Apakah penawar dan ubat sakit gigi berlubang dan gusi bengkak yang berdenyut paling berkesan? Adakah di farmasi atau dengan cara petua tradisional yang dikatakan mampu menghilangkan penderitaan yang amat menyeksakan ini?
Sememangnya azab ketika berhadapan dengan kesakitan kerana gigi seolah nyawa sedang di hujung tanduk. Lebih parah lagi jika gigi geraham yang berlubang, retak dan rosak serta bengkak gusi akibat jangkitan kuman.
Biasanya, ubat jenis apa yang menjadi pilihan anda untuk mengatasi masalah ini, pil, ubat sapu atau cecair? Sebaiknya jika terlalu teruk, pilihlah yang bagus seperti saranan doktor yang merawat, kan?
Walau sesakit macamana pun, jika ia menyerang, jangan sekali memandang remeh, sebaliknya carilah cara untuk hilangkan kesakitan yang teramat sangat itu sebelum ia lebih kritikal atau memudaratkan lagi.
Ubat Sakit Gigi Berlubang dan Gusi Bengkak
Sebenarnya, banyak cara untuk hilangkan sakit gigi seperti dengan petua nenek moyang yang menggunakan bahan-bahan semulajadi atau dengan ubat yang boleh dibeli di kedai runcit, farmasi serta klinik gigi yang bertauliah.
Berikut adalah perkongsian cara melegakan kesakitan dengan ubat sakit gigi tradisional serta ubat-ubatan khas untuk penyakit ini yang boleh didapati secara atas talian dengan cepat dan mudah.
Esen Vanilla
Mungkin tak ramai yang tahu, cara untuk melegakan dengan guna esen vanilla ubat sakit gigi ini dengan ambilkan cotton bud atau putik kapas dan celupkan ke dalamnya, kemudian diletakkan di tempat yang kesakitan itu.
Petua ini sebenarnya sangat mujarab dan ramai yang mengakui keberkesanannya yang dikatakan hanya dalam masa 5 minit mampu mengurangkan derita yang hampir kehilangan nyawa ini.
Buah Tomato
Belah kepada dua bahagian buah tomato kemudian masukkan ia ke dalam gigi yang berlubang. Sekiranya gigi anda ada ulat pasti ia akan keluar dengan sendiri serta jangan lupa berkumur selepas itu.
Daun Lidah Buaya / Aloe Vera
Ambilkan sedikit isi daun lidah buaya ini kemudian diletakkan ke tempat yang sakit dan biarkan sementara seterus dikumur untuk luahkan kesemuanya. Insya Allah ia dapat menghentikan rasa sakit tersebut.
Asam Jawa
Gorengkan isi asam jawa dalam jangka masa beberapa minit kemudian bakarkan sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk semua bahan ini dan tampalkan di bahagian yang sakit itu.
Garam Kasar
Ambilkan sedikit garam kasar atau halus lalu dibancuhkan ke dalam air suam. Apabila telah larut sepenuhnya, kumur seperti mana anda mencuci gigi, cara ini mampu meredakan seksaan.
Bunga Cengkih
Hanya gigit tiga kuntum bunga cengkih di tempat yang terasa sakit. Jika gigi berlubang seperti geraham atas atau bawah, tumbukkan cengkih dan isikan ke dalam lubang tersebut, pasti sakit beransur hilang.
Kapur dan Sirih
Dapatkan sedikit kapur sirih lalu disapukan pada gigi yang sakit atau dikunyahkan bersama sirih. Pastikan tiada lagi dan boleh kurangkan rasa sakit atau;
Rebuskan 10 helai daun sirih dengan air sebanyak 4 atau 6 gelas pastikan ia mendidih sepenuhnya. Sejukkan serta tapiskan, kemudian berkumurlah sehingga sakit gigi akan hilang.
Limau Nipis
Rebuskan air dicampurkan dengan garam serta perahan limau nipis, kemudian selepas mendidih biarkan ia suam dan berkumurlah sekerap mungkin untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit.
Gambir
Rendamkan gambir bersama setengah air suam selepas itu tumbuk sehingga ia hancur sepenuhnya dan masukkan gambir ke dalam lubang gigi dan anda akan dapati ada rasa kebas selepas itu pada gigi.
Daun Serai
Dapatkan daun serai kemudian tumbukkan sehingga ia hancur lalu dimasukkan ke dalam air panas dicampurkan dengan sedikit garam. Air serai ini hendaklah dikumur dan jangan pula tertelan nanti.
Bawang Putih
Hirisan bawang putih boleh ditampalkan pada bahagian gusi atau gigi yang sakit dan ia harus dibiarkan sekurangnya dalam masa satu jam dan anda dapat merasai kesannya kemudian.
Ubat-Ubatan Yang Terbaik dan Paling Berkesan
Berikut adalah senarai beberapa jenis ubat sakit gigi yang paling berkesan dan mujarab untuk menghilangkan kesakitan atau surutkan gusi bengkak dengan cepat selepas diambil mengikut aturan yang betul.
Semua jenis ubat untuk sakit gigi biasanya bersesuaian untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak, walau bagaimanapun ada yang tidak sesuai untuk ibu hamil, jadi sila beri perhatian dan berhati-hati.
Baca : Petua Hilangkan Kesakitan Gigi Berlubang
Ubat Sakit Gigi Hurix
Penggunaan ubat ini hanya dengan titis atau sapukan dengan kapas sahaja di bahagian yang berlubang dan ia dapat menghilangkan sakit secara serta merta, malahan sesuai untuk budak dan orang dewasa termasuk wanita mengandung.
Ubat tahan sakit gigi Hurix ini ada yang didatangkan dengan jenis kapsul selain cecair dengan titisan. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kebaikan. Anda boleh membeli ubat-ubatan ini di pautan disediakan di bawah:
Jenama Hurix sentiasa menjadi pilihan ramai pesakit gigi kerana ubat ini telah membuktikan mampu hilangkan sakit gigi dan sakit kepala dengan segera hanya ikuti pengambilan seperti yang disyorkan.
Walau bagaimanapun, anda boleh juga melihat ubat-ubatan ini yang biasanya di jual di farmasi, ada juga dijual secara online di Lazada dan Shopee serta kami sediakan pautan untuk mudahkan urusan anda.
Ubat Tahan Sakit Warna Biru
Ubat sakit gigi yang berwarna biru sering menjadi kesukaan ramai kerana boleh dibeli di farmasi, katanya ubat jenis ini dapat menahan sakit selain dapat menghilangkannya dengan kadar yang cepat tanpa perlu ke klinik lagi.
Anda dinasihatkan mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memakan ubat jenis ini kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri sendiri malahan dibimbangi kesakitan atau kesan sampingan yang lebih teruk.
Baca : Punca Sakit Gusi dan Gigi Selepas Tampalan
Doa Sakit Gigi Haron Din
Berikut adalah doa menghilangkan rasa sakit gigi berlubang dan cara merawat dengan petua perubatan Islam yang diterangkan oleh Allahyarham Tuan Guru Dato' Haron Din melalui laman Facebook satu masa dulu.
Kesimpulan
Sebelum anda mengambil sebarang jenis ubat atau petua hilangkan sakit gigi yang dikongsikan, sebaiknya buatlah penelitian terlebih dahulu kerana tidak semuanya bersesuaian dengan seseorang atau serasi dengannya.
Semoga perkongsian ubat sakit gigi geraham paling terbaik dan sangat berkesan ini dapat membantu serta memberikan kebaikan pada untuk mengatasi masalah ini dengan cepat. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog