SmartHeart MY: Aplikasi Untuk Anda dan Si Comel

SmartHeart App

Eh Geng Aplikasi Mobil SmartHeart MY ni apa ye?

Pasti menjadi persoalan ramai yang tertanya-tanya tentang apakah itu aplikasi SmartHeart MY yang kini menjadi bualan ramai pencinta haiwan di luar sana dan apakah kegunaannya sehingga semakin ramai yang telah menggunakannya serta boleh dimuatturun secara percuma.

Aplikasi mobil SmartHeart adalah satu inisiatif yang direka khas oleh SmartHeart iaitu sebuah syarikat makanan haiwan peliharaan yang terkemuka dan telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan industri penjagaan haiwan kesayangan.

Dengan perkhidmatan berkualiti tinggi yang sentiasa menambahbaikkan produk untuk memenuhi piawaian industri menjadikanSmartHeart sentiasa menarik perhatian ramai pencinta haiwan peliharaan dari seluruh dunia bukan hanya di Malaysia.

Apa Itu Aplikasi Mobil SmartHeart MY


Smart Heart untuk kucing

Aplikasi mudah alih ini sebenarnya adalah One Stop Centre (A Must-Have App for Pet Owners) untuk para pemilik haiwan di luar sana. Menerusi aplikasi ini segala keperluan Si Comel anda bermula dari makanan secara keseluruhan boleh didapati dengan cara yang mudah dan pantas.

Hanya dengan satu aplikasi sahaja anda boleh merasai sendiri faedah dan kelebihan SmartHeart MY. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar anda untuk mengetahui semua kebaikan dan kelebihannya.

Semua pembelian segala keperluan haiwan kesayangan boleh dilakukan secara online dan ianya akan dihantar terus ke rumah anda. Tak perlu lagi susah-susah pergi ke Pet Shop kalau tiap kali nak dapatkan makanan Si Comel kan?

Aplikasi mobil SmartHeart ini dibangunkan dengan penuh kasih sayang semata-mata untuk memenuhi keperluan semua haiwan kesayangan anda. Paling menarik, ianya boleh digunakan di mana sahaja anda berada. Jom tengok antara kelebihan-kelebihan yang ditawarkan:

  • Beli makanan online
  • Pelbagai rangkaian pilihan produk
  • Peraduan dan Giveaway
  • Kumpul mata ganjaran
  • Kuiz khas diadakan
  • Promosi terbaru
  • Mencari lokasi kedai terdekat
  • Berita terkini

Dan banyak lagi ciri-ciri lain yang lebih menarik di dalamnya! Pastikan anda download pada hari ini untuk menikmati pelbagai peluang menarik yang ditawarkan.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati semua tawaran yang dianjurkan oleh SmartHeart, sila muat turun aplikasi SmartHeart MY di laman Google Play Store dan Apple App Store melalui pautan berikut:


Untuk makluman anda, semua makanan dan keperluan khas untuk binatang peliharaan tidak tertumpu kepada kucing sahaja sebaliknya untuk haiwan lain juga ada seperti anjing, burung dan haiwan kecil seperti hamster dan sebagainya.

Baca: Mengapa Makanan Kucing Me-O Menjadi Pilihan Ramai?

Info

Sebarang pertanyaan berkaitan SmartHeart Mobile App atau perkara yang berkaitan dengan produk dan sebagainya, anda boleh terus menghubungi pihak SmartHeart melalui aplikasi yang disediakan atau melalui laman web rasmi www.smartheart.my untuk maklumat lanjut.

Kesimpulan

Tidak rugi jika anda menggunakan Aplikasi mobil SmartHeart MY di telefon bimbit anda kerana semuanya dah tersedia tanpa perlu lagi anda bersusah payah menghabiskan masa di kedai-kedai tertentu untuk mendapatkan keperluan Si Comel.

Diharap perkongsian tentang Aplikasi mobil SmartHeart MY ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda yang berkaitan dengan haiwan kesayangan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog