Serangan demam panas atau demam biasa adalah penyakit yang sentiasa akan menyerang sesiapa saja sama ada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Ia membabitkan suhu badan seseorang yang semakin meningkat dan panas menyebabkan individu tersebut tidak aktif dan tidak bermaya.
Jika demam panas menyerang anak atau bayi anda pasti perkara ini akan membimbangkan ibu bapa kerana ketahanan badan anak kecil, bayi atau kanak-kanak tidak sekuat orang dewasa. Mereka akan kerap merengek kerana tidak selesa apabila suhu badan semakin panas.
Sebagai ibu bapa tentunya akan berikhtiar untuk meredakan suhu badan anak yang sedang panas sama ada dengan cara guna petua tradisional untuk hilangkan demam panas atau pergi ke klinik dengan berjumpa doktor yang lebih tahu tentang penyakit ini.
Sebenarnya, jika suhu badan anak terlalu panas dan anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk ke klinik, anda boleh mencuba petua hilangkan demam panas cara tradisional yang terbukti ada yang berkesan dengan cepat.
Petua Hilangkan Demam Panas Bayi dan Dewasa
Berikut kami kongsikan beberapa petua hilangkan demam panas berserta dengan doa demam panas yang boleh menyejukkan badan anak jika sering dibacakan atau diamalkan. Doa yang menggunakan ayat suci Al-Quran ini telah terbukti keberkesanannya.
Anda boleh mengamalkan semua petua-petua demam panas di bawah yang telah diambil daripada beberapa pengguna Facebook yang berkongsi bagaimana mereka mencegah suhu badan anak yang panas dengan menggunakan petua tradisional tersebut dengan bahan-bahan semula jadi.
Apakah Punca Anak Kerap Demam Panas?
Ketika anak anda dalam proses tumbesaran atau sedang membesar, bayi kecil biasanya akan mudah terdedah dengan gangguan kuman atau bakteria. Serangan kuman akan menyebabkan bayi anda akan mudah dijangkiti serta demam.
Ketika usia bayi sedang merangkak, itu adalah perkara biasa sekiranya apa saja yang berada di hadapan mata anak dan dia akan ambil seterusnya masukkan ke mulut. Sama ada bersih atau kotor, bayi pastinya tidak tahu menahu langsung tentang ini.
Mungkin anda akan perasa, ketika bayi berada di peringkat sekitar umur 1 sehingga dua tahun, anak anda juga akan mula menghisap jari. Sekiranya jari bayi itu basah kerana air liur pastinya kuman akan hinggap di jari tersebut seterusnya dimasukkan ke dalam mulut.
Sentiasa Sukat Suhu Badan Anak
Pastikan di rumah anda mempunyai termometer untuk check suhu badan anak. Tak kisah apa jenis termometer tersebut dan ia perlu mengikut bajet anda serta asalkan dapat mengetahui tahap suhu badan bayi anda.
Suhu badan bayi yang normal adalah antara 36.7-37 Celcius. Sekiranya suhu 38 Celsius dan ke atas, ibu perlu ikhtiar untuk turunkan suhu badan anak yang panas. Ia amat bahaya jika dibiarkan tanpa cari jalan dan kesannya anak boleh jadi cacat kekal dan sebagainya.
Tuam Kain Basah di Kepala dan Seluruh Badan
Cara ini biasa kita lakukan apabila anak demam panas. Ambilkan sebarang kain bersih, basahkan dengan air paip dan perah. Sapu atau tuam kain basah tersebut di kepala atau seluruh badan bayi anda. Jangan lupa di bahagian pelipat seperti ketiak anak, ia harus juga dituam.
Jika suhu badan anak panas dan tidak menurun. Anda perlu cepat-cepat mandikan anak dengan membasahkan bahagian kepala dan badan sedikit. Ia dilakukan begitu untuk menyejukkan di bahagian kepala anak.
Ini sangat penting dan harus diingatkan. Elak pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Biarkan anak dengan pakaian yang nipis untuk mengelakkan dari sebarang haba yang terperangkap di dalam baju.
Bancuh Air Asam Jawa
Mengikut petua orang-orang terdahulu, mereka akan membancuhkan air asam jawa dengan pekat serta dilumurkan di dahi anak, kepala, badan dan di bahagian-bahagian lain untuk mengeluarkan haba dalam badan.
Ada yang telah mengamalkan dengan menggunakan asam jawa. Serba sedikit pastikan membantu untuk mengurangkan suhu badan anak yang panas itu. Setiap sapuan dibuat dengan guna asam jawa akan kering dan ia harus disapukan lagi sehingga suhu badan anak kurang panas.
Jangan Biarkan Perut Anak Kosong
Sekiranya anak demam panas atau demam biasa, anak akan hilang selera makan. Terkadang tidak mahu makan langsung. Ibu-ibu digalakkan memasak bubur untuk anak atau berikan biskut yang lembut dan mudah untuk dimakan. Makan lembut akan mengelakkan sakit tekak anak.
Atas arahan dan nasihat doktor, ibu boleh juga memberikan ais krim vanilla dengan tujuan untuk mengurangkan sakit tekak, apabila anak demam panas pasti tekak akan juga jadi panas. Cara ini untuk mengurangkan suhu panas badan.
Kerap Minum Air Masak atau Susu
Kebiasaannya apabila anak demam panas, air dalam badan pasti akan berkurang. Ibu tidak boleh membiarkan anak tidak minum langsung, berikan air masak atau susu formula yang biasa diminum oleh anak. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan demam lambat baik.
Ibu wajib memastikan anak sentiasa minum air kerana apabila badan kekeringan air, anak akan mudah mendapat sawan atau sebarang sakit lain yang kronik. Perkara ini akan menjadi lebih teruk sekiranya anak tidak minum air.
Yang paling baik adalah dengan memberikan susu badan ibu, susu ibu adalah penawar yang terbaik sebagai antibodi untuk melawan penyakit dalam badan.
kekerapan menyusu anak akan membantu menurunkan suhu badan bayi anda. Jika anak anda sudah besar, anda boleh memberikan dia minum air kelapa, air bali atau sebarang sup untuk menambahkan tenaga dalam badan.
Berikan Supplement Vitamin Kanak-kanak
Ramai ibu-ibu yang masih tidak tahu serta takut nak memberikan suplemen vitamin untuk anak-anak mereka. Jangan risau kerana ia tidak mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang atau pendek, malahan kesannya anak akan jarang sekali diserang demam panas dengan syarat kualiti produk tersebut yang terbaik.
Baca : Cara Mendidik Anak Dengan Betul
Tips dan Cara Tuam Bayi Demam
Cara Turunkan Suhu Badan Tradisional
Perkongsian petua demam panas dengan menggunakan bahan semula jadi ini telah dikongsikan oleh Bonda Rozita Ibrahim. Katanya, dengan cara ini juga dapat mengurangkan suhu badan yang panas selain dapat mengurangkan demam panas termasuk demam campak iaitu chicken pox.
Ambilkan putih telur dan madu, lalu dicampurkan kedua-duanya serta dikacau sehingga rata dan sebati. Kemudian suapkan kepada anak, ketika menyuapkan anda perlu membaca Surah Al Anbiya ayat 69 yang dimulai dengan Bismillah seperti dikongsikan di bawah.
Maksud Rumi:
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!."
Untuk sukatan madu dan putih telur tersebut, ia bergantung kepada usia kanak-kanak tersebut. Jika bayi berusia 5 bulan dan ke atas kurangkan kuantiti tersebut. Jika orang dewasa atau warga emas sebaiknya dalam dua sudu sahaja.
Apa yang paling penting, anda harus menggunakan sudu plastik untuk menceduk madu dan putih telur. Jangan sekali-kali menggunakan sudu besi ketika menyuap anak dengan madu dan putih telur tersebut kerana ia dikhuatiri enzim madu akan rosak.
Bunga Raya
Ambilkan beberapa helai daun bunga raya lalu diramaskan sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala ubun-ubun bayi atau anak kecil anda. Ulangi langkah ini beberapa kali sehingga demam panas anak berkurang.
Air Kelapa Muda
Anda boleh berikan anak anda meminum air kelapa muda sebanyak dua kali sehari. Dengan minum air kelapa muda pasti akan dapat turunkan suhu badan anak yang demam.
Bawang Merah
Tumbukkan beberapa biji bawang merah kemudian anda perlu ambil air perahan bawang merah tersebut. Sapukan air bawang merah tersebut pada badan anak yang sedang demam itu.
Asam Jawa
Ambil sebuku asam jawa, ramaskan dengan sedikit air. Kemudian sapukan di ubun-ubun serta seluruh kepala andak. Biarkan sehingga asam jawa tersebut kering dan lakukan berulang kali sehingga suhu panas badan anak anda berkurangan.
Daun Sirih
Ambilkan beberapa helai daun sirih serta sebiji buah pinang. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sehingga lumat dan dicampurkan dengan sedikit air suam. Sapukan bahan tersebut di kepala anak dan lakukan sebanyak tiga kali sehari sehingga demam panas anak reda.
Ubi Kayu
Ambilkan sebuku ubi kayu dan kupas kulitnya lalu dicuci sehingga bersih. Ia perlu diparut dan hasil parutan tersebut perlu ditampalkan di dahi anak atau bayi anda yang demam. Apabila ubi kayu kering, gantikan dengan yang baru sehingga paras suhu badan anak turun seperti biasa.
Semoga perkongsian petua hilangkan demam panas bayi dan dewasa berserta dengan cara turunkan suhu badan anak cara tradisional ini akan dapat meredakan panas badan anak dan orang dewasa dengan cepat dan berkesan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog