Sampul raya buat sendiri iaitu custom made sebenarnya lebih jimat daripada beli serta anda boleh membuatnya mengikut kreativiti sendiri dengan template design atau corak yang berlainan. Cara buat sampul duit raya DIY guna Canva sangat mudah dan kami kongsikan tutorial dengan video.
Kebiasaannya, standard size yang terdapat di pasaran adalah berpandukan kepada bentuk menegak (Potrait/Vertical) dan melintang (Landscape/Horizontal). Bila guna idea sendiri, anda boleh buat sebesar manapun yang anda suka.
Perkongsian daripada Puan Zureen Baharum, menyatakan dengan modal keseluruhan hanya RM5, anda dapat menghasilkan sampul duit raya yang cantik, menarik dan cute. Bahan-bahannya pula sangat simple dan boleh didapati dengan mudah.
Cara Buat Sampul Duit Raya Guna Canva & DIY
Sampul raya (Money Packet or Small Angpow Envelope) boleh didapati dengan mudah di pasaran dari mereka yang menyediakan perkhidmatan percetakan dengan harga yang berpatutan serta menghasilkan produk yang berkualiti. Walau bagaimanapun, sebagai pelanggan anda kena bijak buat pilihan.
Template Sampul Raya Canva Design 2023
Cara buat sampul duit raya guna Canva sangat simple samada melalui telefon Android atau iPhone dan komputer seperti laptop atau desktop, hasilnya memang menarik jika anda pandai memilih design yang cantik, warna yang menarik dan saiz yang betul.
Seterusnya, selepas dah siap dan berpuas hati dengan rekaan sendiri, boleh download dan print menggunakan kertas yang sesuai untuk sampul duit raya samada guna A4 Paper dan kertas pembalut hadiah.
Sekiranya anda ada bajet dan mampu untuk beli kertas premium yang berkualiti tinggi yang dikhaskan untuk membuat sampul raya iaitu dari jenis tebal, berkilat, tekstur licin, berikut adalah senarai material kertas yang biasa digunakan oleh syarikat percetakan dan designer:
- 120GSM Matte Art Paper
- 140GSM Linen Paper
- 130GSM Gloss Art Paper
Untuk edit sampul raya dengan Canva, apa yang anda perlu buat adalah klik pada link yang disertakan di bawah dan pilih yang mana berkenan serta suntingkan semua design yang dipaparkan mengikut idea sendiri dengan memilih element-element tertentu seperti batik, bunga, cartoon dan lain-lain.
Cara untuk edit sangat mudah, semua dah ada kat situ dan jangan takut untuk mencuba. Jika belum ada account di Canva.com boleh terus register guna Google Account seterus dapat guna. Kalau ada bajet lebih boleh terus Subscribe Canva Pro dengan harga yang sangat murah.
Kelebihan Pro Account pula sangatlah banyaknya dengan ditawarkan beratus-ratus ribu template, design dan macam-macamlah sampai tak mampu nak huraikan satu persatu kat sini. Kalau tak mampu cukuplah guna yang free sahaja dan ianya sangat berbaloi. Tutorial via PEDi Batu 14 Teluk Medan:
Koleksi Design Sampul Duit Raya Free
Ini pula senarai koleksi sampul duit raya percuma dan free download yang mana ia telah siap sepenuhnya. Anda boleh muat turun kesemuanya, selain tu, anda boleh edit masukkan nama atau ayat-ayat tertentu sebelum cetak menggunakan Photoshop, Canva dan sebarang aplikasi lain.
Semua gambar sampul raya di atas adalah contoh design dan saiz setiap satu sangat kecil, tidak sesuai untuk dicetak. Anda boleh dapatkan sampul raya tersebut dengan memuat turun file PDF yang disediakan pada pautan di bawah.
Cara Membuat Sampul Raya Sendiri DIY
Berikut adalah antara barangan yang diperlukan untuk membuat sampul raya iaitu kertas pembalut hadiah, gunting, pisau dan gam. Untuk jenis kertas pula, anda boleh kertas yang bersesuaian atau boleh juga cetak kertas dengan design tertentu selain kertas hadiah.
Walau bagaimanapun, kertas pembalut hadiah biasanya dijual dengan harga bawah RM5 untuk beberapa helai dan mungkin di sesetengah tempat berbeza harganya termasuk kualitinya pasti berlainan.
Cara untuk membuat sampul duit raya daripada pengguna Facebook ini telah mendapat perhatian netizen sehingga mendapat Likes dari ribuan orang malahan turut dikongsikan di media sosial berulang-ulang ditambah dengan pendapat dan idea-idea baru daripada pengguna lain.
1. Pertama sekali yang perlu anda buat adalah dengan melipat kertas pembalut hadiah menjadi 4 bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan potong berpandukan tutorial tersebut.
2. Kemudian, lipatkan kertas menjadi 3 bahagian supaya menjadi kepada 3 keping. Jadinya, setiap satu kertas pembalut hadiah akan menghasilkan dalam anggaran 12 keping sampul raya kreatif ini.
3. Lipatkan ia dengan kemas dari sudut kiri dan kanan, letakkan gam pada setiap bahagian yang dilipat dengan teliti dan kemas.
4. Manakala pada bahagian yang tidak digam pula, anda boleh memotong sedikit supaya sampul tersebut dapat ditutup dengan mudah tanpa sebarang masalah. Siap.
Sebenarnya, anda boleh hasilkan lebih banyak sampul duit raya dengan kertas pembalut hadiah dengan design yang berbeza. Jika anda dapatkan 20 keping kertas tersebut, anda boleh dapatkan sampul sebanyak 240 keping. Wow sangatlah jimat.
Template Sampul Raya Kartun Custom Made
Mungkin ada yang sedang mencari design sampul duit raya yang kreatif berserta template gambar kartun dengan tujuan untuk mewarna sendiri. Kami turut kongsikan contoh tersebut yang boleh anda cetak di rumah.
Perkongsian menarik yang berwarna hitam putih dengan design kartun animasi seperti Upin dan Ipin, Boboi Boy, Omar & Hana, Didi & Friends dan Avengers Projek Grafik ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja secara percuma dan yang penting anda perlu download percuma sebelum print.
1. Pertama sekali, pilih salah satu gambar sampul raya, print dan warnakan ia dengan warna-warna yang disukai dan mak ayah boleh membantu anak-anak dengan aktiviti ini.
2. Guntingkan dan lipatkan sampul raya mengikut lakaran yang telah disediakan. Kemudian boleh terus digunakan untuk duit raya atau digantung menjadi hiasan mengikut idea masing-masing. Simple dan mudah.
Free template sampul duit raya yang boleh anda download kemudiannya boleh edit samada ingin masukkan gambar, ayat sesuai dan apa saja design jika perlu mengikut kreativiti anda sendiri, sila klik pautan Google Drive berikut:
Untuk makluman, setiap gambar di atas berukuran 2339 X 1654 Pixel bersamaan 24.36 X 17.22 Inci, ia cukup besar untuk anda cetak dan guna untuk membuat sampul raya DIY. Manakala, jenis kertas pula boleh juga menggunakan kertas A4 jika untuk mengadakan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak.
Jika untuk kegunaan sendiri sebaiknya belikan kertas berkualiti di kedai buku, pasaraya atau Stationary Store yang berhampiran. Untuk muat turun template di atas, sila klik pada tanda anak panah (Arrow) di bahagian atas sebelah kanan seterusnya tekan perkataan DOWNLOAD yang tertera.
Template cute dan cantik ini dikongsikan oleh Cikgu Mie daripada Facebook Page The Projek Grafik yang menumpukan lembaran kerja khas untuk murid-murid sekolah tapi anda juga boleh gunakan untuk Hari Raya pada tahun 2023 kan?
Selain itu, anda boleh juga terus beli sampul raya ready made yang banyak dijual di laman Shopee dan Lazada dengan harga yang sangat murah, semakin banyak anda beli, semakin murahlah harga setiap satu. Nak tengok contoh? Klik Koleksi 'Angpow' Aidil Fitri.
Rujukan
Kesimpulan
Sebaiknya, buatlah sendiri sampul raya kerana terlalu senang nak membuatnya selain dapat menjimatkan kos. Lihat saja pada gambar yang dikongsikan, semuanya cantik dan kemas dengan corak kertas yang berbeza-beza menjadikan ia sangat menarik.
Diharap perkongsian cara buat sampul duit raya khas untuk Hari Raya Aidil Fitri ini dapat membantu serta memudahkan urusan anda untuk merealisasikannya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba walau di mana anda berada. - Bukit Besi Blog