Masalah sakit kepala dan pening (Headache) atau migrain kebiasaannya dialami oleh semua orang. Apabila terkena serangan semua aktiviti harian akan terganggu dan jika dibiarkan pasti akan jadi lebih teruk.
Cara untuk menghilangkan sakit kepala berdenyut selalunya dengan mengambil ubat panadol bagi kebanyakan orang, Malah, ada yang mengamalkan tips dan petua tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Walau apa pun cara yang dilakukan dan ubat yang dimakan, tujuan kita hanya satu untuk mengurangkan kesakitan dan pening kepala. Walau bagaimanapun, sakit kepala berpanjangan jangan diambil ringan.
Segeralah berjumpa doktor sekiranya sentiasa pening kepala kerana berkemungkinan sakit itu berkaitan dengan migrain atau sebab lain yang tidak ketahui.
Jika terlalu kerap sakit kepala berterusan, anda haruslah segera ambil tindakan atau carikan penawar untuk meredakannya sebelum pergi ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan.
Tips dan Cara Hilangkan Sakit Kepala
Ada beberapa petua sakit kepala yang boleh anda amalkan dengan guna bahan-bahan yang mudah didapati. Namun, cara yang dikongsikan ini adalah hanya untuk mengurangkan kesakitan dan mungkin jika sesuai dengan anda, ia akan hilang.
Minum Air Dengan Banyak
Tips terbaik untuk menghilangkan sakit kepala adalah dengan minum air masak. Apabila mula rasa sakit, anda boleh segera minum dengan banyak dan esoknya anda akan dapati sakit itu akan beransur hilang.
Pad Pemanas
Untuk kurangkan sakit kepala, anda boleh gunakan pad pemanas dengan meletakkannya di leher atau di bahagian belakang, kiri atau kanan kepala serta jangan lupa gunakan kain yang telah direndam dalam air suam.
Tekapkan kain tersebut di bahagian yang sakit. Selain itu, mandi dengan air panas juga dikatakan dapat hilangkan sakit kepala dengan cepat dan berkesan.
Halia
Halia dijadikan sebagai ubat tambahan yang klinikal untuk melegakan sakit kepala. Berdasarkan kajian yang dilakukan, fungsi halia adalah hampir sama untuk hilangkan migrain.
Urut Leher dan Kepala
Apabila tersangat sakit, jangan lupa untuk mengurut sendiri pada leher atau di belakang kepala. Kerana perbuatan ini dapat meredakan ketegangan serta tekanan yang kadangkala menyebabkan gangguan pada kepala.
Pek Ais
Pendapat seorang doktor mengatakan cara lenyapkan pening kepala guna ais iaitu pek air atau bekas plastik atau tuala yang berisi ketulan ais lalu diletakkan pada bahagian kepala dapat mengatasi sakit kepala berdenyut.
Selain itu, anda juga boleh mandi dengan menggunakan air sejuk bagi mengurangkan sakit. Jangan lupa tekapkan ais pada bahagian yang sakit dan lihat hasilnya nanti.
Kafein
Cara untuk menghilangkan sakit kepala boleh juga menggunakan minuman yang mengandungi kafein seperti teh atau kopi. Pastikan pengambilan minuman ini tidak berlebihan kerana dibimbangi sakit anda bertambah teruk.
Jangan Kerap Mengunyah
Mungkin anda tidak tahu, kunyahan di mulut boleh menyebabkan sakit kepala kerana menggunakan rahang dengan kerap. Gula-gula getah jangan diamalkan kerana akan menyebabkan kesakitan berpanjangan.
Bukan setakat mengunyah chewing gum tetapi jika mengigit kuku, bibir atau sebarang objek tertentu boleh juga menyebabkan kesakitan pada kepala.
Jika anda diserang sakit kepala, sila elakkan mengunyah sesuatu yang memerlukan anda mengunyahnya dengan berulang-ulang kali. Sekurangnya, tindakan ini dapat kurangkan sakit pada kepala anda.
Tekanan Pada Kulit Kepala
Jika anda seorang perempuan dan memakai tudung yang sendat pasti akan ada sakit kepala dan jika ikatan rambut yang kuat dan ketat juga akan menyumbang kesakitan yang amat sangat.
Selain dari tudung dan ikatan rambut, bagi kaum lelaki juga perlu menghindari pemakaian topi yang ketat atau padat serta benda-benda lain yang perlu dipakai di kepala.
Ketenangan
Kadangkala suasana yang sesak dan bising juga akan jadi punca sakit kepala dan akan menyebabkan anda tertekan. Stress dan sakit kepala biasanya akan berlaku pada masa yang sama.
Oleh itu, carilah ketenangan untuk atasi masalah ini. Sila bertenang dan pastikan anda mencari tempat yang sesuai untuk anda bertenang tanpa sebarang gangguan.
Terkadang, tubuh yang letih dan tegang pasti akan berlaku masalah ini. Buatlah senaman ringan untuk meregangkan segala otot-otot badan. Sama ada yoga, meditasi dan sebagainya.
Petua Menghilangkan Sakit Kepala
Berikut beberapa petua untuk hilangkan sakit kepala dengan cara tradisional orang kampung. Anda boleh pilih cara yang mana sesuai. Walau bagaimanapun, mendapatkan nasihat doktor lebih digalakkan.
Jika anda alami sakit kepala yang amat kuat, sila segera ke klinik, sekiranya anda mempunyai gejala-gejala seperti di bawah, supaya kesakitan itu tidak akan memudaratkan diri:
- Leher terasa tegang
- Muntah atau rasa loya
- Demam panas kuat
- Terasa lesu dan lemah
- Sukar untuk badan bergerak
- Masalah berjalan yang teruk
- Kerap sakit kepala
- Ubat tidak lagi dapat sembuhkan
Anda juga boleh mengambil ubat-ubat farmasi sekiranya perlu, namun nasihat dari doktor adalah yang terbaik kerana tidak semua jenis ubat di farmasi adalah sesuai dengan setiap orang.
Selain itu, dos yang perlu diambil oleh setiap orang juga berbeza memandangkan setiap berat tubuh badan berlainan. Oleh itu, jumpalah doktor untuk dapatkan ubat yang sesuai dengan kita.
Petua hilangkan sakit kepala cara tradisional yang dikongsikan di laman Facebook dengan menggunakan daun kari dan air teh o panas dan beberapa bahan-bahan lain. Cara untuk buat seperti berikut:
Daun Kari dan Air Teh
1. Ambilkan satu juga sederhana air teh o panas dicampurkan dengan tujuh helai daun kari atau;
2. Segelas air teh o panas dan dicampur dengan tiga helai daun kari.
3. Anda boleh amalkan petua ini pada setiap pagi sewaktu sarapan pagi, makan tengahari atau malam.
Petua di atas bukan saja untuk sakit kepala tetapi untuk migrain atau loya iaitu morning sickness. Selepas anda minum, anda akan dapati mudah membuang angin dalam badan dengan cepat.
Asam Jawa
Petua guna asam jawa ini mungkin akan pelik bagi sesetengah orang. Walau bagaimanapun, inilah petua orang-orang terdahulu untuk merawat sakit kepala sama ada di kiri atau kanan dan belakang kepala.
Caranya, ambilkan asam jawa, diletakkan ke atas sehelai kain untuk membalut kepala dengan asam jawa tersebut. Ikat di bahagian kepala dan pastikan ia di atas dahi.
Sebaiknya, digunakan petua ini sebelum tidur malam. Jangan ikat terlalu ketat. Insya Allah, esoknya selepas bangun tidur anda akan dapati sakit kepala telah hilang atau berkurang.
Daun Bunga Raya
Daun bunga raya bukan sahaja boleh digunakan untuk melebatkan rambut tapi juga untuk mengurangkan sakit kepala dan migrain yang teruk.
Cara untuk guna adalah dengan ramas beberapa daunnya dengan bersama sedikit air sehingga lendir dari daun keluar. Kemudian lumurkan lendir tersebut di atas kepala.
Anda akan dapati akan rasa sejuk dan sekurangnya rasa sakit kepala akan hilang dengan sendirinya selepas menggunakan cara tradisional ini.
Limau Kasturi
Petua guna limau kasturi untuk sakit kepala telah lama diamalkan sejak dulu lagi. Mungkin tak semua orang tahu dan cara untuk gunakannya sangat mudah.
Ambilkan limau kasturi yang dibelah dua dan selepas itu diramaskan pada rambut atau masukkan dalam bekas berisi air lalu dijirus atau diramaskan pada rambut serta picitkan kepala. Insya Allah rasa sakit akan hilang.
Rendamkan Kaki Dalam Air Panas
Petua untuk menghilangkan sakit kepala dengan merendamkan kaki guna air panas suam dikatakan sangat mujarab dan inilah antara penawar yang paling terbaik kerana telah ramai yang mencubanya.
Caranya dengan isikan air dalam bekas besen atau seumpamanya dengan air panas dan pastikan ia suam sebelum memasukkan kaki ke dalamnya.
Cara ini boleh mengurangkan kesakitan di kepala serta membantu aliran darah ke bahagian bawah serta dapat kurangkan tekanan pada bahagian atas kepala kita.
Anda boleh amalkan dengan cara rawatan terbaik ini untuk selama 30 minit sekurang-kurangnya pasti ia dapat melegakan rasa sakit kepala anda.
Baca : Cara Mengatasi Stress dan Tips Mengawal Tekanan
Urutan Atasi Pening atau Migrain
Kami kongsikan juga cara buat urutan hilangkan sakit kepala yang mana anda boleh merawat diri sendiri dengan mengikut apa yang ditunjukkan oleh Pusat Terapi Saraf Al-Amin.
Doa Sakit Kepala & Migrain
Untuk merawat diri kerana migrain atau pening, anda boleh cuba ikhtiar dengan doa sakit kepala dari ayat suci Al-Quran yang boleh anda amalkan agar dapat melegakan sakit anda.
Cara ikhtiar ini dari SPA Ar Rayyan, dengan baca ayat 19 dari Surah Al Waqiah ini dan sapukan pada bahagian migrain atau di bahagian kepala yang sakit. Insya Allah ia mampu hilang dengan cepat.
Sebaiknya, guna tangan kanan dan baca ayat tersebut pada tapak tangan. Seeloknya anda berwudhuk terlebih dahulu. Kemudian sapu di tempat yang sakit tersebut.
Selain itu, anda boleh minum madu dicampurkan dengan limau nipis atau lemon untuk melegakan pening. Baca dahulu ayat tersebut pada minuman madu dan limau ini sebelum diminum.
Antara alternatif terbaik adalah dengan berbekam antara tiga bulan sekali di bahagian belakang kepala atau leher berserta di belakang badan kiri atau pun kanan.
Baca : Petua Demam Panas Bayi dan Dewasa
Kesimpulan
Sebenarnya, masih banyak petua dan cara untuk hilangkan sakit kepala dengan cepat tanpa ubat guna petua atau tips yang disarankan oleh doktor pakar, namun hanya beberapa saja dikongsikan.
Walau bagaimanapun, sebelum anda mencuba semua kaedah di atas, adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat daripada orang tua atau doktor kerana ia mungkin akan lebih memudaratkan.
Namun, antara yang paling berkesan untuk rawat sakit kepala, anda boleh cuba dengan petua rendamkan kaki dengan air panas kerana cara ini amat selamat dan tidak bahaya untuk menghilangkan pening kepala.
Semoga perkongsian petua untuk hilangkan sakit kepala berserta dengan tips yang terbaik untuk atasi masalah ini akan dapat membantu anda untuk melegakan kesakitan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog