Surah Al-Ikhlas adalah surah yang ke 112 dalam Al-Quran yang juga tergolong dalam surah Makkiyah di mana ia diturunkan di Kota Mekah. Ia turut dikenali sebagai Surah Al-Tauhid mempunyai banyak fadhilat, khasiat dan kelebihan yang tersendiri.
Kelebihan Surah Al-Ikhlas sangat tinggi nilainya malahan fadhilat dalam surah ini menyamai sepertiga Al-Quran. Manakala Al-Ikhlas pula membawa makna 'kesucian' atau 'penulenan' yang bermaksud kekal suci dan setia atau pun di mana keadaan membersihkan jiwa seseorang daripada kepercayaan bukan agama Islam.
Surah ini turut dikenali sebagai Surah Pelindung di mana ia mengisahkan tentang Bilal Bin Rabah dimana ia telah diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga dia berulangkali menyebut "Ahad!, Ahad!" ia bermaksud Tunggal merujuk kepada Allah SWT.
Fadhilat & Kelebihan Surah Al-Ikhlas
Dalam beberapa riwayat yang diterangkan oleh para ahli tafsir, pada asalnya surah ini diturunkan adalah kerana orang-orang Musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW untuk jelaskan kepada mereka bagaimana Tuhanmu itu, emaskah dia atau tembagakah dia?
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Tarmidzi daripada Ubay Bin Ka'ab, sememangnya ada orang Musyirikin yang meminta kepada Rasulullah supapa menghuraikan nasab iaitu keturunan atau sejarah Tuhannya itu. Lalu, datanglah surah yang amat tegas ini tentang Allah SWT.
Maksud & Terjemahan Surah Al-Ikhlas
Surah yang mempunyai banyak fadhilat dan kebaikan ini, sepatutnya kita jadikan rutin dan amalan harian. Malahan, jika dibaca tiga ganjarannya seperti membaca Al-Quran sekali khatam.
Antara keutamaan dan fadhilat yang baik seperti yang dikongsikan di laman Facebook ini, wajib kita ambil perhatian serta harus amalkan setiap hari, antaranya seperti berikut:
1. Mengusir Iblis dan Syaitan
Iblis dan syaitan akan berlari keluar dari tubuh badan kita atau yang berada di sekeliling kita seperti cacing yang kepanasan sekiranya kita membaca surah ini untuk memulakan apa saja pekerjaan.
Bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika sebelum masuk ke rumah sambil melangkah dengan kaki kanan diikuti dengan bacaan Bismillah serta berikan salam kepada penghuni rumah walau tiada sesiapa di dalamnya.
Membaca surah ini sewaktu ingin memasuki ke dalam rumah juga menghindari para penghuni rumah serta jiran-jirannya daripada kefakiran, papa kedana atau kemiskinan.
2. Sebahagian Daripada Al-Quran
Dari Imam Bukhari yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri: Seseorang yang mendengar bacaan Surah Al-Ikhlas secara berulang-ulang di dalam masjid.
Pada esoknya di waktu pagi, dia datang kepada Rasulullah SAW serta menyampaikan perkara tersebut kerana dia menyangkakan bacaan itu seperti tidak lengkap dan salah. Rasulullah SAW bersabda:
3. Seperti Khatam Al-Quran
Sesiapa yang baca Surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya memperolehi ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi, maknanya jika kita membaca surah ini tiga kali, ganjaran diperolehi seperti satu Al-Quran, seolah khatam.
"Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka ia seakan-akan telah membaca Al-Quran keseluruhannya." (Hadis Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa membaca 'Qul huwAllahu Ahad' sebanyak 3 kali, dikurniakan padanya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam."
4. Pahala Membaca Surah Al-Ikhlas
5. Penebus Diri
Kelebihan Surah-Ikhlas 1000 kali bacaan, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah SWT.
"Sesiapa yang boleh atau mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali bererti ia telah menebus dirinya dari neraka."
6. Diampunkan Dosanya Oleh Allah SWT
Sesiapa yang sentiasa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali akan mendapat ganjaran dengan diampuni dosa-dosanya selama 50 tahun.
7. Selamat Di Alam Barzakh
8. Balasan Syurga
Kisah Surah Al-Ikhlas
Sebuah kisah berkait dengan Surah Al-Ikhlas di mana ia terjadi pada zaman lampau iaitu ketika seorang lelaki meninggal dunia. Betapa sedihnya kedua ibu bapanya yang amat mengasihi lelaki berkenaan.
Dijadikan cerita pada malam selepas anak mereka dikebumikan, ayahnya telah bermimpi melihat anaknya telah diseksa di dalam neraka Jahanam.
Pada malam kedua pula si ayah sekali lagi bermimpi lagi melihat anaknya ketika itu sedang bersukaria di dalam syurga. Kemudianya, si ayah bertanya ketika dalam mimpi itu pada si anak:
"Semalam ayah melihat kau di dalam neraka, mengapa pada malam ini engkau berada di dalam syurga pula?"
Kemudian si anak terus menjawab pertanyaan si ayah:
"Pada hari ini ada seseorang yang melalui dekat dengan kuburku dan ia menghadiahkan Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali dan pahalanya itu dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah melihat saya berada di syurga sekarang."
Subhanallah, inilah kisah Surah Al-Ikhlas, hanyak sekadar surah yang amat pendek ini dapat memberikan kegembiraan kepada si mati itu tadi. Jadi, sebaiknya marilah kita sama-sama amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah SWT.
9. Dipelihara Keselamatan
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap kali ketika selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut."
Membaca surah Al-Ikhlas dan "Al-Mu'awwidzatain' sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, Insya Allah, kita akan selamat dari bahaya sehingga tiba waktu Subuh dan Asar yang berikutnya.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala sehinggalah ke hari Jumaat yang berikutnya."
Video Ceramah Kebaikan Surah Pelindung
Surah Al-Ikhlas Mp3 Download
Jika anda memerlukan surah ini untuk didengar bacaan melalui audio Mp3, anda boleh download Surah Al-Ikhlas Mp3 ini di sini dengan menekan butang muat turun di bawah. Bacaan surah ini dibaca oleh Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy.
Khasiat Surah Al-Ikhlas
Dalam berbagai hadis jelas menunjukkan bahawa betapa hebat dan agungnya surah ini yang turut menegaskan Kemurnian dan Keesaan Allah SWT. Terlalu banyak khasiat dan kelebihan dalam Surah Al-Ikhlas jika hendak dihuraikan, antaranya adalah seperti berikut:
1. Tercapai Setiap Niat dan Hajat
Baca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali setiap kali selepas selesai solat Subuh dan Maghrib, berdoalah dan memintalah apa saja yang dihajati kepada Allah. Insya Allah setiap hajat itu pasti akan dimakbulkan Allah.
Jika dibacanya 1000 kali, nescaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam syurga.
Seperti yang dikongsikan di laman Facebook, menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata:
"Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain."
Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu?
Jibril menjawab:
"Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, rukuk dan berjalan."
2. Penawar Berbagai Penyakit
Sekiranya diamalkan dengan membaca Surah Al-Ikhlas sebayak 3 kali setelah selesai solat fardhu setiap hari, kita sebenarnya mengubati diri kita sendiri sepertimana yang dikatakan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Surah Al Ikhlas adalah penawar segala jenis penyakit (Rohani dan Jasmani)." - HR Ibnu Majah R.A.
3. Menghindari Dari Kesulitan dan Kesukaran
i) Sekiranya dibaca dengan 3 surah ini iaitu Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pada waktu pagi dan petang, nescaya anda tidak akan mengalami sebarang kesulitan, kesusahan dan kesukaran.
ii) Begitu juga jika dibaca 3 kali sebelum terbitnya matahari dan tiga kali selepas terbenamnya matahari, insya Allah, Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan dan kezaliman.
4. Menundukkan Orang Yang Kejam & Zalim
Sila baca Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali setelah menunaikan solat fardhu, seterusnya bacakan bacaan doa yang berikut:
"Sesungguhnya aku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh...(sebutkan nama orang tersebut) yang zalim itu." Insya Allah akan berhasil.
5. Dijauhi Dari Ketamakkan Orang Lain
Bacakan lafaz "Ya Shamad" sebanyak 133 kali pada setiap hari. Insya Allah kita akan selamat daripada orang-orang yang jahat, rakus dan berniat untuk menganiayai kita.
6. Mengurangkan Rasa Lapar dan Haus
Untuk menghindari rasa lapar dan dahaga, lebih-lebih lagi jika anda dalam keadaan bermusafir atau kesukaran untuk mendapatkan makanan atau minuman di mana saja.
Bacalah Surah Al-Ikhlas dan seterusnya dengan lafaz 'Ya Shamad' sebanyak-banyaknya, Insya Allah, kesusahan dan kepayahan atau letih serta lapar dan dahaga akan hilang dengan sendiri menjadikan badan lebih kuat dan bertenaga.
7. Menghindarkan Dari Segala Bala & Bencana
Bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali di waktu antara solat Maghrib dan Isyak setiap hari. Insya Allah, berkat daripada bacaan dan amalan ini, semua segala bala dan bencana dapat dihindari.
8. Mendapat Kebaikan Dunia & Akhirat
Amalkan Surah Ikhlas setiap hari setelah selesai solat fardhu dan jadikan ia amalan wajib. Insya Allah berkat bacaan doa dari surah ini kita pasti akan mendapat kebaikan di dunia dan juga di akhirat nanti.
9. Terhindar Dari Fitnah dan Siksa Kubur
Sekiranya surah ini dibacakan kepada seseorang yang sedang sakit atau nazak dan seandainya pada hari yang sama dia meninggal dunia, insya Allah, orang itu akan diselamatkan dari segala fitnah dan seksa kubur.
10. Pelbagai Guna
Jadikan amalan dengan membaca sebanyak 100 kali setiap selepas selesai solat Maghrib atau tanpa mengira waktu, insya Allah terlalu banyak khasiat dan kelebihan Surah Al-Ikhlas ini, antaranya adalah:
- Pendinding atau pagar diri
- Sihat tubuh badan, sebagai supplement, vitamin zahir dan batin
- Dijauhi sihir dan santau
- Dimurahkan rezeki
- Penawar segala penyakit iaitu umpama ubat
- Membuka hijab
- Melindungi diri daripada penzinaan
- Menyuci dan membersihkan hati dan jiwa kita
Semoga perkongsian tentang Surah Al-Ikhlas berserta fadhilat dan kelebihan surah yang amat hebat ini akan membantu anda lebih bersemangat untuk mengamalkannya. Semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT. - Bukit Besi Blog