Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Pulau Pinang

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Pulau Pinang

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Pulau Pinang berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Lokasi Pejabat Agama Islam Pulau Pinang


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
(JHEAIPP), Lebuh Pantai, 10300, Pulau Pinang.

Contact Number
04-684 7000

Fax Number
04-2502810

Email Address
jheaipp[a]penang.gov.my

Portal Rasmi
https://jaipp.penang.gov.my/

Lokasi Ibu Pejabat (Google Map)


Pejabat Agama Islam Daerah Timur Laut
Aras 34 KOMTAR,
10000 Penang.

Nombor Telefon
04-261 2979

Nombor Faks
04-261 3250

Pejabat Agama Islam Daerah Kepala Batas
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon
04-575 1182

Nombor Faks
04-575 1084

Pejabat Agama Islam Daerah Barat Daya
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon
04-866 8525

Nombor Faks
04-866 8989

Pejabat Agama Islam Daerah Butterworth
Kompleks Darul Hidayah
(Rumah Transit Saudara Kita),
Permatang Tok Gelam,
13100, Penaga, Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon
04-3511 521

Nombor Faks
04-3511 485

Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Perai Tengah
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon
04-538 6451

Nombor Faks
04-538 6548

Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Perai Selatan
Jawi, Nibong Tebal,
Pulau Pinang.

Nombor Telefon
04-582 1001

Nombor Faks
04-582 5564

Peranan dan Fungsi


Melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang di peringkat daerah serta bertanggungjawab dalam pengurusan agama Islam negeri Pulau Pinang juga sebagai pelaksana kepada dasar yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Penang ini iaitu:

1. Perlaksanaan program dakwah dan pengurusan pendidikan Agama Islam

Memberi dan mendedahkan pendidikan kepada semua masyarakat supaya berpegang teguh kepada ajaran agama Islam menerusi program-program dakwah berserta menyeru masyarakat secara keseluruhan ke arah penyatuan dan perpaduan.

2. Pengurusan nikah kahwin, cerai dan rujuk serta pembangunan keluarga Islam

Mengukuhkan peranan institusi kekeluargaan Islam melalui bimbingan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan turut memastikan sesebuah keluarga dibina mengikut hukum dan syariah.

3. Pengurusan dan pengimarah masjid dan surau

Memastikan semua urusan pentadbiran masjid dan surau di kawasan dan daerah berjalan dengan baik serta melaksanakan program-program yang boleh memupuk kecintaan dan kasih sayang masyarakat untuk mengimarahkan masjid dan surau serta mengukuhkan perpaduan ummah.

4. Penyelidikan dan kajian akidah serta syariah

Membuat kajian berkaitan dengan isu-isu semasa dalam bidang akidah dan syariah, memaklumkan setiap hasil kajian kepada masyarakat sebagai satu usaha untuk membendung penularan pengamalan ajaran-ajaran sesat yang bertentangan dengan syariah Islam.

5. Penguatkuasaan undang-undang syariah dan pendakwaan

Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah yang berkuatkuasa di semua daerah. Ianya bukanlah sekadar berbentuk sejenis hukuman tetapi juga turut memberi penerangan serta pemahaman kepada masyarakat berkaitan dengan agama Islam.

Perkhidmatan di PAD

Berbagai jenis perkhidmatan berkaitan dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang boleh didapati di JAIPk berserta cawangan-cawangan PAD mengikut daerah yang berhampiran dengan anda, antaranya adalah seperti berikut:

  • Perkahwinan
    • e-Munakahat Online
    • Peraturan Kursus
    • Kursus Pra Perkahwinan
    • Panduan Pemeriksaan Bakal Pengantin
    • Permohonan Perkahwinan
    • Kad Akuan Nikah
    • Khidmat Nasihat Keluarga
  • Permohonan Saudara Baru
  • Permohonan Sijil dan Logo Halal
  • Permohonan Tauliah Mengajar
  • Sekolah dan Madrasah
  • E-Iktisas dan Lain-Lain

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Pulau Pinang, anda boleh terus menghubungi melalui nombor telefon yang disertakan atau boleh terus pergi ke cawangan yang berdekatan untuk maklumat lanjut. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog