Bersugi sebelum menunaikan solat adalah salah satu amalan harian Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan kayu sugi untuk membersihkan gigi dan di bahagian mulut daripada sebarang kekotoran serta dikenali juga sebagai miswak atau siwak dalam Bahasa Arab yang bermaksud memberus gigi.
Namun, bersiwak pada zaman moden sekarang amat jarang dilakukan oleh orang Islam yang berkemungkinan ramai yang masih tidak tahu tentang kebaikan, faedah, manfaat dan kelebihan yang terdapat pada kayu sugi yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Kebersihan gigi adalah sangat dituntut dalam agama Islam dengan bersugi juga mendatangkan pahala secara percuma kepada sesiapa yang mengamalkannya kerana ia adalah perbuatan sunat serta sunnah Nabi yang harus kita ikuti sampai bila-bila.
Walau bagaimanapun, sebelum menggunakannya, sebaiknya ketahui cara bersugi dengan betul mengikut hukum syarak, bilakah waktu yang sesuai serta bagaimanakah kaedah yang tepat sepertimana dilakukan oleh Baginda SAW.
Cara-Cara Bersugi Dengan Betul Ikut Sunnah Nabi SAW
Sebelum anda tahu cara nak menggunakan kayu sugi, berikut dikongsikan juga penerangan tentang kayu untuk pembersihan gigi yang sangat istimewa ini dan juga beberapa penjelasan tentangnya yang didapati daripada laman Mufti Wilayah Persekutuan.
Kayu sugi sebenarnya diambil daripada ranting dan akar pokok yang dikenalpasti dengan nama Peelu atau nama saintifik adalah Salvadora Persica dan juga siwak (Chewing Stick) yang digunakan untuk kebersihan gigi oleh masyarakat Babilonia semenjak 7000 tahun dahulu.
Yang paling menarik adalah selepas kajian saintifik dilakukan telah membuktikan penggunaan siwak dan amalan bersugi mendatangkan banyak kebaikan seperti dapat menghilangkan bau mulut, karang gigi dan banyak lagi.
Cara Gosok Gigi Guna Kayu Sugi Miswak
Sebelum mula bersugi pastikan anda membaca Bismillah serta berdoa seperti doa yang telah dikongsikan di dalam artikel ini, seterusnya ikut langkah-langkah seperti berikut dengan betul:
1. Rendamkan mana-mana bahagian hujung kayu sugi ke dalam bekas yang diisikan dengan air yang bersih untuk jangka masa selama semalaman sekurang-kurangnya.
2. Kupas atau buangkan kulit di bahagian hujung kayu yang direndamkan dalam anggaran ukuran 3 hingga 5 cm sahaja sehingga menampakkan isi kayu yang berwarna kecoklatan.
3. Untuk menjadi berus, sebaiknya dikunyah di bahagian isi kayu tersebut menggunakan gigi geraham dengan tujuan supaya serat kayu sugi tersebut akan terurai serta menjadi berus gigi.
4. Kemudian, basuhkan kayu sugi dengan air yang bersih sebelum guna dan selepas digunakan. Ia juga boleh digunakan untuk memberus bahagian lain dalam mulut seperti gusi, lidah, lelangit selain dari gigi depan, belakang, atas dan bawah.
5. Simpankan kayu tersebut di dalam suhu bilik dan jangan sekali-kali meyimpannya di dalam tandas dan bilik air untuk elakkan daripada ia dijangkiti sebarang jenis kulat seterusnya menjadi rosak.
6. Untuk penjagaan dalam jangka masa yang lama, potongkan di bahagian serat berus selepas ia kelhatan haus atau pudar warnanya daripada yang asal dan ulangi semula proses tersebut sehingga ia menjadi pendek.
Untuk makluman, bersugi adalah termasuk dengan perbuatan bersuci yang mana perlaksanaannya seharusnya dimulai dengan tangan kanan dan mulakan dengan gosok pada bahagian kanan gigi seterusnya pada bahagian gigi kiri.
Selepas itu, barulah digosok pada atas lelangit mulut secara perlahan-lahan diikuti dengan atas bahagian gusi dan gigi. Ulangi proses tersebut beberapa kali sehingga gigi didapati betul-betul bersih dan putih sepenuhnya.
Doa Ketika Bersugi
Berikut pula adalah doa khas yang perlu dibacakan sebelum anda bersugi atau ketika nak menggosokkan gigi menggunakan siwak. Dengan bacaan ayat suci Al-Quran ini pastinya lebih afdal dan ada ganjaran pahala yang menanti bagi mereka yang mengamalkannya kerana Allah SWT.
Hukum Bersugi
Bersugi daripada segi hukum adalah sunat dan waktu yang dituntut sesuai adalah pada bila-bila masa sahaja termasuk ketika berpuasa di bulan Ramadan dan puasa sunat tetapi masa yang amat digalakkan iaitu selepas bangun dari tidur, ketika sebelum solat, membaca Al-Quran dan ketika ingin menghilangkan bau mulut yang berbau.
- Ketika ingin mengambil wuduk
- Ketika ingin solat
- Ketika nak membaca Al-Quran
- Ketika ingin bersama pasangan
- Ketika nak tidur
- Selepas bangun dari tidur
- Selepas makan
Makruh hukumnya apabila bersugi setelah tergelincirnya matahari iaitu menandakan masuknya waktu Zohor bagi orang yang sedang berpuasa sepertimana sabda Rasulullah SAW tentang perkara ini yang dinyatakan oleh Abu Hurairah RA:
"Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah SWT adalah lebih harum daripada bau kasturi". - (Riwayat Muslim)
Bagi pendapat Imam Nawawi pula, ianya tidak makruh sekiranya bersugi untuk yang sedang puasa sama ada ketika telah gelincirnya matahari atau sebelum waktu tersebut berlaku.
Peralatan untuk bersugi adalah setiap sesuatu alat yang mestilah suci bersih dan kesat seperti kayu siwak, rotan pelepah kelapa dan sebagainya.
Ada pendapat ulama mengatakan bersugi lebih afdal sekiranya guna tangan kanan dan bersiwak juga sunnah Nabi SAW yang mana sunnah tersebut menunjukkan ketaatan kepada hukum Allah SWT serta tidak perlu dimulakan dengan tangan kiri sepertimana hadis berikut daripada Aisyah RA:
السِّواكُ مَطهَرةٌ للفمِ مرضاةٌ للرَّب
Maksudnya : "Siwak itu menyucikan mulut dan mendatangkan keredhaan Rabb." - Riwayat Nasa’ie (4)
Perkara Yang Disunatkan Ketika Bersugi
1. Mulakan dengan penuh adab serta dimulai bersama bacaan Bismillah dengan penuh yakin dan ikhlas untuk menyucikan diri dan gigi.
2. Disunatkan dengan niat iaitu "Sahaja aku bersugi membersihkan gigi dan mulut kerana Allah Taala".
3. Dimulakan dengan tangan kanan untuk memegang kayu sugi sebelum digosokkan pada bahagian gigi.
4. Disunatkan juga dimulakan pada bahagian sebelah kanan dalam mulut iaitu atas diikuti bawah kemudiannya di bahagian kiri.
5. Ia perlu diakhiri pada keseluruhan bahagian mulut termasuk lidah dan lelangit sehingga ia bersih dan suci.
6. Jangan dilupakan untuk mengucapkan Alhamdulillah tanda syukur kepada Allah selepas bersugi.
Kelebihan Bersugi
Antara kelebihan bersugi yang terbukti dari segi kajian saintifik disertai dengan khasiat manfaat penggunaannya adalah bau mulut yang bersih disertakan dengan harum bau kayu sugi selain gigi akan kelihatan bercahaya, segar dan dijauhi sebarang penyakit yang melibatkan gigi dan mulut, berikut adalah beberapa faedah dan kebaikannya:
- Mendapat redha Allah SWT
- Meggharumkan bau mulut dengan bersih
- Gandakan pahala dalam amal ibadat
- Menggembirakan para Malaikat
- Dapat sucikan hati
- Menguatkan hafalan atau hafazan
- Mempertingkatkan daya kecerdikan
- Dapat mencerahkan penglihatan
- Melambatkan pertumbuhan uban
- Menjauhi gigi berlubang dan rosak
- Memutihkan gigi dan kuatkan gigi
- Melancarkan saluran pernafasan
- Melancarkan sistem pencernaan
- Dapat luruskan tulang belakang
- Fasih dan petah pertuturan
- Dapat mengucap syahadah ketika ajal hampir
Cara Pegang dan Menggunakan Kayu Sugi
Jangan tak tahu, untuk guna kayu sugi juga ada teknik dan cara memegang dengan betul mengikut sunnah Nabi seperti yang ditunjukkan oleh Ustaz Irwan Zahuri dalam video YouTube daripada Channel SemuaPay Malaysia. Bagi adik-adik atau anda yang masih belum tahu, sila tonton dari awal sehingga tamat supaya faham secara keseluruhan.
Cara Dapatkan Produk dan Kayu Sugi Online
Mungkin ada yang sukar mendapatkan kayu sugi di sesetengah tempat dan kawasan di Malaysia memandangkan ia kebanyakannya didatangkan khas daripada negara Timur Tengah iaitu Arab Saudi, tetapi anda boleh dapatkan dengan kuantiti yang banyak di laman Shopee dan Lazada serta ada juga dijual di farmasi tertentu.
Kami sediakan pautan untuk memudahkan urusan anda bagi membeli kayu sugi original secara online termasuk beberapa produk berasaskan kayu istimewa ini yang semestinya untuk mencuci mulut dan gigi yang kebiasaannya adalah ubat gigi halal.
Akhir Kata
Diharap perkongsian tentang cara untuk bersugi dengan betul mengikut sunnah Rasulullah SAW berserta hukum syarak daripada Mufti WP ini dapat membantu dan memudahkan semua urusan anda, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog