7 Zikir Harian Isnin Hingga Ahad Amalan Imam Al-Ghazali

Zikir harian

Zikir harian adalah satu perkara yang sangat digalakkan dijadikan amalan dan rutin bagi semua umat Islam. Kerana pelbagai kelebihan dan kebaikan yang diperolehi sekiranya diamalkan berserta seiring dengan amal yang lain seperti solat dan bersedekah.

Zikir juga adalah salah satu ibadah yang terbaik malah jiwa menjadi tenang, hati sentiasa aman dan terhindar dari sebarang perkara negatif dan buruk sangka dalam kehidupan seharian. Inilah amalan yang perlu dilakukan bermula dari pagi sampai ke petang tanpa mengira siang dan malam.

Jadi, apabila adanya masa yang terluang, berzikirlah dengan seikhlas hati dan berdoa meminta daripada Allah agar dijauhkan segala kejahatan dan didekatkan dengan semua jenis kebaikan agar hidup terus bahagia tenteram, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Dari segi bahasa, zikir membawa maksud INGAT atau SEBUT di mana ia bermaksud supaya kita sebagai hamba Allah SWT sentiasa mengingati Yang Maha Agung dan tiada dua hanya Yang Esa dengan amalan menyebut kalimah suci dan nama-nama Allah setiap hari.

Sebagai contoh, bacaan zikir harian atau wirid yang menjadi amalan Imam Al-Ghazali dalam masa seminggu iaitu dari hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu mengikut putaran mingguan tanpa henti menjadikan darjatnya sangat mulia di sisi Allah SWT.

Hal ini telah dinyatakan dengan jelas melalui satu hadis sahih yang bermaksud seperti yang diterangkan di bawah daripada Abu Dzar yang menyatakan bahawa beliau telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW iaitu:

"Sukakah Engkau Wahai Muhammad untuk memberitahu apakah cuapan yang paling disukai oleh Allah SWT?" Kemudian Baginda Rasulullah SAW terus menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan:

"Subhanallahi Wabihamdih" bermaksud Maha Suci Allah dan Segala Pujian Bagi-Nya.

Senarai Amalan Zikir Harian Imam Al-Ghazali


Bacaan Zikir Mudah Munajat Setiap Hari

Zikir yang dijadikan amalan harian ini bukanlah satu perkara yang diwajibkan dengan memenuhi jumlah tertentu seperti 100, 1000 kali dan sebagainya, tapi sekiranya dilakukan ianya sangat bagus dan disukai oleh Allah SWT.

Untuk makluman, berzikir dengan jumlah ribuan ucapan dan sebutan inilah yang sering dibuat oleh alim ulama yang terkenal sejak dahulu kala seperti Imam Al-Ghazali, Imam Shafie dan ramai lagi mereka yang ternama sentiasa disebut-sebut sehingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun, jika kita hanya berzikir beberapa kali ia tidak pula menjadi satu kesalahan tetapi sekiranya dibaca dan diucapkan dengan ikhlas mengikut jumlah melebihi ratusan atau ribuan kali, ia sangat digalakkan bahkan banyak sangat kelebihannya dari segi ganjaran dan pahala.

Berikut dikongsikan bacaan zikir harian rumi dan jawi untuk setiap hari dalam seminggu berserta dengan manfaat dan fadhilat ganjaran yang akan didapati bagi setiap orang yang membacanya bermula dari hari Isnin hingga Ahad sebanyak 1000 kali atau lebih.

Zikir Hari Jumaat

Hari Jumaat

Kelebihan jika anda membaca dan menjadikan ia amalan hari-hari tanpa henti, si pengamal akan dihampirkan dari rahmat Allah SWT serta akan dijauhi segala macam azab-Nya.

Zikir Hari Sabtu

Hari Sabtu

Akan dihapuskan segala dosa yang ada iaitu anggota yang tujuh selain kehidupan anda sentiasa terpelihara dan dilindungi Allah SWT serta diberikan ketenangan jiwa.

Zikir Hari Ahad

Hari Ahad

Sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT dan dijamin dengan segala macam kebaikan dan keselamatan diri.

Zikir Hari Isnin

Hari Isnin

Setiap satu kalimah diucapkan pasti ada ganjaran yang amat besar bahkan jika diamalkan zikir ini ganjaranya diibaratkan satu pahala sebesar Bukit Uhud berserta akan dihilangkan sifat riak, bongkak dan cintakan hal keduniaan dengan kekuatan hati.

Zikir Hari Selasa

Selasa

Akan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan rahmat dari Allah SWT ketika di hari Kiamat atau Akhirat.

Zikir Hari Rabu

Hari Rabu

Setiap kali suara yang menyebut dan mengucapkan kalimah suci ini akan dapat menghapuskan segala dosa atau setiap satu titik yang berwarna hitam di dalam hati setiap seorang yang membaca.

Zikir Hari Khamis

Hari Khamis

Walau dosa sepenuh dan sebanyak seperti buih yang terdapat di lautan gelora, setiap kali sebutan akan tumbuhnya sebuah pohon di Taman Syurga Indah bagi sesiapa sahaja yang membacanya dan mengamalkannya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan.

Amalan Zikir Harian Rasulullah SAW

Berikut adalah antara zikir amalan harian yang sering dilafazkan oleh Nabi Muhammad SAW setelah selesai menunaikan solat fardhu, sunat dan seumpamanya iaitu istighfar, tasbih, tahmid dan takbir:

Senarai yang mudah rumi dan jawi selepas solat

  • Astagfirullah - 3 kali
  • Subhanallah - 33 kali
  • Alhamdulillah - 33 kali
  • Allahuakbar - 33 kali

Sebenarnya, masih banyak lagi zikir Rasulullah SAW jika hendak dijelaskan, walau bagaimanapun senarai di atas adalah antara yang paling mudah untuk sesiapa sahaja yang ingin melatih diri dan mengenali kalimah suci ini.

Baca : Amalan Rasullulah Doa Pagi Hari Menjemput Rezeki

Zikir Harian Video Dari YouTube


Kesimpulan

Disarankan setiap daripada kita menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam, membuat kebaikan, menjadikan amalan berzikir sebagai perkara wajib dalam kehidupan seharian serta tidak meninggalkan solat dan membaca Al-Quran, carilah ruang, masa dan ketika untuk semua ini kerana hidup kita hanya sekali serta tiada kerugian jika menjadikan ianya kenyataan.

Insya Allah, dengan izin Allah SWT, sekiranya semua ini dilakukan dengan tekun dan ikhlas, segalanya menjadi mudah, rezeki akan bertambah, hidup lebih ceria dan bahagia, tiada lagi kesedihan malahan sentiasa tenang dan gembira kerana kekecewaan telah meninggalkan kita semua apabila keseluruhannya lengkap dengan suruhan Allah SWT.

Jangan mudah berputus asa, apabila gagal untuk jadikan ia amalan, perlu dicuba lagi serta pujuklah diri sendiri untuk melaksanakan tugas ini kerana sesungguhnya untuk berbuat baik agak susah begitu juga keburukan kerana kebaikan ditemani dengan hasutan syaitan dan iblis yang telah bersumpah untuk menyesatkan orang Islam. - Facebook

Semoga perkongsian senarai bacaan zikir harian dari hari Ahad sehingga Isnin ini dalam rumi dan jawi akan dapat membantu dan memudahkan semua urusan sesiapa yang membacanya. Ampun maaf sekiranya ada sebarang kesalahan dan kesilapan dalam artikel, mohon diberikan tunjuk ajar kerana saya juga manusia biasa. - Bukit Besi Blog