Cara Cari Kedai Jual Produk SmartHeart Melalui Aplikasi

Cara Cari Kedai Jual Produk SmartHeart Melalui Aplikasi

Jika anda sedang tercari-cari kedai-kedai berdekatan yang menjual produk SmartHeart tetapi masih lagi belum jumpa, jangan risau kerana untuk mencarinya sangat mudah melalui Store Locator yang terdapat pada aplikasi mobile SmartHeart MY.

Sebenarnya, antara faedah yang utama dengan menggunakan aplikasi ini adalah anda boleh mendapatkan maklumat penting seperti ini secara online sahaja tanpa perlu membuat panggilan untuk bertanya di manakah lokasi kedai yang terdekat.

Selain itu, anda boleh juga membuat pembelian sebarang produk SmartHeart melalui aplikasi ini dengan syarat anda mempunyai akaun online banking, kad debit, kad kredit dan sebagainya untuk membuat pembayaran.

Tetapi jika anda ingin berkunjung ke lokasi kedai yang berhampiran bagi mendapatkan produk SmartHeart, kami kongsikan caranya yang sangat mudah yang mana semuanya hanya di hujung jari sahaja.

Cari Kedai SmartHeart Melalui Store Locator Dalam Aplikasi


Perkara pertama yang perlu anda buat bagi mendapatkan alamat lokasi yang tepat berpandukan kepada peta (Direction) dan nombor telefon kedai yang terdekat, anda perlu download aplikasi SmartHeart melalui Google Play Store atau Apple Store seperti berikut:


1. Setelah selesai download dan mendaftar, anda boleh terus saja klik pada sidebar di sebelah kiri yang mana Store Locator terdapat pada bahagian paling bawah sebelum menu Log Out.

Store locater

2. Selepas klik anda akan dapati senarai kedai-kedai yang terdapat di seluruh Malaysia. Anda tak perlu scroll up and down untuk mendapatkan lokasi yang tepat, sebaliknya sila taipkan lokasi di mana anda berada.

3. Sebagai contoh anda berada di negeri Selangor, taipkan daerah atau nama Selangor, seterusnya klik pada alamat yang dipaparkan atau klik pada butang Direction yang akan menunjukkan kepada peta lokasi kedai tersebut.

Pet shop near me

4. Sekiranya anda ingin berhubung dengan pemilik kedai untuk bertanyakan tentang waktu operasi dan maklumat tertentu, sila terus tekan butang Call yang telah disediakan, seterusnya panggilan dibuat secara automatik di telefon bimbit anda. Mudah sangatkan?

Rujukan

Kesimpulan


Jika anda ingin berkunjung ke kedai yang menjual produk SmartHeart lepasni tak perlu lagi pergi satu-satu kedai. Dapatkan sahaja maklumat kedai berdekatan di dalam aplikasi ini. Dah jangan tunggu lagi. Download sekarang! - Bukit Besi Blog