Doa Murah Rezeki & Amalan Pembuka Rezeki Melimpah Ruah

Doa murah rezeki paling mustajab rumi

Setiap dari kita pasti biasa menghadapi masalah kewangan atau tak cukup duit walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh untuk keluar dari kesusahan. Namun masih tak berjaya biarpun sering solat dhuha, amalkan doa murah rezeki, membaca Al-Quran dan banyak lagi. Di mana silapnya dan apakah yang perlu kita lakukan?

Sebenarnya, walaupun kita tidak dimurahkan rezeki sehingga sekarang, janganlah sekali-kali berputus asa begitu juga dengan jodoh. Mungkin belum masanya dan pasti kita perlu terus berusaha mempertingkatkan lagi amalan selain berdoa, sedekah, membuat solat duha dan banyak lagi yang perlu kita ketahui untuk membuka rezeki agar terus mengalir seperti air tanpa henti melimpah ruah.

Beberapa faktor yang wajib diambil kira untuk dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Faktor luaran saja masih lagi tidak mencukupi dan kita juga memerlukan faktor dalaman agar kita dan keluarga terus dimurahkan rezeki tanpa henti. Jika solat tanpa sedekah atau jika bersedekah tapi tidak ikhlas, itu juga tidak mencukupi.

Amalan dan Doa Murah Rezeki Mustajab


Apakah cara untuk membuka pintu rezeki dan amalan yang baik untuk murahkan rezeki? Berikut adalah amalan murah rezeki yang mustajab kami kongsikan untuk anda dan harus diingat amalan ini adalah salah satu usaha supaya kita berjaya serta kita melakukan bersungguh-sungguh selain wajib yakin rezeki itu daripada Allah SWT.

  • Memperbanyakkan istighfar dan zikir
  • Tidak meninggalkan ibadah kepada Allah
  • Tidak melakukan dosa dan hindari daripada melakukannya
  • Berbuat baik dan sering mendoakan kebaikan ibu bapa
  • Amalkan semua doa murah rezeki
  • Memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan
  • Sentiasa memberi pertolongan atau menolong mereka yang lemah
  • Memudahkan urusan orang lain atau tunaikan hajat mereka
  • Berbuat baik sesama insan dan menjaga silaturahim
  • Sentiasa memuliakan tetamu yang datang bertandang
  • Menunaikan solat dhuha setiap hari tanpa henti
  • Sering bersyukur dengan setiap pemberian Allah
  • Tidak berputus asa untuk berdoa
  • Bertawakal kepada Allah SWT

7 Tips dan Doa Dipermudahkan Rezeki


1. Banyakkan Beristighfar

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam: Aku katakan kepada kaumku, "Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya DIA adalah pengampun. Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai."

2. Doa Murah Rezeki

Kita boleh amalkan doa murah rezeki seperti dalam gambar di bawah iaitu doa yang telah dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Anas bin Malik RA.

Zikir murah rezeki dan cepat kaya

Maksudnya :

"Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya."

3. Selawat Murah Rezeki

Maksudnya :

"Ya Allah! Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad Rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya."

Doa murah rezeki yang tak disangka

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi SAW. Mudah-mudahan kerana berkat selawat ke atas Nabi ini kita diluaskan dan dilapangkan rezeki dengan cepat tanpa disangka-sangka.

4. Amalan Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq dari ayat dua dan tiga.

Doa rezeki melimpah ruah

Terjemahannya :

"Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Cara Amalkan Ayat 1000 Dinar

Anda boleh amalkan setiap kali selepas solat Subuh. Ia lebih baik jika dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu. Baca ayat ini sebanyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat "Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib."

Ramai peniaga yang mengantungkan ayat ini di premis perniagaan dengan tujuan supaya perniagaannya maju. Cara ini salah sama sekali. Semua ayat suci Al-Quran perlu diamalkan begitu juga jika kita ingin memohon kepada Allah untuk dimurahkan rezeki.

Nak murah rezeki atau laris berniaga dan maju dalam perniagaan bukannya dengan gantungkan ayat 1000 dinar di premis perniagaan atau kedai tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada Allah.

5. Banyakkan Bersedekah

Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah. Cara ini juga sangat berkesan seperti juga tips-tips yang telah disebutkan di atas. Inilah kunci utama rahsia kekayaan ahli-ahli koprat Islam seperti Tan Sri Syed Bukhari.

Sedekah adalah satu amalan yang ajaib, kerana semakin banyak kita bersedekah semakin banyak Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita tetapi bersedekah itu mestilah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT bukannya kerana sebab tertentu.

Zikir murah rezeki tak putus dari Allah

Maksudnya :

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

Janji Allah dalam Al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

6. Berbakti Kepada Ibu Bapa

Antara amalan murah rezeki yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya ialah berbuat baik, menjaga kebajikan, menjaga hati, tidak derhaka, sayang menyayangi dan juga mendoakan kepada ibu bapa kita.

7. Amalan Murah Rezeki Membaca Surah Al Waqiah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi Waqas, seorang Nabi SAW yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya diinfaqkan ke jalan Allah.

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin Waqas : "Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?"

Jawabnya : "Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik daripada harta yang mereka tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya."

Ditanya kepada Sa'ad lagi : "Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?"

Jawabnya : "Aku tinggalkan kepada anak-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan Surah Al-Waqiah.

Jadi, kepada anda yang telah mengajar anak-anak anda mendalami Al-Quran berserta Surah Al-Waqiah sejak mereka kecil, anak-anak itu sangat beruntung dan pastinya mereka tidak akan miskin dengan izin Allah SWT.

Zikir Murah Rezeki dan Cepat Kaya


Semoga perkongsian doa murah rezeki berserta zikir dan ayat-ayat Al-Quran untuk dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah dapat membantu anda untuk terus membuat amalan seperti yang bincangkan di atas. Semoga kita dimurahkan rezeki dan hidup dalam keluarga yang harmoni dan bahagia. - Bukit Besi Blog