Tip Dan Panduan Penjimatan Air

Air merupakan keperluan asas manusia yang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Penggunaan dan permintaan air yang digunakan di seluruh dunia makin meningkat setiap hari. Masih ada negara di dunia mengalami masalah kekurangan air. Namun kita bersyukur kerana di Malaysia masih lagi mampu mengecapi kemudahan air ini.

Cara dan Panduan Penjimatan Air

cara jimat air

Permintaan dan penggunaan air bersih semakin meningkat sedangkan sumbernya kian berkurangan, oleh itu langkah pemuliharaan dan cara penjimatan air harus dilakukan disamping dapat meningkatkan tahap kesihatan.

Cara Untuk Menjimatkan Air

  • Kurangkan waktu dan jumlah mandian
  • Tutup pair air semasa bersyampu atau bersabun
  • Gunakan syampu atau sabun yang kurang berbuih

Penggunaan Tandas Yang Betul

  • Gunakan air yang pernah digunakan seperti air basuh tangan atau sayuran daripada pengepam tandas
  • Gunakan peralatan dua-pam di dalam sistem pengepaman berbanding dengan sistem biasa yang menggunakan 10 liter air setiap pam, sistem dua-pam hanya menggunakan 6 liter air untuk pengepaman penuh dan 3 liter air untuk pengepaman separuh
  • Gunakan tandas yang cangkuk untuk penggunaan yang singkat

Membasuh Kenderaan Di Rumah

  • Kurangkan kadar mencuci kenderaan di rumah
  • Setiap kali membasuh gunakan baldi dan elakkan penggunaan hos

Kegunaan Air Untuk Penyiraman

  • Gunakan air basuhan tangan atau sayuran
  • Gunakan bekas atau baldi untuk menyiram
  • Letakkan bekas di bawah pasu bunga untuk menahan air keluar, cara ini dapat mengurangkan kekerapan menyiram dan penjimatan air

Penggunaan Air Mencuci Lantai

  • Tidak perlu menggunakan paip atau mencurah air ke atas lantai
  • Gunakan pengelap lantai untuk mencuci seperti mop
  • Gunakan bahan pencuci yang kurang berbuih
  • Kerap menyapu lantai untuk mengelakkan habuk dan debu terkumpul

Penggunaan Air Untuk Mencuci Pakaian

  • Mengumpul pakaian yang ingin dicuci sehingga mencukupi muatan mesin basuh
  • Gunakan bahan pencuci yang kurang berbuih dan menjimatkan air
  • Air basuhan pakaian yang menggunakan cecair yang kurang berbuih boleh digunakkan untuk mencuci lantai, kenderaan dan sebagainya, aktiviti ini juga adalah sebagai langkah untuk penjimatan air
Semoga tips dan panduan cara jimat air ini dapat membantu anda untuk menguruskan kehidupan seharian dengan lebih baik lagi.
0 Comments for "Tip Dan Panduan Penjimatan Air"

Mesyuarat Sedang Berlangsung. Sila Berhujah Dengan Penuh Tatatertib.

Back To Top