatakan ianya belum beroperasi sepenuhnya. Terima kasih Mohamad Aidil. Peace!