Petua Sakit Gigi Berlubang & Cara Cepat Hilangkan Kesakitan

petua hilangkan sakit gigi berlubang

Sakit gigi adalah satu perkara yang amat digeruni ramai orang apatah lagi kalau gigi geraham bahagian atas atau pun bawah. Ketahui petua sakit gigi berlubang dan cara hilangkan kesakitan tanpa ubat dengan kaedah tradisional dan moden.

Akibat sakit gigi, semua aktiviti harian akan terganggu dan kadangkala susah nak tidur malam kerana ia amat menyakitkan sehingga sakit kepala. Kalau orang dewasa mungkin boleh bertahan tapi kalau kanak-kanak pasti menangis dan meraung.

Kerosakan gigi biasanya berlaku akibat dari makanan yang kita makan dalam kehidupan seharian. Masalah gigi berlubang, rongak, kuning dan reput kebiasaannya dihadapi oleh kanak-kanak kerana kurangnya penjagaan terhadap kesihatan gigi.

cara hilangkan sakit gigi geraham

Faktor gigi rosak boleh berlaku bukan sahaja dari pemakanan malahan cara menggosok gigi yang salah juga akan mengakibatkan kerosakan pada gigi sekiranya tidak digosok dengan betul.

Cara hilangkan sakit gigi dengan cepat berdasarkan kaedah petua tradisional menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati di rumah sahaja dan hasilnya memang ada yang amat berkesan.

Tips & Petua Sakit Gigi Berlubang


Dikongsikan di sini beberapa petua sakit gigi berlubang dan cara menghilangkan kesakitan dengan mudah. Anda boleh memilih mana-mana cara yang sesuai.

1. Minyak Gamat

petua menghilangkan sakit gigi goyang

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa minyak gamat boleh hilangkan sakit gigi berlubang. Cara-cara menggunakannya adalah dengan letakkan minyak ini pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

2. Air Garam dan Limau Nipis

cara-cara hilangkan sakit gigi

Kaedah yang popular ini sememangnya terbukit mujarab dan dijadikan penawar untuk menghilangkan kesakitan pada gigi. Caranya dengan melarutkan garam ke dalam air suam seterusnya berkumur.

Garam boleh juga dicampurkan dengan sebiji limau nipis yang dibelah empat bersama sedikit air kemudian direbus. Pastikan ia mendidih dan suamkan sebelum dikumur. Sakit itu pasti akan berkurang.

Baca : Punca Sakit Gigi Selepas Ditampal

3. Esen Vanila

gusi berdenyut

Perisa Vanila yang biasanya dicampurkan dalam masakan, sebenarnya sangat baik untuk hilangkan sakit gigi berlubang. Caranya, celupkan putik kapas ke dalamnya dan letakkan pada gigi yang sakit.

Kaedah ini amat menakjubkan kerana kesakitan itu akan hilang serta merta sementara untuk anda mendapatkan rawatan doktor. Hal ini dibuktikan oleh Cik Yana yang telah mengamalkan petua ini.

4. Lidah Buaya

sakit gigi sensitif

Ambilkan isi lidah buaya kemudian letakkan di tempat yang sakit. Sekurang-kurangnya dalam masa 2 atau 3 jam ia dapat menghentikan rasa sakit yang amat sangat itu.

5. Daun Sirih

penawar sakit gigi

10 helai daun sirih tua yang perlu direbus dengan air yang banyak iaitu 4 hingga ke 6 gelas. Pastikan ia mendidih dan seterus tapiskan sebelum berkumur dengan air rebusan sirih tersebut setelah ia sejuk.

6. Habbatus Sauda

gigi geraham atas bawah

Ia juga dinamakan sebagai jintan hitam dan ia perlu diletakkan ke dalam gigi berlubang untuk beberapa biji. Kemudian, anda akan dapati rasa sakit gigi akan hilang. Itulah antara kelebihan dan khasiat Habbatus Sauda

7. Asam Jawa

cara mengurangkan sakit gigi

Asam jawa perlu digoreng untuk beberapa minit. Kemudian bakarkan sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Seterusnya tumbukkan semua bahan tersebut sehingga lumat. Tampalkan pada gigi yang sakit.

8. Bawang Putih

cara melegakan kesakitan

Bawang putih amat berkesan untuk menghilangkan sakit gigi. Caranya dengan menghiris bawang putih dan ditampalkan di tempat yang sakit. Biarkan ia sekurang-kurangnya selama sejam untuk mendapatkan kesan yang baik.

9. Tomato Muda

petua sakit gigi

Ambilkan buah tomato yang muda dibelah dua. Kemudian masukkan tomato ke bahagian gigi yang sakit. Setelah itu berkumurlah dengan air apabila rasa sakit itu sembuh.

Dengan kaedah ini, dikatakan sekiranya gigi anda berlubang atau dimakan ulat, ia pastinya akan keluar sendiri daripada mulut setelah berulang-ulang menggunakan cara ini.

10. Bawang Merah

gusi bengkak

Caranya hampir sama sepertimana bawang putih. Ambilkan satu ata 2 ulas bawang merah, tumbukkan sehingga halus, kemudian sapukan di bahagian sakit atau pun boleh dikunyah begitu saja sekiranya anda boleh mengunyah.

Kaedah menggunakan bawang merah akan dapat mengurangkan sakit gigi berlubang. Anda digalakkan mencuba cara ini kerana ia tidak akan memudaratkan malah amat baik untuk kesihatan.

11. Bunga Cengkih

gigi tak berdenyut tapi tak berlubang

Bahan ajaib yang sering digunakan dalam masakan ini mempunyai antiseptik semulajadi yang tinggi. Ia sangat berkesan untuk merawat gigi yang sakit, berlubang dan radang mulut.

Kebiasaanya dalam perubatan tradisional, ia digunakan dengan ditumbuk sehingga halus dan diletakkan di celah gigi untuk menahan kesakitan.

Walau bagaimanapun, minyak bunga cengkih adalah yang terbaik untuk menghilangkan rasa sakit. Anda disyorkan guna kaedah ini di rumah.

Cara untuk menggunakannya adalah dengan campurkan sedikit minyak bunga cengkih dalam segelas air suam, kemudian kumurkan beberapa minit.

Dengan cara berkumur, ia umpama ubat kerana dapat menghalang bakteria yang terdapat pada gigi selain dapat mewangikan bau mulut dan tiada lagi rasa sakit yang menghalang anda untuk makan.

Antara Bahan Untuk Merawat Kesakitan


Selain herba semulajadi yang dikongsikan di atas untuk digunakan bagi mengatasi masalah kesakitan gigi, ada beberapa lagi bahan lain yang biasanya digunakan dengan cara tradisional. Bahan-bahan tersebut adalah seperti berikut:

  • Halia
  • Air suam
  • Daun jambu
  • Wheatgrass (rumput gandum)
  • Garam & Lada hitam
  • Ekstrak vanila

Doa Sakit Gigi Rumi & Jawi

doa sakit gusi gigi ustaz sharhan

Dikongsikan juga doa untuk hilangkan sakit gigi dan gusi seperti yang disarankan oleh Ustaz Sharhan. Dengarkan bacaan yang dibacakannya satu persatu bagaimana doa mujarab ini boleh menyembuhkan kesakitan.


Disertakan juga bacaan doa dan ceramah dari Ustaz Muhammad Syawal Al-Kdasi yang menceritakan tentang hadis Rasulullah iaitu Nabi Muhammad SAW berkaitan dengan sakit gigi.


Ubat Sakit Gigi Berlubang Paling Berkesan

ubat sakit gigi tradisional terbaik

Selain beli ubat sakit gigi di farmasi, anda boleh juga cuba membeli ubatan ini secara online melalui laman Shopee yang mana ia banyak dijual.

Harga pula tidak terlalu mahal seperti harga dibeli di kedai runcit manakala berkesan atau tidak anda perlu bijak membuat pilihan.

Sebenarnya, banyak ubat sakit gigi yang terbaik yang boleh anda dapatkan di laman ini dengan melihat jumlah orang yang membeli berserta dengan review-review daripada mereka.

Dengan cara itu anda akan tahu bahawa produk tersebut adalah amat baik untuk anda beli. Jika anda ingin lihat, sila klik pautan di bawah:


Kesimpulan

Diingatkan, jika anda ingin mencuba petua hilangkan sakit gigi berlubang atau berkaitan dengan gusi bengkak yang dikongsikan di atas, tidak semua herba dan ramuan tersebut bersesuaian dengan anak atau kanak-kanak. Jadi, berhati-hati sebelum mempraktikkannya.

Jalan terbaik sekiranya anak anda mengalami masalah gigi, segeralah membawa anak tersebut bertemu dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengannya mengikut paras umur kanak-kanak berkenaan.

Semoga perkongsian cara hilangkan sakit gigi berserta petua, doa dan tips yang dikongsikan dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kesakitan itu dengan lebih cepat dan berkesan. Jagalah kesihatan gigi anda sebaik-baiknya. - Bukit Besi Blog