Doa Barang Hilang Memohon Agar Cepat Ditemui Semula

Doa barang hilang

Doa Barang Hilang Agar Cepat Ditemui Semula - Mencari sesuatu yang hilang memang sangat meletihkan lebih-lebih lagi apabila kita terlupa di mana tempat asal sebenarnya ia diletakkan padahal ianya sangat mudah untuk dijumpai tapi sampai sekarang masih tak jumpa-jumpa.

Banyak doa dan zikir terdapat dalam ayat suci Al-Quran yang boleh digunakan oleh semua umat Islam sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kembali setiap barangan berharga hilang entah ke mana tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Dalam artikel ini dikongsikan beberapa ayat Al-Quran berserta terjemahan dalam Bahasa Malaysia termasuk bacaan doa dalam rumi bagi memudahkan anda untuk membaca dan mengamalkannya ketika berada dalam keadaan kehilangan sesuatu.

Doa Mencari Barang Yang Hilang


Surah untuk pencarian benda hilang

Apabila anda berada dalam satu situasi yang menyebabkan hilangnya barang berharga atau harta yang bernilai lebih-lebih lagi ia amat mahal tentunya anda merasa tertekan dan bimbang ia tidak dapat ditemukan.

Ada keadaan tertentu yang turut melibatkan jin dan syaitan sehingga dapat mengaburi mata manusia daripada melihat sesuatu yang disorokkan tanpa dapat dilihat oleh penglihatan mata kasar.

Jadi kita diwajibkan melaksanakan solat fardhu dan sunat sebagai satu usaha untuk tujuan ini selain turut berdoa kepada Allah SWT agar semua barang kita yang hilang itu akan dipulangkan semula kepada tuannya.

Satu riwayat dengan kisah yang penuh hikmah sebagaimana diceritakan oleh Ummu Salamah pada ketika itu kehilangan seorang suami yang amat disayanginya dan Rasulullah telah mengajarkan kepadanya sebuah doa yang sangat baik untuk diamalkan iaitu:

Doa Mencari Barang Hilang 1


Doa mencari barang hilang rumi dan Arab

إِنّا للهِ وَإِنَا إِلَـيْهِ راجِعـون ، اللهُـمِّ اْجُـرْني في مُصـيبَتي، وَاخْلُـفْ لي خَيْـراً مِنْـها

Rumi: Inna lillahi wa inna ilayhi raji`un, Allahumma jurni fi musibati wa ‘khluf li khayran minha.

Maksudnya: Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.

Doa Mencari Barang Hilang 2


Doa hilang barang

إِاَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

Rumi: Allahumma ya jami‘an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah.

Maksudnya: Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia-manusia di hari yang tiada lagi keraguan padanya. Pertemukanlah diriku dan barangku yang telah hilang dengan kebaikan dan afiyah.

Baca juga: Doa Nabi Yunus Penawar Musibah & Bebas Dari Kesulitan

Doa Mencari Barang Hilang 3


Zikir mencari barang yang hilang

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَ

Rumi: Allahumma ajini fii musiibatii wakhlufni khoiran minha.

Maksudnya: Ya Allah berikanlah ganjaran di atas semua musibah yang telah menimpaku ini, dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.

Doa Mencari Barang Hilang 4


Ikhtiar mendapatkan kehilangan barang

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Rumi: Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati.

Maksudnya: Wahai Tuhan yang menghimpunkan semua umat manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.

Doa Mencari Barang Hilang 5


Doa barang hilang ditemui semula

اَللّٰهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآ لَّتِىْ

Rumi: Allaahumma ya rabbadl dloollati wa yaa haadiyan minadl dlolaalati rudda dloollati.

Maksudnya: Ya Allah Tuhan dari segala sesuatu yang hilang. Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari semua kesesatan, kembalikanlah segera barangku yang hilang itu dengan cepat.

Doa Mencari Barang Hilang 6


Cara mencari barang yang hilang dalam Islam

بسم الله يا هادي الضلال وراد الضالة اردد علي ضالتي بعزتك وسلطانك فإنها من عطائك وفضلك

Rumi: Bismillahi yaa haadi al dhalal wa raadi al dhaalah, urdud ‘ala dhaalatii bi izzatika wa sulthanika fainnahaa min ‘athaaika w fadhlikaBismillah.

Maksudnya: Wahai Yang Maha Memberikan Petunjuk kepada setiap sesuatu yang hilang arahnya, wahai yang Maha Mengembalikan sesuatu yang telah dihilangkan, kembalikanlah kepadaku barang tersebut dengan kemuliaan-Mu dan kekuasaan-Mu, sesungguhnya itu adalah dari pemberian-Mu dan kemurahan-Mu.

Amalan Untuk Barang Yang Hilang


Antara amalan yang boleh dilakukan untuk mencari barang yang hilang dengan niat agar ia kembali semula kepada kita adalah dengan mengamalkan bacaan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW berulang-ulang kali diikuti beberapa surah-surah Al-Quran.

Sebaiknya ia dibuat dalam keadaan berwudhuk selepas menunaikan solat fardhu atau solat sunat, menumpukan perhatian penuh pada amalan untuk barang hilang ini sambil memikirkan dimanakah tempat terakhir barang tersebut diletakkan atau dimanakah ia berada samaada di kawasan rumah dan lokasi lain.

  • Al-Fatihah:7 kali
  • Al-Ikhlas: 7 kali
  • Al-Kahfi Ayat ke 19: 7 kali
  • Al-Fath Ayat 1-3: 7 kali
  • Selawat Nabi: 7 kali
  • Zikir Ya Allah: 3 kali atau lebih
  • Wirid Ya Hafiz: 119 kali

Apabila anda telah selesai bacaan di atas, anda perlu menadahkan tangan sambil berdoa supaya ditemukan dengan barang yang hilang itu dengan cepat serta merayu dan merintihlah meminta pertolongan daripada Allah dengan penuh yakin, insya Allah.

Baca juga: Doa Dipermudahkan Segala Urusan dan Hajat

Anda boleh juga melakukan amalan-amalan tambahan lain untuk tujuan ini bagi melatih diri supaya lebih bersabar, mendapatkan pertolongan dari Allah SWT dan menambahkan lagi keyakinan kepada-Nya, antaranya seperti yang disenaraikan:

  • Ikhlas bersedekah
  • Membuat solat hajat
  • Tidak putus asa
  • Banyakkan bersabar
  • Sentiasa istighfar
  • Memperbanyakkan zikir
  • Tawakkal kepada Allah SWT
  • Membaca Al-Quran

Akhir Kalam

Semoga perkongsian artikel Doa Barang Hilang dan memohon petunjuk dari Allah SWT agar setiap daripada kita yang masih mencari segala jenis benda berharga atau harta bernilai dapat ditemukan semula dengan cepat dan mudah. Diharapkan anda mempratikkan amalan ini apabila berhadapan dengan musibah yang berkaitan. - Bukit Besi Blog

Senarai Cawangan US PIZZA Negeri Pulau Pinang (Alamat & No Tel)

Cawangan US Pizza Pulau Pinang

Anda sedang mencari cawangan US Pizza di Pulau Pinang untuk menikmati hidangan halal dan menu istimewa dengan harga terbaik di restoran ini? Dikongsikan senarai lokasi terdekat yang terdapat di negeri ini berserta alamat lengkap, nombor telefon dan waktu operasi perniagaan.

Senarai Cawangan US PIZZA Negeri Melaka (Alamat & No Tel)

Cawangan US Pizza Melaka

Anda sedang mencari cawangan US Pizza di Melaka untuk menikmati hidangan halal dan menu istimewa dengan harga terbaik di restoran ini? Dikongsikan senarai lokasi terdekat yang terdapat di negeri ini berserta alamat lengkap, nombor telefon dan waktu operasi perniagaan.

Senarai Cawangan US Pizza Negeri Selangor (Alamat & No Tel)

Cawangan US Pizza Selangor

Anda sedang mencari cawangan US Pizza di negeri Selangor untuk menikmati hidangan halal dan menu istimewa dengan harga terbaik di restoran ini? Dikongsikan senarai lokasi terdekat yang terdapat di negeri ini berserta alamat lengkap, nombor telefon dan waktu operasi perniagaan.

Senarai Cawangan US PIZZA Kuala Lumpur (Alamat & No Tel)

Cawangan US Pizza Kuala Lumpur

Anda sedang mencari cawangan US Pizza di Bandaraya Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan halal dan menu istimewa dengan harga terbaik di restoran ini? Dikongsikan senarai lokasi terdekat yang terdapat di Wilayah Persekutuan ini berserta alamat lengkap, nombor telefon dan waktu operasi perniagaan.

3 Cara Buat Sampul Duit Raya DIY Guna Canva Template & Design

Cara buat sampul duit raya

Sampul raya buat sendiri iaitu custom made sebenarnya lebih jimat daripada beli serta anda boleh membuatnya mengikut kreativiti sendiri dengan template design atau corak yang berlainan. Cara buat sampul duit raya DIY guna Canva sangat mudah dan kami kongsikan tutorial dengan video.

Kebiasaannya, standard size yang terdapat di pasaran adalah berpandukan kepada bentuk menegak (Potrait/Vertical) dan melintang (Landscape/Horizontal). Bila guna idea sendiri, anda boleh buat sebesar manapun yang anda suka.

Perkongsian daripada Puan Zureen Baharum, menyatakan dengan modal keseluruhan hanya RM5, anda dapat menghasilkan sampul duit raya yang cantik, menarik dan cute. Bahan-bahannya pula sangat simple dan boleh didapati dengan mudah.

Cara Buat Sampul Duit Raya Guna Canva & DIY


Template sampul duit raya pdf

Sampul raya (Money Packet or Small Angpow Envelope) boleh didapati dengan mudah di pasaran dari mereka yang menyediakan perkhidmatan percetakan dengan harga yang berpatutan serta menghasilkan produk yang berkualiti. Walau bagaimanapun, sebagai pelanggan anda kena bijak buat pilihan.

Template Sampul Raya Canva Design 2023


Design sampul duit raya

Cara buat sampul duit raya guna Canva sangat simple samada melalui telefon Android atau iPhone dan komputer seperti laptop atau desktop, hasilnya memang menarik jika anda pandai memilih design yang cantik, warna yang menarik dan saiz yang betul.

Seterusnya, selepas dah siap dan berpuas hati dengan rekaan sendiri, boleh download dan print menggunakan kertas yang sesuai untuk sampul duit raya samada guna A4 Paper dan kertas pembalut hadiah.

Sekiranya anda ada bajet dan mampu untuk beli kertas premium yang berkualiti tinggi yang dikhaskan untuk membuat sampul raya iaitu dari jenis tebal, berkilat, tekstur licin, berikut adalah senarai material kertas yang biasa digunakan oleh syarikat percetakan dan designer:

  • 120GSM Matte Art Paper
  • 140GSM Linen Paper
  • 130GSM Gloss Art Paper
Info: GSM = Gram Per Square Metre

Untuk edit sampul raya dengan Canva, apa yang anda perlu buat adalah klik pada link yang disertakan di bawah dan pilih yang mana berkenan serta suntingkan semua design yang dipaparkan mengikut idea sendiri dengan memilih element-element tertentu seperti batik, bunga, cartoon dan lain-lain.


Cara untuk edit sangat mudah, semua dah ada kat situ dan jangan takut untuk mencuba. Jika belum ada account di Canva.com boleh terus register guna Google Account seterus dapat guna. Kalau ada bajet lebih boleh terus Subscribe Canva Pro dengan harga yang sangat murah.

Kelebihan Pro Account pula sangatlah banyaknya dengan ditawarkan beratus-ratus ribu template, design dan macam-macamlah sampai tak mampu nak huraikan satu persatu kat sini. Kalau tak mampu cukuplah guna yang free sahaja dan ianya sangat berbaloi. Tutorial via PEDi Batu 14 Teluk Medan:


Koleksi Design Sampul Duit Raya Free


Ini pula senarai koleksi sampul duit raya percuma dan free download yang mana ia telah siap sepenuhnya. Anda boleh muat turun kesemuanya, selain tu, anda boleh edit masukkan nama atau ayat-ayat tertentu sebelum cetak menggunakan Photoshop, Canva dan sebarang aplikasi lain.

Cara membuat sampul duit raya guna Canva

Sampul duit raya 2023

Cara nak buat sampul raya sendiri yang mudah

Gambar kartun cute

Design batik yang cantik

Harga money packet yang murah

Semua gambar sampul raya di atas adalah contoh design dan saiz setiap satu sangat kecil, tidak sesuai untuk dicetak. Anda boleh dapatkan sampul raya tersebut dengan memuat turun file PDF yang disediakan pada pautan di bawah.



Cara Membuat Sampul Raya Sendiri DIY


Berikut adalah antara barangan yang diperlukan untuk membuat sampul raya iaitu kertas pembalut hadiah, gunting, pisau dan gam. Untuk jenis kertas pula, anda boleh kertas yang bersesuaian atau boleh juga cetak kertas dengan design tertentu selain kertas hadiah.

Angpau Aidil Fitri

Walau bagaimanapun, kertas pembalut hadiah biasanya dijual dengan harga bawah RM5 untuk beberapa helai dan mungkin di sesetengah tempat berbeza harganya termasuk kualitinya pasti berlainan.

Cara untuk membuat sampul duit raya daripada pengguna Facebook ini telah mendapat perhatian netizen sehingga mendapat Likes dari ribuan orang malahan turut dikongsikan di media sosial berulang-ulang ditambah dengan pendapat dan idea-idea baru daripada pengguna lain.

Muat turun secara percuma

1. Pertama sekali yang perlu anda buat adalah dengan melipat kertas pembalut hadiah menjadi 4 bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan potong berpandukan tutorial tersebut.

Edit guna Microsoft Word

2. Kemudian, lipatkan kertas menjadi 3 bahagian supaya menjadi kepada 3 keping. Jadinya, setiap satu kertas pembalut hadiah akan menghasilkan dalam anggaran 12 keping sampul raya kreatif ini.

Guna kertas pembalut hadiah

3. Lipatkan ia dengan kemas dari sudut kiri dan kanan, letakkan gam pada setiap bahagian yang dilipat dengan teliti dan kemas.

Kertas A4 yang paling terbaik

4. Manakala pada bahagian yang tidak digam pula, anda boleh memotong sedikit supaya sampul tersebut dapat ditutup dengan mudah tanpa sebarang masalah. Siap.

Kertas sampul duit raya

Sebenarnya, anda boleh hasilkan lebih banyak sampul duit raya dengan kertas pembalut hadiah dengan design yang berbeza. Jika anda dapatkan 20 keping kertas tersebut, anda boleh dapatkan sampul sebanyak 240 keping. Wow sangatlah jimat.

Template Sampul Raya Kartun Custom Made


Mungkin ada yang sedang mencari design sampul duit raya yang kreatif berserta template gambar kartun dengan tujuan untuk mewarna sendiri. Kami turut kongsikan contoh tersebut yang boleh anda cetak di rumah.

Perkongsian menarik yang berwarna hitam putih dengan design kartun animasi seperti Upin dan Ipin, Boboi Boy, Omar & Hana, Didi & Friends dan Avengers Projek Grafik ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja secara percuma dan yang penting anda perlu download percuma sebelum print.

1. Pertama sekali, pilih salah satu gambar sampul raya, print dan warnakan ia dengan warna-warna yang disukai dan mak ayah boleh membantu anak-anak dengan aktiviti ini.

2. Guntingkan dan lipatkan sampul raya mengikut lakaran yang telah disediakan. Kemudian boleh terus digunakan untuk duit raya atau digantung menjadi hiasan mengikut idea masing-masing. Simple dan mudah.

Free template sampul duit raya yang boleh anda download kemudiannya boleh edit samada ingin masukkan gambar, ayat sesuai dan apa saja design jika perlu mengikut kreativiti anda sendiri, sila klik pautan Google Drive berikut:



Untuk makluman, setiap gambar di atas berukuran 2339 X 1654 Pixel bersamaan 24.36 X 17.22 Inci, ia cukup besar untuk anda cetak dan guna untuk membuat sampul raya DIY. Manakala, jenis kertas pula boleh juga menggunakan kertas A4 jika untuk mengadakan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak.

Jika untuk kegunaan sendiri sebaiknya belikan kertas berkualiti di kedai buku, pasaraya atau Stationary Store yang berhampiran. Untuk muat turun template di atas, sila klik pada tanda anak panah (Arrow) di bahagian atas sebelah kanan seterusnya tekan perkataan DOWNLOAD yang tertera.

Template cute dan cantik ini dikongsikan oleh Cikgu Mie daripada Facebook Page The Projek Grafik yang menumpukan lembaran kerja khas untuk murid-murid sekolah tapi anda juga boleh gunakan untuk Hari Raya pada tahun 2023 kan?

Selain itu, anda boleh juga terus beli sampul raya ready made yang banyak dijual di laman Shopee dan Lazada dengan harga yang sangat murah, semakin banyak anda beli, semakin murahlah harga setiap satu. Nak tengok contoh? Klik Koleksi 'Angpow' Aidil Fitri.

Rujukan

Kesimpulan


Sebaiknya, buatlah sendiri sampul raya kerana terlalu senang nak membuatnya selain dapat menjimatkan kos. Lihat saja pada gambar yang dikongsikan, semuanya cantik dan kemas dengan corak kertas yang berbeza-beza menjadikan ia sangat menarik.

Diharap perkongsian cara buat sampul duit raya khas untuk Hari Raya Aidil Fitri ini dapat membantu serta memudahkan urusan anda untuk merealisasikannya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba walau di mana anda berada. - Bukit Besi Blog

SmartHeart Referral Program: Kenalkan Kawan Dapat Mata Ganjaran

Refer kawan dapat mata ganjaran SmartHeart MY App

SmartHeart Referral Program: Perkenalkan Pada Kawan dan Dapatkan Mata Ganjaran

Jika anda adalah pengguna aplikasi mobil SmartHeartMY, anda mesti tahu yang aplikasi ini dicipta khas dengan penuh kasih sayang untuk semua pemilik haiwan. Tapi tahukah anda tentang Referral Program yang diwujudkan khas untuk semua ahli berdaftar?

Cara Cari Kedai Jual Produk SmartHeart Melalui Aplikasi

Cara Cari Kedai Jual Produk SmartHeart Melalui Aplikasi

Jika anda sedang tercari-cari kedai-kedai berdekatan yang menjual produk SmartHeart tetapi masih lagi belum jumpa, jangan risau kerana untuk mencarinya sangat mudah melalui Store Locator yang terdapat pada aplikasi mobile SmartHeart MY.

Aplikasi Mobil SmartHeart MY Ada Berita Terkini & Aktiviti Terbaru?

Aplikasi Mobil SmartHeart MY Ada Berita Terkini

Anda dah muat turun aplikasi mobil SmartHeart MY? Macamana okay tak dengan penggunaan aplikasi istimewa ini? Banyak sangatkan kelebihannya dan mungkin tak semua yang tahu tentang aplikasi terbaru daripada SmartHeart ini juga mempunyai berita yang terkini dan segala aktiviti terbaru.