Senarai Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Sembilan

Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Sembilan

Dikongsikan maklumat lengkap senarai Pejabat Agama Islam Daerah di Negeri Sembilan berserta alamat lokasi terdekat bagi setiap kawasan, nombor telefon, Al-Fadhil Qadhi iaitu Jurunikah atau Tok Kadi mengikut cawangan.

Senarai Lokasi Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Sembilan


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(JHEAINS), Bangunan MPS Lama,
Jalan Yam Tuan,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan.

Contact Number
06-766 4100

Fax Number
06-766 4201

E-mel: korporat.jheains[at]ns.gov.my

Portal Rasmi

http://jheains.ns.gov.my/

Lokasi Ibu Pejabat (Google Map)


Pejabat Agama Islam Daerah Seremban
70990 Seremban,
Negeri Sembilan.

No Tel : 06-7672895
No Faks : 06-7671987
GPS Coordinate :2.723361, 101.942858

Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson
71000, Port Dickson,
Negeri Sembilan.

No Tel : 06-6462418
No Faks : 06-6461400
GPS Coordinate :2.526032, 101.811160

Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah
Kuala Pilah,
72000, Negeri Sembilan.

Pejabat Agama Islam Daerah Nilai
Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak,
Sungei Ujong,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

No Tel : -
No Faks : 06-7671987
GPS Coordinate :2.821828, 101.788674

No Tel : 06-4821029
No Faks : 06-4810290
GPS Coordinate :2.745778, 102.247583

Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu
Kuala Klawang,
Jelebu, 71600,
Negeri Sembilan.

No Tel : 06-6136276
No Faks : 06-6136601
GPS Coordinate :3.0680023, 102.1174368

Pejabat Agama Islam Wilayah Lenggeng
71700 Lenggeng,
Negeri Sembilan.

GPS Coordinate :2.882094, 101.928487

Pejabat Agama Islam Daerah Tampin
73000 Tampin,
Negeri Sembilan.

No Tel : 06-4421300
No Faks : 06-4431909
GPS Coordinate :2.473722, 102.225905

Pejabat Agama Islam Daerah Jempol
Bandar Baru Serting,
72120, Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan.

No Tel : 06-4581442
No Faks : 06-4581436
GPS Coordinate :2.896937, 102.403006

Pejabat Agama Islam Wilayah Gemas
Gemas, 73400,
Negeri Sembilan.

No Tel : 07-948 2001
No Faks : 07-948 2001
GPS Coordinate :2.579966, 102.594089

Pejabat Agama Islam Wilayah Durian Tipus
Jelebu, 70220
Negeri Sembilan.

No Tel : 06-6136276
No Faks : 06-6136601
GPS Coordinate :3.100874, 102.220666

Pejabat Agama Islam Daerah Rembau
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.

No Tel : 06-6851276
No Faks : 06-6854121
GPS Coordinate :2.589441, 102.095409

Pejabat Agama Islam Wilayah Johol
73100 Johol,
Negeri Sembilan.

No Tel : 06-4367299
No Faks : 06-4810290
GPS Coordinate :2.557163, 102.257469

Peranan dan Fungsi


Melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di peringkat daerah serta bertanggungjawab dalam pengurusan agama Islam Negeri Sembilan juga sebagai pelaksana kepada dasar yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri ini iaitu:

1. Perlaksanaan program dakwah dan pengurusan pendidikan Agama Islam

Memberi dan mendedahkan pendidikan kepada semua masyarakat supaya berpegang teguh kepada ajaran agama Islam menerusi program-program dakwah berserta menyeru masyarakat secara keseluruhan ke arah penyatuan dan perpaduan.

2. Pengurusan nikah kahwin, cerai dan rujuk serta pembangunan keluarga Islam

Mengukuhkan peranan institusi kekeluargaan Islam melalui bimbingan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan turut memastikan sesebuah keluarga dibina mengikut hukum dan syariah.

3. Pengurusan dan pengimarah masjid dan surau

Memastikan semua urusan pentadbiran masjid dan surau di kawasan dan daerah berjalan dengan baik serta melaksanakan program-program yang boleh memupuk kecintaan dan kasih sayang masyarakat untuk mengimarahkan masjid dan surau serta mengukuhkan perpaduan ummah.

4. Penyelidikan dan kajian akidah serta syariah

Membuat kajian berkaitan dengan isu-isu semasa dalam bidang akidah dan syariah, memaklumkan setiap hasil kajian kepada masyarakat sebagai satu usaha untuk membendung penularan pengamalan ajaran-ajaran sesat yang bertentangan dengan syariah Islam.

5. Penguatkuasaan undang-undang syariah dan pendakwaan

Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah yang berkuatkuasa di semua daerah. Ianya bukanlah sekadar berbentuk sejenis hukuman tetapi juga turut memberi penerangan serta pemahaman kepada masyarakat berkaitan dengan agama Islam.

Perkhidmatan di PAD

Berbagai jenis perkhidmatan berkaitan dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang boleh didapati di JHEAINS berserta cawangan-cawangan PAD mengikut daerah yang berhampiran dengan anda, antaranya adalah seperti berikut:

  • Perkahwinan
    • e-Munakahat Online
    • Peraturan Kursus
    • Kursus Pra Perkahwinan
    • Panduan Pemeriksaan Bakal Pengantin
    • Permohonan Perkahwinan
    • Kad Akuan Nikah
    • Khidmat Nasihat Keluarga
  • Permohonan Saudara Baru
  • Permohonan Sijil dan Logo Halal
  • Permohonan Tauliah Mengajar
  • Sekolah dan Madrasah
  • E-Iktisas dan Lain-Lain

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Sembilan Darul Khusus, anda boleh terus menghubungi melalui nombor telefon yang disertakan atau boleh terus pergi ke cawangan yang berdekatan untuk maklumat lanjut. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog