Bacaan Surah Al-Maun Rumi & Terjemahan Maksud (Al-Ma'un)

Surah Al Maun

Surah Al-Ma'un adalah surah yang ke 107 dalam kitab suci Al-Quran yang mempunyai 7 ayat secara keseluruhan dan turut dikenali dengan beberapa nama lain yang mana ia diturunkan di Kota Suci Mekah dan Madinah dengan kisah sejarah serta mempunyai pengajaran yang tersendiri.

Menurut Jumhur Ulama surah yang tergolong dalam Makkiyyah ini, 3 ayat yang pertama diturunkan di Mekah dan selebihnya di Madinah, perkara ini dapat dilihat melalui terjemahan maksud bacaan ayat-ayat tersebut.

Surah Al-Ma'un menceritakan tentang orang-orang munafik yang sentiasa berpura-pura Islam, hakikatnya mereka adalah orang kufur dengan sifat leka menunaikan solat, menunjuk-menunjuk amalan dan tidak suka bersedekah.

Ia turut menjelaskan tentang bagaimana golongan yang mendustakan agama Islam ini turut memberikan ancaman serta memaki hamun selain mengherdik para anak yatim, golongan orang miskin juga riak dengan amalan solat mereka.

Surah Al-Ma'un Rumi Maksud Terjemahan


Berikut adalah bacaan surah ini dalam jawi dan rumi yang dipaparkan dalam bentuk gambar PNG berserta terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu yang boleh dimuat turun jika diperlukan tanpa perlu meminta kebenaran.

Maksud makna terjemahan

Surah Al-Maun Rumi

Surah Al maun jawi

Video Bacaan Surah Al-Ma'un

Dikongsikan video YouTube daripada Channel Al-Hakiim TV yang memaparkan bacaan surah Al-Ma'uun ini dengan terjemahan dalam Bahasa Malaysia berserta English bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk memahami apakah makna keseluruhan ayat-ayat suci ini.


Surah yang pendek dan ringkas dengan mempunyai 7 ayat secara keseluruhan ini menekankan tentang hakikat iman yang bertunjang di hati setiap manusia serta bergerak di dalam setiap amal soleh yang membuktikan keimanan seseorang.

Ini menunjukkan bahawa amalan soleh dan iman sememangnya tidak boleh dipisahkan yang mana sekiranya walau sejuta amalan baik dilakukan tetapi tiadanya iman menyebabkan ianya adalah sia-sia belaka.

Iman juga menuntut agar kita sentiasa ambil tahu dan ambil peduli tentang manusia lain seperti keluarga, jiran dan rakan sebagai contoh serta hidup dalam suasana harmoni dengan memberikan kebajikan dan menghapuskan semua bentuk penindasan.

Di permulaan ayat Surah Al-Ma'un ayat 1 hingga 3 menjelaskan tentang orang-orang kafir yang mendustakan ad-Din iaitu Agama Islan dan Hari Pembalasan dengan mempunyai dua sifat yang paling utama iaitu:

1. Mereka mengusir anak-anak yatim, bersikap kasar dengan alasan tidak menyukai golongan ini.

2. Mereka tak menggalakkan membantu atau memberi makanan kepada fakir miskin dan tidak berbuat baik dengan orang lian.

Manakala di bahagian akhir surah ini iaitu dari ayat 4 sehingga 7 mempunyai penerangan tentang celaan terhadap orang-orang yang munafik yang menzahirkan keIslaman serta sembunyikan semua kekufuran dengan mempunyai tiga sifat utama:

  • Cuai dan lalai untuk menunaikan solat
  • Suka menunjuk-nunjuk semua benda yang dibuatnya
  • Langsung tidak mahu membantu jiran tetangga

Lebih teruk lagi, setiap perkara yang dilakukannya bukanlah kerana Allah semata-mata sebaliknya ingin bermegah dan menunjuk kepada semua orang tentang segala kebaikan dan amalan solat yang dilakukannya.

Sesungguhnya kedua-dua kumpulan ini telah dijanjikan dengan azab yang pedih, segala bentuk kerugian dan kemusnahan. Oleh itu, sebagai orang Islam HARUS kita menjauhi semua sifat-sifat sebegini.

Download Surah Al-Maa'uun PDF & Audio MP3


Disertakan juga Surah Al-Maun dalam bentuk file PDF yang boleh anda download untuk disimpan di telefon atau di komputer peribadi yang boleh dibaca berulang-ulang walau di mana berada.



Sekiranya, anda sekadar ingin mendengar bacaan surah ini, anda boleh download bacaan surah tersebut di sini yang disediakan dengan audio Mp3 secara percuma tanpa sebarang bayaran diperlukan.


Baca : Surah Al-Alaa dan Terjemahan Maknanya

Pengajaran

1. Allah SWT telah mengingatkan kita melalui surah ini agar kita semua tidak tergolong di dalam leompok orang-orang yang munafik.

2. Allah SWT melaknat orang-orang yang kaya raya yang menpunyai sikap kedekut, bakhil dan tidak langsung mempunyai perasaan belas kasihan untuk membantu mereka yang miskin serta tidak mahu keluarkan zakat.

3. Allah SWT telah menjelaskan dengan jelas, terang dan lengkap berkaitan dengan ciri-ciri orang yang munafiq.

Kesimpulan

Sebagai orang Islam dan juga hamba Allah SWT, kita seharusnya mengikuti semua ajaran Nabi Muhammad SAW dan menjadikan Rasulullah sebagai contoh dalam kehidupan dengan mengikuti semua sunnah-sunnah Baginda.

Semoga perkongsian Surah Al-Maun rumi dan terjemahan maksud ini dapat membantu serta memudahkan segala urusan anda untuk membacanya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog