Hukum Nikah Gantung Dalam Islam (Nikah Khitbah)

hukum nikah gantung dalam islam

Apakah yang dimaksudkan nikah gantung? Ramai diantara kita masih tidak tahu apa maksud dan istilah berserta hukum nikah gantung ini. Bagaimana pula pendapat alim ulama mengenai nikah gantung dalam Islam?

Jika anda dan pasangan iaitu bakal pengantin lelaki atau perempuan yang bercadang untuk melakukan nikah secara gantung terlebih dahulu, disarankan anda mengambil tahu serba sedikit tentang hukum nikah gantung.

Hukum Nikah Gantung Dalam Islam


Mungkin ada yang menganggap, agak sukar untuk berkahwin dengan cara ini dan masing-masing mempunyai sebab yang tersendiri. Walau bagaimanapun, nikah gantung adalah sah disisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Apa Itu Nikah Gantung?

Nikah gantung atau di dalam bahasa Arab yang disebut Nikah Khitbah adalah bermaksud pernikahan yang melibatkan pasangan pengantin yang tidak tinggal serumah dalam satu masa atau tempoh yang telah ditetapkan hasil persetujuan kedua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Tanggungjawab seorang suami kepada isteri dalam pemberian nafkah juga dapat diringankan dan dikurangkan.

Biasanya, nikah gantung hanya melakukan majlis akad nikah sahaja manakala majlis kenduri kahwin akan dilakukan kemudian mengikut perancangan yang akan ditetapkan oleh keluarga pengantin. Kadangkala nikah gantung diadakan kerana majlis kenduri perlu ditangguhkan di atas sebab-sebab yang tertentu.

Syarat Perkahwinan Nikah Gantung

  • Pengantin lelaki dan perempuan
  • Wali dan saksi
  • Akad Ijab Qabul
  • Mas kahwin yang ditetapkan
  • Hantaran yang ditangguhkan dahulu

maksud nikah gantung

Antara Sebab Nikah Gantung Dilakukan

  • Seorang suami yang masih tidak mampu untuk menyara seorang isteri
  • Pasangan pengantin yang masih lagi belajar atau tinggal berjauhan
  • Belum bersedia untuk berkahwin atau menunaikan tanggungjawab rumahtangga

Ceramah Nikah Gantung Program Al Kuliyah

Sila ikuti ceramah nikah gantung yang disiarkan di TV3 pada 16 Mac 2012 melalui program Al Kuliyyah.


Hukum Nikah Khitbah dari Ustaz Azhar Idrus

Berikutnya kami kongsikan juga ceramah tentang hukum nikah gantung yang telah disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang menerangkan isu nikah khitbah ini secara satu persatu dan lebih mendalam.


Kesimpulan

Nikah gantung biasanya dilakukan oleh pelajar yang belajar dalam jarak yang jauh, walau bagaimanapun, nikah khitbah harus dibuat sekiranya antara pasangan tersebut mempunyai sebab seperti yang dibincangkan di atas.

Sebaiknya hebahkanlah kepada ahli keluarga jika anda ingin melakukan khitbah dan jangan pula nikah gantung tanpa pengetahuan ibu bapa. Tentang perbelanjaan dan hantaran atau kenduri, ia terpulang kepada pihak anda sendiri.

Apa yang paling penting, hukum nikah gantung adalah berdasarkan akad nikah yang mana akadnya sama saja sepertimana ijabkabul yang biasa dilakukan oleh tok kadi bersama pengantin lelaki dan perempuan.

Semoga perkongsian tentang hukum nikah gantung berserta penerangan dan maksud yang disampaikan dalam ceramah kedua-dua rakaman  video di atas telah menjawab semua persoalan dan pertanyaan yang ingin tahu. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog

Rujukan Anda : Mufti Wilayah Persekutuan