December 2, 2016

PTPTN Berikan Diskaun Sehingga 15% Kepada Semua Peminjam PTPTN

3 insentif yang sangat menarik bagi peminjam PTPTN telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib menerusi pembentangan bajet 2017.

Berikutan dengan insentif yang telah diumumkan ini, peminjam boleh mendapatkan diskaun dari 10% sehingga 15%. Jumlah yang agak banyak kan? Siapakah yang layak untuk mendapat insentif ini? Bagaimana cara nak dapat insentif ini? Dan sampai bilakah diskaun insentif ini?

Di sini kami akan kongsikan 3 jenis insentif yang telah ditawarkan oleh PTPTN.

permohonan ptptn

Insentif Diskaun 15% Bagi Peminjam Yang Bayar ‘Lump Sum’

Jika anda seorang peminjam PTPTN yang ingin buat bayaran penuh, sekarang ini adalah waktu yang sangat sesuai. Kerana diskaun sebanyak 15% akan diberikan kepada semua peminjam yang akan membuat bayaran mulai 22 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2017.

Yang paling menarik, peminjam yang menggunakan gabungan saluran seperti KWSP, tunai dan online masih layak untuk mendapatkan insentif diskaun ini. Persoalan untuk buat bayaran menggunakan akaun kedua KWSP tidak lagi menjadi isu, kerana jawapannya boleh dengan syarat semua bayaran dibuat dalam bulan yang sama.

Tidak terkecuali kepada peminjam yang nama mereka sudah disenarai hitam oleh Imigresen juga boleh menikmati insentif 15% ini.

Insentif Diskaun 10% Bagi Peminjam Yang Bayar 50% Dari Baki Hutang

ptptn check balance

Bagi peminjam yang telah bercadang hendak membuat bayaran 50% daripada baki hutang pula, mereka layak mendapat diskaun sebanyak 10%, dengan syarat bayaran 50% itu diterima oleh PTPTN pada bulan yang sama.


Insentif Diskaun 10% Untuk Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji & Direct Debit

semak ptptn
Bayaran balik secara melalui potongan gaji ini sebenarnya telah lama ditawarkan dan bertujuan untuk memudahkan kepada semua peminjam. Kerana pada setiap hujung bulan anda tidak lagi perlu fikir bagaimana untuk membayar kepada PTPTN. Semuanya secara automatik ditolak oleh majikan melalui akaun peminjam. Namun masih ramai yang tidak tahu berkaitan dengan kemudahan ini.

Anda disarankan membayar secara potongan gaji atau direct debit sekiranya mempunyai permasalahan pembayaran setiap bulan. Diskaun 10% tetap ada.

Cara Bayaran Balik PTPTN

ptptn online

Apa yang perlu anda lakukan adalah buat semakan status baki pinjaman terlebih dahulu secara online atau sms. Anda boleh melayari website di www.ptptn.gov.my untuk check baki keseluruhan atau hubungi Careline PTPTN 03-2193 3000.

Setelah anda tahu baki pinjaman, anda bolehlah membuat bayaran mengikut cara pembayaran yang anda pilih sendiri. Jom dapatkan diskaun 10% dan 15% ini. Diulangi kesemua insentif ini boleh dinikmati bermula 22 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2017 sahaja.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari di pautan seperti berikut: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/insentif_bajet_2017

November 22, 2015

Perabot Taman Gazebo Pergola Wakaf Kayu Bukit Besi

Bukit Besi Kayu Kraf adalah sebuah syarikat daripada Bukit Besi, Dungun, Terengganu yang mahir dalam pembuatan dan pemasaran perabot taman seperti Gazebo, Pergola, Wakaf Kayu dan sebagainya. BBKK telah dikenali ramai kerana pembuatan perabot taman berasaskan kayu. BBKK juga terkenal kerana telah dijual dan memasarkan di seluruh Malaysia produk hiasan taman dan halaman di depan rumah yang menarik, kemas, cantik, kukuh dan berkualiti dengan senarai harga yang amat kompetitif, murah dan berpatutan mengikut kemampuan pelanggan. Perabot taman dan laman hasil keluaran BBKK menjadi aksesori pelengkap bagi menyerlahkan nilai dan keindahan sesebuah taman dan landskap.

Produk Kayu

Objektif Bukit Besi Kayu Kraf Terengganu

Objektif utama BBKK adalah memasarkan produk hiasan taman dan laman seperti Wakaf Gazebo Kayu, Pergola Rumah Kayu, DIY Wakaf Kayu, Meja Taman, Ukiran Kayu, Pondok dan berbagai lagi mengikut designs serta rekabentuk kemahuan pelanggan. Selain itu, BBKK juga  terlibat dalam merekabentuk design produk ubah suai kediaman berasaskan kayu seperti anjung, beranda, pagar kayu, pintu gerbang dan sebagainya.

kayu jati

Kayu Cengal

Harga Murah

Gazebo Malaysia Ukiran Tradisional Melayu

BBKK juga telah berjaya menghasilkan produk seperti Chalet dan Rumah Kayu. Sememangnya menjadi keutamaan BBKK memberi sentuhan unsur-unsur keindahan seni ukir Tradisional Melayu kepada hampir semua jenis produk BBKK. Dengan berbagai pengalaman di dalam bidang perabot taman seperti ini, membolehkan BBKK mengilham dan menghasilkan produk hiasan taman yang berkualiti, unik, menarik dan berkualiti. Ini sekaligus mampu menjadikan produk BBKK amat diminati dan menjadi pilihan peminat-peminat perabot taman yang berasaskan kayu.

Gambar Wakaf Kayu

Kerusi Meja Laman

Hiasan Laman

Aneka Bentuk Dan Jenis Kayu

Kehebatan kayu tropika dalam pembuatan seperti Cengal, Balau, Keruing , Meranti dan lain-lain dapat memastikan produk BBKK bersedia menghadapi cabaran cuaca. Keindahan landskap yang dihiasi dengan perabot taman BBKK mampu menceriakan suasana taman dan halaman, sementara itu boleh meningkatkan kualiti ikatan kasih sayang antara setiap keluarga. berkemungkinan keadaan dan hubungan kekeluargaan akan terjalin lebih mesra jika sesekali boleh bersantai di atas gazebo rekaan BBKK.

Harga Wakaf Kayu Gazebo


Kepentingan Sesebuah Landskap Taman

Sekolah-sekolah juga adalah  antara agensi kerajaan yang telah membeli produk hiasan taman BBKK untuk menghias laman dan tempat-tempat rekreasi mereka. Dan juga pihak swasta seperti restoran, resort, hotel dan sebagainya turut terlibat menggunakan produk BBKK untuk mengindahkan dan menyerikan lagi taman-taman serta landskap-landskap mereka.

Kemudahan-kemudahan landskap di taman-taman seperti ini disediakan demi memastikan semua masyarakat sama ada di kalangan pekerja atau kakitangan, para pengunjung dan juga pelanggan akan dapat berehat pada masa-masa terluang di atas produk landskap tersebut. Sementara itu, landskap yang menarik dengan kombinasi produk kejur dan lembut dapat memberi kesan yang mendalam ke dalam setiap jiwa insan yang memilikinya. Dengan itu ia dapat mengurangkan tekanan yang mungkin dirasai akibat faktor-faktor tertentu seperti persekitaran dan faktor negatif yang lain.

Pembekal Wakaf Kayu

Kerusi Kayu Jati Terkini

Ala Inggeris

DIY

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk seperti gazebo, Pergola, Wakaf Kayu dan produk kayu yang lain, anda boleh menghubungi Encik Roslan Taib yang merupakan Pengurus syarikat Bukit Besi Kayu Kraf di talian +6019-931 0818, Encik Roslan Taib atau anda juga boleh membuat pertanyaan lanjut melalui email iaitu di ruangan Contact blog ini.

Rujukan Anda: Wakaf Warisan



January 5, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Salam satu Malaysia. Selamat menyambut tahun 2015 kepada semua pembaca blog Bukit Besi. Tahun 2015 adalah lembaran baru untuk kita semua. Semoga di tahun baru ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua.

tahun baru 2015
Mungkin ada diantara pembaca blog ini tertanya-tanya kenapa tidak dikemaskinikan seperti sebelum ini. Untuk makluman anda semua, penulis menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan dan masa untuk berblog memang tiada namun hati selalu teringat untuk update di blog ini. Antara masalah penulis adalah seperti Ayahnda tercinta pulang ke rahmatullah, kesihatan isteri penulis tidak memuaskan, urusan perniagaan dan pemindahan seperti angkut barang, tukar alamat dan banyak lagi. Ye sangat banyak.

Saya akan mengemaskinikan blog ini seperti biasa iaitu sebulan sekali atau seminggu sekali padahal sepurnama sekali sebenarnya. In sha Allah, mudah-mudahan semua akan back to normal.

Dun Bukit Besi
Oh ya, selama saya tidak online bermacam peristiwa sedih dan sebagainya berlaku di Malaysia. Berkaitan dengan musim banjir dan pesawat Air Asia yang terhempas. Saya mendoakan kebaikan untuk mereka semua. Sekiranya anda ingin membantu mangsa banjir di Terengganu. Sila rujuk gambar di atas.

Saya ada kejutan untuk anda semua. Stay tuned.

November 11, 2014

Pasar Tani Dataran Bukit Besi

Salam satu Malaysia. Pasar Tani Bukit Besi atau juga dikenali sebagai Pasar Tani Dataran Seri Bangun telah pun dibuka kepada orang ramai. Pelancaran Pasar Tani ini telah dirasmikan oleh YB Roslee Daud iaitu Wakil Rakyat bagi DUN Bukit Besi pada 30 Ogos 2014.

Lokasi Pasar Tani ini adalah di perkarangan Pejabat Adun Bukit Besi iaitu di simpang Lay Bay, Bukit Besi. Ia juga berdekatan dengan persimpangan ke Lebuhraya Pantai Timur, Bukit Besi. Pasar Tani Bukit Besi hanya di buka pada setiap hari Sabtu saja, bermula daripada pukul 8 pagi sehingga pukul 1 tengahari.

Pasar Tani Dataran Seri Bangun

Dataran Seri Bangun

Dengan adanya Pasar Tani seperti ini di Bukit Besi, ini akan lebih memudahkan kepada semua penduduk Bukit Besi dan sekitarnya untuk mendapatkan berbagai kelengkapan, makanan serta barangan basah seperti sayur-sayuran segar, ikan segar, ayam, daging dan macam-macam lagi. Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar di sekitar Pasar Tani Bukit Besi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Roslee Daud kerana begitu prihatin dan melaksanakan tugas dengan baik malah memberikan idea-idea terkini kepada seluruh penduduk Bukit Besi.

Ikan Ketam Segar

Simpang Lay Bay

Berbagai Jenis Sayur

Pemandangan Pasar Tani

Jom kita pakat gi Pasor Tani Bukit Besi!!

November 8, 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Bercili

Salam satu Malaysia. Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi Bercili memang banyak diperkatakan di semua media sosial di Malaysia. Malah ada yang menjual secara online untuk menambahkan pendapatan. Saya percaya ramai yang menyukai jeruk seperti ini terutamanya perempuan. Saya tahu ramai yang sudah tahu tentang resepi jeruk ini tetapi saya ingin juga berkongsinya di blog ini.

Resepi mangga asamboi ini saya perolehi daripada facebook tapi saya olahkan sedikit iaitu dengan merendamkan mangga putik ini bersama air garam terlebih dahulu selama sejam sebelum toskan serta memasukkan bahan-bahan lain dan peramkan di dalam peti ais selama beberapa jam.

Jeruk Mangga

Resepi Mangga Asam Boi Bercili

  • 3 Biji Mangga muda atau putik
  • Asam Boi beberapa peket
  • Cili padi
  • Gula
  • Garam

Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi

  • Potong buah mangga putik mengikut keselesaan anda. Buah mangga muda yang telah siap dipotong direndam bersama air garam selama sejam atau 30 minit memadai.
  • Setelah ditoskan masukkan cili padi yang telah dipotong. Lebihkan cili jika anda suka pedas
  • Masukkan asam boi mengikut kuantiti anda sendiri
  • Masukkan gula dan garam
  • Gaulkan semua bahan dan masukkan ke dalam bekas atau tupperware dan simpankan di dalam peti ais beberapa jam. Siap
Mangga Asam Boi

Memang sedap dan anda tidak perlu beli, lebih baik buat sendiri kerana cara nak buat jeruk ini tersangat mudah. Ini percubaan pertama saya dan yang paling seronok isteri saya sangat suka. Semua anak - anak buah saya makan sampai minta dibuat lagi. Jika anda tidak berkesempatan untuk membuat sendiri dan ingin membeli Jeruk Mangga Asam Boi Bercili ini secara online, anda boleh menghubungi Cik Puan Mozza Sulong melalui facebook beliau di Mozarella Cheese.