13 Lafaz Niat Puasa Ramadhan Dalam Pelbagai Bahasa

Niat Puasa Ramadhan

Bulan Ramadhan semakin dekat dan mungkin masih ada di antara kita yang terlupa bagaimana untuk membaca niat puasa dengan betul. Bagi anda yang masih tidak tahu kami kongsikan dengan lengkap di sini.

Selain itu, satu perkongsian yang mungkin akan menambahkan ilmu setiap orang iaitu niat puasa dalam pelbagai bahasa termasuk Arab, India iaitu Tamil, Bahasa Inggeris dan lain-lain seperti di bawah.

Senarai Niat Puasa Ramadhan Dalam Bahasa Berpelbagai


English
I'm fasting tomorrow's intention to perform the fard in the month of Ramadan this year, because Allah Ta'ala.

Bahasa Jawa
Niat engsun poso tutuko imsak dino sesuk, sangkeng anekani fardhune bulan Romadhone, ikilah tahun hale iman aken lan ngeyakin aken kerono ngelakoni dawuh dalem gusti Allah ta'ala.

Bahasa Arab
Nawaitu shauma gadhin ‘an ada-i fardhi syahri ramadhana hadzihis-sanati lillahi ta’ala.

Bahasa Melayu
Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadan fardu ke atasku kerana Allah Ta'ala.

Bahasa Bugis
Mapuasaka' baja reulang rammalang farradu rialliaku lillahi'Taala.

Bahasa Bajau
Sahaja aku magpuasa ellau pahalu mabulan ramadan fardu syudju aku kalna Allah Taala.

Bahasa Dusun
Tumomod oku puasa suab id suang wulan Ramadan mositi kuma'a doho karana Allah Ta'ala.

Bahasa Iranun
Bpuasa aku amag sa ulan a Ramadan imantu ragun fardhu sa ginawaku kerana Allah Ta’ala.

Bahasa Bajau Samah
Sahaja aku poso semaung fardhu ke atas ku kerana Allah Taala.

Bahasa Suluk
Magpu asa aku kinsum adlau halaum bulan Ramadhan fiardhu kakuk kerna Allah Taala.

Bahasa Thai (Siam)
ฉันอดอาหารในวันพรุ่งนี้เพื่อแสดงความตั้งใจในเดือนรอมฎอนในปีนี้เพราะอัลลอฮ.

Bahasa Sungai
Tomodonku magpuasa sesuab lalom wulan no Ramadhan fardhu bagi koyuwanku kerana Allah Ta'ala.

Bahasa Tamil (India)
அல்லாஹ் தஆலா என்பதால், இந்த ஆண்டு ரமலான் மாதத்தில் ஃபார்ட் செய்ய வேண்டும் என்ற நோக்கத்தை நான் நாளை நோன்பு நோற்கிறேன்.

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Sauma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala.

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Sauma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala.

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala.

Video Niat Puasa Ramadhan

Bagi anda yang perlukan bantuan suara dan bacaan yang perlu disebut agar dapat membacanya dengan betul, kami kongsikan video niat puasa tersebut daripada channel YouTube Tuan Syafiq Liow yang menyebutnya dengan tepat dalam bahasa Arab dan Bahasa Melayu.


Mungkin ada yang tertanya, bolehkah niat puasa dibaca dalam Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain? Ya boleh. Walau bagaimanapun, kita sangat digalakkan membacanya mengikut apa yang telah diajarkan dalam agama Islam itu sendiri.

Semoga perkongsian niat puasa dalam pelbagai bahasa ini dapat membantu serta menambahkan serba sedikit pengetahuan untuk kita semua. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog