Doa Barang Hilang Memohon Agar Cepat Ditemui Semula

Doa barang hilang

Doa Barang Hilang Agar Cepat Ditemui Semula - Mencari sesuatu yang hilang memang sangat meletihkan lebih-lebih lagi apabila kita terlupa di mana tempat asal sebenarnya ia diletakkan padahal ianya sangat mudah untuk dijumpai tapi sampai sekarang masih tak jumpa-jumpa.

Banyak doa dan zikir terdapat dalam ayat suci Al-Quran yang boleh digunakan oleh semua umat Islam sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kembali setiap barangan berharga hilang entah ke mana tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Dalam artikel ini dikongsikan beberapa ayat Al-Quran berserta terjemahan dalam Bahasa Malaysia termasuk bacaan doa dalam rumi bagi memudahkan anda untuk membaca dan mengamalkannya ketika berada dalam keadaan kehilangan sesuatu.

Doa Mencari Barang Yang Hilang


Surah untuk pencarian benda hilang

Apabila anda berada dalam satu situasi yang menyebabkan hilangnya barang berharga atau harta yang bernilai lebih-lebih lagi ia amat mahal tentunya anda merasa tertekan dan bimbang ia tidak dapat ditemukan.

Ada keadaan tertentu yang turut melibatkan jin dan syaitan sehingga dapat mengaburi mata manusia daripada melihat sesuatu yang disorokkan tanpa dapat dilihat oleh penglihatan mata kasar.

Jadi kita diwajibkan melaksanakan solat fardhu dan sunat sebagai satu usaha untuk tujuan ini selain turut berdoa kepada Allah SWT agar semua barang kita yang hilang itu akan dipulangkan semula kepada tuannya.

Satu riwayat dengan kisah yang penuh hikmah sebagaimana diceritakan oleh Ummu Salamah pada ketika itu kehilangan seorang suami yang amat disayanginya dan Rasulullah telah mengajarkan kepadanya sebuah doa yang sangat baik untuk diamalkan iaitu:

Doa Mencari Barang Hilang 1


Doa mencari barang hilang rumi dan Arab

إِنّا للهِ وَإِنَا إِلَـيْهِ راجِعـون ، اللهُـمِّ اْجُـرْني في مُصـيبَتي، وَاخْلُـفْ لي خَيْـراً مِنْـها

Rumi: Inna lillahi wa inna ilayhi raji`un, Allahumma jurni fi musibati wa ‘khluf li khayran minha.

Maksudnya: Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.

Doa Mencari Barang Hilang 2


Doa hilang barang

إِاَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

Rumi: Allahumma ya jami‘an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah.

Maksudnya: Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia-manusia di hari yang tiada lagi keraguan padanya. Pertemukanlah diriku dan barangku yang telah hilang dengan kebaikan dan afiyah.

Baca juga: Doa Nabi Yunus Penawar Musibah & Bebas Dari Kesulitan

Doa Mencari Barang Hilang 3


Zikir mencari barang yang hilang

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَ

Rumi: Allahumma ajini fii musiibatii wakhlufni khoiran minha.

Maksudnya: Ya Allah berikanlah ganjaran di atas semua musibah yang telah menimpaku ini, dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.

Doa Mencari Barang Hilang 4


Ikhtiar mendapatkan kehilangan barang

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Rumi: Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati.

Maksudnya: Wahai Tuhan yang menghimpunkan semua umat manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.

Doa Mencari Barang Hilang 5


Doa barang hilang ditemui semula

اَللّٰهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآ لَّتِىْ

Rumi: Allaahumma ya rabbadl dloollati wa yaa haadiyan minadl dlolaalati rudda dloollati.

Maksudnya: Ya Allah Tuhan dari segala sesuatu yang hilang. Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari semua kesesatan, kembalikanlah segera barangku yang hilang itu dengan cepat.

Doa Mencari Barang Hilang 6


Cara mencari barang yang hilang dalam Islam

بسم الله يا هادي الضلال وراد الضالة اردد علي ضالتي بعزتك وسلطانك فإنها من عطائك وفضلك

Rumi: Bismillahi yaa haadi al dhalal wa raadi al dhaalah, urdud ‘ala dhaalatii bi izzatika wa sulthanika fainnahaa min ‘athaaika w fadhlikaBismillah.

Maksudnya: Wahai Yang Maha Memberikan Petunjuk kepada setiap sesuatu yang hilang arahnya, wahai yang Maha Mengembalikan sesuatu yang telah dihilangkan, kembalikanlah kepadaku barang tersebut dengan kemuliaan-Mu dan kekuasaan-Mu, sesungguhnya itu adalah dari pemberian-Mu dan kemurahan-Mu.

Amalan Untuk Barang Yang Hilang


Antara amalan yang boleh dilakukan untuk mencari barang yang hilang dengan niat agar ia kembali semula kepada kita adalah dengan mengamalkan bacaan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW berulang-ulang kali diikuti beberapa surah-surah Al-Quran.

Sebaiknya ia dibuat dalam keadaan berwudhuk selepas menunaikan solat fardhu atau solat sunat, menumpukan perhatian penuh pada amalan untuk barang hilang ini sambil memikirkan dimanakah tempat terakhir barang tersebut diletakkan atau dimanakah ia berada samaada di kawasan rumah dan lokasi lain.

  • Al-Fatihah:7 kali
  • Al-Ikhlas: 7 kali
  • Al-Kahfi Ayat ke 19: 7 kali
  • Al-Fath Ayat 1-3: 7 kali
  • Selawat Nabi: 7 kali
  • Zikir Ya Allah: 3 kali atau lebih
  • Wirid Ya Hafiz: 119 kali

Apabila anda telah selesai bacaan di atas, anda perlu menadahkan tangan sambil berdoa supaya ditemukan dengan barang yang hilang itu dengan cepat serta merayu dan merintihlah meminta pertolongan daripada Allah dengan penuh yakin, insya Allah.

Baca juga: Doa Dipermudahkan Segala Urusan dan Hajat

Anda boleh juga melakukan amalan-amalan tambahan lain untuk tujuan ini bagi melatih diri supaya lebih bersabar, mendapatkan pertolongan dari Allah SWT dan menambahkan lagi keyakinan kepada-Nya, antaranya seperti yang disenaraikan:

  • Ikhlas bersedekah
  • Membuat solat hajat
  • Tidak putus asa
  • Banyakkan bersabar
  • Sentiasa istighfar
  • Memperbanyakkan zikir
  • Tawakkal kepada Allah SWT
  • Membaca Al-Quran

Akhir Kalam

Semoga perkongsian artikel Doa Barang Hilang dan memohon petunjuk dari Allah SWT agar setiap daripada kita yang masih mencari segala jenis benda berharga atau harta bernilai dapat ditemukan semula dengan cepat dan mudah. Diharapkan anda mempratikkan amalan ini apabila berhadapan dengan musibah yang berkaitan. - Bukit Besi Blog

Salam Jumaat Yang Barakah: Gambar Ucapan dan Doa

Salam Jumaat penghulu segala hari

Salam Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah dan indah untuk semua sahabat atau mereka yang dihormati diiringi dengan ucapan Selamat Pagi, Assalamualaikum berserta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW bersama doa agar segala kesulitan dapat dipermudahkan oleh Allah SWT.

Cara Bersugi Mengikut Sunnah Nabi Yang Betul (Kayu Siwak)

Bersugi

Bersugi sebelum menunaikan solat adalah salah satu amalan harian Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan kayu sugi untuk membersihkan gigi dan di bahagian mulut daripada sebarang kekotoran serta dikenali juga sebagai miswak atau siwak dalam Bahasa Arab yang bermaksud memberus gigi.

15 Persediaan Lelaki Sebelum Berkahwin Menjadi Suami

Persediaan lelaki sebelum kahwin

Setiap lelaki bujang pasti mempunyai keinginan untuk berumahtangga bersama isteri iaitu seorang perempuan pilihan hati dan perlu membuat persediaan yang lengkap zahir dan batin untuk menjadi seorang suami sebelum berkahwin.

12 Maksud Mimpi Bergaduh Yang Membawa Petanda & Alamat

Maksud Mimpi bergaduh

Pasti ramai yang tertanya apakah sebenarnya tafsir maksud mimpi bergaduh samada dengan keluarga, adik beradik, pasangan, suami, isteri, ibu, ayah, kawan-kawan, kekasih hati, abang kandung dan sebagainya sehingga mencari apakah petanda, alamat dan makna disebaliknya.

13 Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dalam Pelbagai Bahasa

Niat Puasa Ramadhan

Bulan Ramadhan semakin dekat dan mungkin masih ada di antara kita yang terlupa bagaimana untuk membaca niat puasa dengan betul. Bagi anda yang masih tidak tahu kami kongsikan dengan lengkap di sini.

Bacaan Surah Al-Maun Rumi & Terjemahan Maksud (Al-Ma'un)

Surah Al Maun

Surah Al-Ma'un adalah surah yang ke 107 dalam kitab suci Al-Quran yang mempunyai 7 ayat secara keseluruhan dan turut dikenali dengan beberapa nama lain yang mana ia diturunkan di Kota Suci Mekah dan Madinah dengan kisah sejarah serta mempunyai pengajaran yang tersendiri.

7 Zikir Harian Isnin Hingga Ahad Amalan Imam Al-Ghazali

Zikir harian

Zikir harian adalah satu perkara yang sangat digalakkan dijadikan amalan dan rutin bagi semua umat Islam. Kerana pelbagai kelebihan dan kebaikan yang diperolehi sekiranya diamalkan berserta seiring dengan amal yang lain seperti solat dan bersedekah.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Sarawak

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Sarawak

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Sarawak berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Sabah

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Sabah

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Sabah berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Kelantan

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Kelantan

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Kelantan berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Sembilan

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Sembilan

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di Negeri Sembilan berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Johor

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Johor

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Johor berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Kedah

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Kedah

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Kedah berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Pulau Pinang

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Pulau Pinang

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Pulau Pinang berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Melaka

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Melaka

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Melaka berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Perak

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Perak

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Perak berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Selangor

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Selangor

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Selangor berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Terengganu

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Terengganu

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Terengganu berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Pahang

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Pahang

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri Pahang berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, nama Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Kadi mengikut cawangan.