Sakit gigi adalah satu masalah yang harus dihadapi oleh semua orang termasuk kanak-kanan dan dewasa. Apabila kesakitan yang amat sangat dirasai seperti berdenyut-denyut terutamanya gigi geraham pasti kita tidak selesa dan terbantut segala aktiviti.
Kerana sakit gigi serta rasa ngilu di bahagian gusi biasanya seseorang itu akan menjadi pemarah kerana tidak mampu lagi menahan rasa sakit yang berterusan dan berpanjangan.
Masalah gusi dan gigi berlubang selepas ditampal memerlukan perhatian dan rawatan yang betul supaya kesihatan gigi terjaga selain akan memudahkan rutin dan aktiviti harian tanpa sebarang gangguan dan kesakitan.
Kesihatan mulut dan gigi harus dititikberatkan oleh sesiapa sahaja malahan pengambilan makanan juga wajib dijaga serta perlu kurangkan mengambil makanan yang manis untuk mengelakkan kuman bakteria yang menumpang di celah-celah gigi dan gusi.
Apabila kerosakan gigi berlaku yang berpunca daripada bakteria kerana saki baki makanan yang terdapat di dalam mulut pasti akan menyebabkan sakit gigi dan lebih parah lagi jika ia berlubang gara-gara bakteria yang meneroka.
Sistem saraf yang dikawal oleh bahagian otak juga akan berkait satu sama lain dan apabila sakit gigi pasti secara keseluruhan di bahagian gigi akan sakit termasuk kepala yang mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya gigi anda berlubang serta menjadi rosak? Rawatan terbaik adalah dengan berjumpa doktor untuk menampal gigi yang rosak tersebut.
Selain itu, gigi juga perlu dicabut sekiranya ia rosak dengan teruk, ini termasuk dengan keadaan gusi bengkak selepas cabut gigi semestinya sangat terseksa dan harus segera berikhtiar agar tidak melarat.
Walau bagaimanapun, cara tradisional boleh juga digunakan iaitu petua hilangkan sakit gigi menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ada di antaranya amat berkesan dan mampu menghilangkan kesakitan dengan cepat dan mujarab.
Apakah Punca & Kenapa Sakit Gigi Selepas Ditampal?
Mungkin ada pernah mengalami situasi ini dimana selepas doktor menampal gigi tapi semakin sakit serta anda tertanya-tanya adakah betul doktor dah tampal? Kalau betul ditampal mestilah tak rasa sakit lagi, kan?
Adakah doktor telah menampal keseluruhan gigi yang sakit itu atau apakah doktor sememangnya tak buat kerja yang sehinggakan gigi masih kesakitan walaupun telah ditampal?
Jika semua persoalan di atas menjadi tanda tanya anda, ikuti perkongsian daripada seorang doktor gigi iaitu Dr. Yuliana Ayob yang menerangkan secara terperinci mengapa gigi masih sakit walaupun selepas ditampal.
Mari saya terangkan dengan lebih jelas mengapa gigi masih lagi rasa sakit yang amat sangat biarpun selepas tampalan sehinggakan tidur jadi tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang serta jadi marah.
Semua ini berlaku mungkin kerana jarang berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan gigi dan rawatan yang sepatutnya. Jadi, jika anda nak tahu kenapa gigi masih sakit selepas ditampal, sila baca ya.
Ramai para doktor gigi berkata, sakit itu normal kerana selepas beberapa hari gigi akan semakin baik dengan syarat kena makan ubat tahan sakit dan sekiranya masih sakit terpaksalah berjumpa doktor semula.
Baca : Petua Hilangkan Demam Panas Bayi & Dewasa
Tetapi, kebiasaannya selepas seminggu, gigi akan tak rasa sakit lagi, memang apa yang seorang doktor gigi itu katakan, tapi mengapa dan kenapa? Anda nak tahu? Sebabnya seperti di bawah:
1. Proses Tampal Gigi Umpama Cuci Luka di Tangan
Cuba anda bayangkan sekiranya jari anda terkena pisau, pasti sakitkan? Setelah sehari kesakitan itu akan berkurang secara sendiri.
Cuba anda bayangkan, gigi yang berlubang serta bayangkan jika ia seperti berlubang di tangan orang dan doktor akan guna sejenis peralatan untuk mengorek dan buang segala sel mati, kulit kotor serta luka itu doktor cuci.
Setelah itu, diletakkan ubat, tutup dengan plaster. Agaknya sakit tak? Mesti sakitkan selagi tak sembuh luka itu selagi itulah akan rasa sakit dan sekurangnya dalam masa seminggu.
Sila bayangkan lagi, gigi anda yang berlubang itu, doktor buang struktur gigi yang rosak dan diletakkan ubat, diletakkan bahan tampalan dan juga menutup gigi yang ada lubang.
Ia sememangnya akan rasa sakit selepas beberapa hari selepas tampalan kerana proses tampalan bukanlah dalam masa seminit dua. Dalam gigi kita terdapat saraf yang sensitif dengan rawatan yang menyebabkan kesakitan gigi.
Jadi, anda tidak perlu bimbang kenapa selepas ditampal masih lagi rasa sakit. Tunggu beberapa hari kerana ia pasti akan baik dan sembuh semula.
2. Gigi Berlubang Sangat Dalam
Sudahlah tak mahu jumpa doktor sehinggakan gigi berlubang dalam sangat, sehingga dah nak kena akar. Kasihan pada gigi yang tidak bersalah itu.
Gigi, sekiranya dah berlubang sangat dalam, ia memang boleh kena pada bahagian yang mempunyai banyak saraf. Jika saraf terluka, ia umpama hati seorang ibu yang terluka dan kita meminta maaf tetapi tidak maafkan serta parut dan sakit itu tetap ada.
Kadangkala, kesakitan itu akan berlanjutan serta berpanjangan untuk beberapa hari lamanya. Ia berkemungkinan berterusan selama seminggu dan mungkin juga hanya beberapa hari sahaja selepas tampalan.
3. Jenis Bahan Tampalan Gigi
Adakah ada bahan tampalan gigi yang hebat, sempurna, terbaik dan termahal? Ya, jika anda ingin yang bagus, harga akan menjadi lebih mahal. Tetapi dalam kes bahan tampalan ini memang ada keburukan dan kelebihan masing-masing.
Walau bagaimanapun, ia lebih banyak kelebihan daripada kekurangan. Cuma, ia mempunyai jenis tampalan yang tertentu serta boleh menyebabkan rasa sensitif untuk beberapa hari.
4. Makan dan Minum Apa Saja
Biasanya tiada nasihat yang khusus untuk menjaga apa boleh dimakan atau diminum selepas tampalan gigi. Walau bagaimanapun, sekiranya ketika mengandung dan selepas bersalin memang ada pantang larang.
Selepas tampalan pula, sekiranya anda makan makanan yang panas atau yang sejuk, ia juga boleh menyebabkan anda rasa ngilu. Sebenarnya, tiada pantang larang khusus selepas gigi ditampal.
Jika anda merasa ngilu selepas tampalan akibat jenis-jenis makan atau minuman yang anda ambil, itu adalah perkara biasa. Kalau tidak mahu rasa sensitif, sila jaga pemakanan anda.
Walau bagaimanapun, ada juga orang yang memakan kacang atau pun mengigit tulang ayam selepas gigi ditampal, akhirnya apa berlaku? Sila jaga apa yang ada makan.
5. Tampalan Gigi Pecah
Dalam tak sedar, rupa-rupanya gigi sakit selepas tampalan sehingga bekas ditampal itu pecah. Apakah punca perkara ini terjadi? Sebenarnya, gigit makanan yang keras. Sila makan makan yang lembut dalam tempoh 24 jam selepas tampalan.
6. Tampalan Yang Tinggi
Tetapi, jika kesakitan gigi masih berterusan selepas seminggu sehinggakan anda merasa susah untuk makan sama ada untuk gigit atau kunyah makanan, ada kemungkinan tampalan gigi tersebut tinggi. Sila berjumpa dengan doktor gigi supaya doktor boleh meratakan semula tampalan yang tinggi.
Itu sahaja antara enam punca yang biasanya berlaku yang menyebabkan anda merasa tidak selesa selepas tampalan dibuat. Yang paling penting adalah selalulah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Sekiranya anda sering membuat pemeriksaan awal, pasti doktor akan dapat mengesan gigi yang berlubang itu dengan lebih cepat dan berkesan. Anda pun lebih selamat daripada sakit gigi.
Anda juga boleh mendapatkan ubat sakit gigi yang paling berkesan dijual secara online di laman Shopee dan Lazada melalui pautan yang disediakan untuk memudahkan anda membuat pilihan dan perbandingan.
Petua Hilangkan Sakit Gigi
Berikut adalah perkongsian tips sakit gigi daripada Channel YouTube RTM yang berkongsi cara merawat dan petua hilangkan sakit gigi dengan cara tradisional menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati di rumah.
Doa Sakit Gigi
Selain perkongsian cara dan petua hilangkan sakit gigi, kami juga kongsikan doa sakit gigi yang boleh anda amalkan dengan mengikut bacaan doa yang telah disediakan menerusi video YouTube di bawah.
Semoga perkongsian apakah punca sakit gigi selepas ditampal dan juga tips serta cara menjaga gigi yang dikongsikan oleh Dr. Yuliana Ayob ini akan membantu anda untuk penjagaan gigi yang betul dan lebih baik. - Bukit Besi Blog