Surah Al-Ala Rumi dan Jawi Terjemahan Maksud (Al-A'laa)

Surah Al-Ala Rumi dan Maksud Terjemahan

Surah Al-Ala (A'laa) adalah surah yang berada di tangga ke 87 di dalam kitab suci Al-Quran dan ia tergolong surah Makkiyah yang mana ia diturunkan di Kota Suci Mekah selepas Surah At-Takwiir.

Maksud Al-A'laa adalah bermakna "Yang Paling Tinggi" dan mempunyai sebutan namanya di awal permulaan ayat yang istimewa ini serta banyak kebaikan dan kelebihan tersendiri.

Surah Al-Ala, sebenarnya amat disukai oleh Rasulullah SAW dan sentiasa dibaca ketika Hari Jumaat, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban pada setiap rakaat pertama dan yang kedua dalam solat.

Dikongsikan Surah Al-Ala rumi dan jawi berserta dengan maksud terjemahan dalam Bahasa Melayu yang diterjemahkan melalui tulisan Bahasa Arab iaitu jawi supaya mudah dibaca.

Surah Al-Ala Rumi dan Terjemahan Maksud


Antara isi kandungan Surah Al-Ala ini seperti yang diterangkan adalah sebagai berikut yang wajib semua umat Islam turuti demi kebahagiaan di dunia dan akhirat:

1. Allah memerintahkan kepada kita supaya sentiasa bertasbih dengan menyebut-nyebut namaNya.

2. Rasulullah SAW tidak sekali-kali akan lupa pada setiap ayat yang dibaca kepadanya.

3. Berkaitan dengan jalan orang-orang yang sejahtera kehidupannya di dunia dan Hari Kiamat.

4. Allah mencipta, menyempurnakan setiap ciptaanNya dan tentukan kadar-kadar, berikan petunjuk dan melengkapkan segala keperluan sehinggalah tertunai niat dan tujuannya.

Video Bacaan Surah Al-A'laa


Berikut dikongsikan bacaan Surah Al-Ala rumi dan jawi daripada ayat 1 sehingga yang ke 19 berserta maksud terjemahan setiap ayat dalam video YouTube daripada Channel Aji Aji.


Di bawah pula dalam bentuk gambar PNG yang tertera Surah Al-A'laa secara keseluruhan ayat yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dan juga bacaan rumi dan Arab

Surah Al A'la Penuh PDF

Maksud Surah Al Ala

Download Al-A'la MP3

Al a la Malaysia

Kelebihan Surah Al-A'la

Kebaikan dan Pengajaran

Download Surah Al-Alaa PDF & Audio MP3


Jika anda perlukan surah ini daripada fail PDF untuk dijadikan rujukan dan audio MP3 untuk anda dengar dari awal hingga akhir, anda boleh muat turun semuanya.

Anda boleh download kesemua bahan-bahan bacaan ini dengan klik butang di bawah tanpa perlu meminta kebenaran kerana ianya percuma tanpa perlu bayaran dan wajib disebarkan.





Baca : Surah Al-Ikhlas dan Terjemahan

Kelebihan Surah Al-A'laa


Sebenarnya semua ayat-ayat suci Al-Quran dalam setiap surah mempunyai khasiat dan fadhilat untuk kebaikan manusia, namun ia mempunyai sedikit perbezaan, begitu juga dengan kelebihan Surah Al-A'laa.

Antara kelebihan Surah Al-Ala yang biasa disebutkan serta dikongsikan oleh mereka yang lebih arif termasuk ustaz-ustaz dan para ulama adalah seperti berikut:

  • Petunjuk kepada ke jalan yang lebih baik dan sempurna
  • Penawar berbagai jenis penyakit
  • Pendinding diri daripada sebarang gangguan
  • Ayat 1-5 khas untuk sakit buasir

Walau bagaimanapun, sebaiknya kita amalkan dengan membaca keseluruhan ayat Al-Quran untuk meminta dan memohon kepada Allah dengan segala permintaan, insya Allah akan dimakbulkan.

Menurut satu hadis Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan An-Nasai bahawa setiap kali pada waktu malam Baginda sering membaca semua surah yang mempunyai kalimah tasbih.

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud seperti berikut:

Sesungguhnya pada surah-surah yang mempunyai kalimah-kalimah tasbih, terdapat satu ayat yang lebih daripada seribu ayat.

Dan seorang sahabat Baginda iaitu Ubai Bin Ka'ab mengatakan, surah yang paling utama mengandungi kalimah tasbih adalah Surah Al-A'laa.

Baca : Surah Al-Mulk Bahasa Melayu

Kesimpulan

Semoga perkongsian bacaan Surah Al-Ala rumi dan jawi termasuk tafsir maksud terjemahan akan membantu anda yang ingin membaca dan terus belajar. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog