Surah Al-Mulk Rumi & Jawi Terjemahan Bahasa Melayu (PDF & Mp3)

Surah al-mulk rumi

Dapatkan surah Al-Mulk dalam rumi dan jawi ayat 1-30 terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu. Surah ini boleh di download dalam bentuk audio Mp3, file PDF dan gambar-gambar dalam tulisan Arab.

Sesiapa yang sering menghafal dan membaca surah Al-Mulk pasti mendapat kelebihan dari bacaan tersebut iaitu antaranya adalah terlepas daripada seksaan dan azab kubur.

Dalam Al-Quran surah yang ke 67, surah Al-Mulk yang mempunyai 30 ayat secara keseluruhannya dan juga dipanggil sebagai At Tabaarak atau Tabaraka yang membawa maksud Maha Suci.

Kelebihan surah Al-Mulk terbukti seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah RA menyatakan Rasulullah SAW bersabda:

Surah al-mulk dan terjemahan rumi

Huraian Hadis Sahih

  • Hadis ini menjelaskan tentang kelebihan surah Al-Mulk yang mana orang yang sentiasa membaca serta mengamalkan bacaan sehingga ke akhir surah akan diampuni segala dosanya oleh Allah SWT.
  • Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT mengandungi bermacam rahmat dan faedah kepada semua manusia yang membacanya, ia seperti penawar kepada penyakit dan berbagai lagi.

Kerana kelebihan inilah kita wajib mengamalkan atau hafaz surah Al-Mulk ini menjadi rutin dalam kehidupan seharian tanpa henti. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan.

Surah Al-Mulk Rumi dan Jawi


Berikut adalah surah Al-Mulk jawi Arab dan rumi dalam bentuk gambar JPG. Dipersilakan muat turun jika anda memerlukannya untuk disimpan dalam telefon dan sebagainya.

Dalam tulisan arab

Al-mulk pendek

Tafsir Al-mulk bahasa melayu

Surah al-mulk sebelum tidur

Terjemahan Surah Al-Mulk


Di bawah ini adalah tafsir terjemahan maksud surah Al-Mulk rumi ayat 1-30 secara penuh. Setiap satu gambar dikumpulkan dengan nama file mengikut turutan dari awal sehingga akhir.

Kisah disebalik

Download surah al-mulk ayat 1-30

Surah al-mulk PDF

Latin mp3

kelebihan dan kebaikan

Manfaat bacaan tadabur

Cara membaca hafal al-mulk

Tadabbur khasiat ayat 14 dan maksud

al mulk

Muat turun sura mulk

Kelebihan Surah Al-Mulk Ayat 1-30


Selain daripada diselamatkan daripada azab kubur, kelebihan lain yang terdapat daripada amalan membaca surah Al-Mulk sangat banyak, antara fadhilat itu:

  • Mendapat rahmat Allah SWT atau berada di bawah naungan sayap Malaikat.
  • Ketika di hari Kiamat wajahnya akan diberi cahaya (cantik) seperti Nabi Yusuf As.
  • Surah ini adalah surah penyelamat segala macam jika diamalkan berterusan.
  • Ia juga dinamakan sebagai surah yang gagah perkasa, bijak serta cerdik.
  • Sememangnya dapat diselamatkan dari seksaan azab kubur.
  • Dikeluarkan daripada neraka serta dimasukkan ke dalam syurga.
  • Sentiasa disayangi oleh ramai orang.

Sebenarnya masih banyak lagi kelebihan surah Al-Mulk yang boleh dihuraikan satu persatu seperti mana yang tertera di dalam berbagai hadis sahih.

Walau bagaimanapun, semua kebaikan dan manfaat daripada amalan membaca Al-Mulk akan dikongsikan lagi di artikel akan datang. Insya Allah.

Baca : Surah Al-Ikhlas Rumi dan Terjemahan

Cara Membaca dan Mengamalkan Al-Mulk


Cara untuk mengamalkan surah keamanan dan keselamatan ini adalah dengan membaca setiap ayat dari awal sehingga akhir dengan penuh istaqamah.

Selain itu, surah Al-Mulk mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri yang boleh anda baca dengan beberapa cara seperti dinyatakan berikut:

  • Membaca secara penuh dan lihat keajaiban jika mengamalkan ayat 14 terbukti sangat baik.
  • Jika dibaca sebanyak 2012 kali dapat menolak segala bala yang besar mendatang.
  • Dapat mengetahui kelebihan diri sendiri setelah mengamalkan tanpa henti.
  • Khasiat ayat 23 surah Al-Mulk boleh menyembuhkan sakit gigi.
  • Antara khasiat lain yang terdapat dalam ayat 14 dan 15 diampuni dosa.

Sebenarnya, cara terbaik untuk amalkan surah ini tidak perlu memilih ayat yang manakah paling banyak kelebihan, sebaiknya dihafal dari ayat 1 sehingga 30.

Download Surah Al-Mulk PDF dan MP3


Jika anda perlukan surah Al-Mulk dalam bentuk file PDF sama ada bacaan rumi dan jawi termasuk terjemahan dan juga audio MP3, anda boleh download di sini secara percuma.

Sila tekan butang di bawah mengikut pilihan yang anda mahukan. Semuanya percuma dan tidak perlu meminta kebenaran. Untuk terjemahan Al-Mulk, anda boleh download semua gambar di atas.


Cara Mudah Untuk Hafal


Selain bacaan rumi yang boleh anda muat turun di atas, dikongsikan juga video surah Al-Mulk dari YouTube untuk mereka yang perlu dihafal bacaan surah ini.

Anda digalakkan membaca Al-Mulk sebelum tidur serta tidak salah jika sekadar mendengar alunan merdu bacaan surah istimewa ini dan lebih afdal jika dibaca dan faham tafsiran ayat.

Sila teliti setiap satu bacaan dalam video ini kerana ia menunjukkan cara menghafal dengan mudah dalam rumi dan jawi termasuk terjemahan English.


Kesimpulan

Berkaitan dengan kisah surah Al-Mulk iaitu Kuasa Pemerintahan yang mana Allah turunkan setiap surah dalam Al-Quran mempunyai bermacam rahmat dan faedah untuk pengamalnya.

Melalui surah ini Allah SWT telah menegaskan tentang kekuasaan-Nya yang mutlak tiada tolok bandingan serta turut menguasai setiap satu pemerintahan di dunia sehingga ke hari akhirat.

Sesiapa yang membacanya maka orang itulah beruntung kerana setiap kebaikan yang terdapat di dalam surah ini dikurniakan oleh Allah SWT seperti dijanjikan.

Semoga perkongsian surah Al-Mulk rumi dan jawi (latin) termasuk dengan terjemahan Bahasa Melayu ini akan dapat membantu anda atau adik-adik yang sedang belajar. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog