Doa Nabi Yunus Penawar Musibah & Bebas Dari Kesulitan (Rumi)

Doa Nabi Yunus rumi

Mungkin masih ada yang tidak tahu apakah maksud, kelebihan dan khasiat yang terdapat dalam Doa Nabi Yunus sekiranya kita mengamalkan dan menjadikan ia sebagai zikir atau istighfar rutin dalam kehidupan seharian.

Sebenarnya, terlalu banyak fadhilat dan kebaikan yang ada dalam doa Nabi Yunus ini yang sukar untuk dihuraikan satu persatu. Walau bagaimanapun, diringkaskan serba sedikit hasil perkongsian dari mereka yang lebih arif.

Mengikut kefahaman saya sendiri, doa ini bukan sahaja mampu jadi penawar hilangkan kesempitan hidup, bebas hutang, dimudahkan urusan malahan juga untuk ibu mengandung atau bersalin dan ia amat sempurna untuk segala hajat dunia dan akhirat.

Difahamkan, sesiapa pun yang sering membaca istighfar Nabi Yunus ini, segala doa dan permintaannya akan dimakbulkan. Walau bagaimanapun, kita harus amalkan dengan bersungguh-sungguh dan lafazkan seberapa banyak yang boleh.

Doa Nabi Yunus Rumi & Jawi


kelebihan doa nabi yunus rumi

Doa yang berkisah tentang peristiwa bagaimana ketika Nabi Yunus AS telah berdepan dengan musibah iaitu ditelan oleh ikan Nun sewaktu Nabi Yunus naik kapal bersama dengan kaumnya.

Kapal yang dinaikinya telah dipukul dengan ombak yang besar menyebabkan semua yang menaiki kapal tersebut terasa amat takut dan bimbang ia akan karam ke dalam lautan dalam kerana amat berat.

Disebabkan itu, akhirnya mereka membuat undi untuk ringankan beban kapal dengan membuang salah seorang daripada mereka ke dalam laut. Selepas undian dibuat, Nabi Yunus telah dipilih selepas pengundian dilakukan.

Walau bagaimanapun, semua tak bersetuju dan tak mahu Nabi Yunus yang dibuang dan akhirnya mereka buat undian sekali lagi. Namun, masih lagi nasib kepada Nabi Yunus walau pun undi pada kali ketiga.

Doa Nabi Yunus yang ditelan ikan Nun ini juga telah disebut dalam sebuah hadis sepertimana yang diceritakan oleh JAKIM yang mana ianya daripada Saad bin Abi Waqas RA berkata Nabi SAW bersabda:

maksud la ilaha illa anta

Mungkin ada yang tak tahu bahawa setiap ucapan zikir dan doa malahan setiap ibadat yang kita lakukan seperti solat dan membaca Al-Quran, doa kita pasti diangkat ke langit.

Namun, doa kita belum tentu seperti itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi kita perlu sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah agar dimakbulkan semua doa.

Doa Nabi Yunus terbukti Allah memakbulkannya apabila kisah dan peristiwa berserta dengan amalan zikir yang dilakukannya telah menjadi inspirasi dan ikutan sehingga ke zaman sekarang.

Doa Nabi Yunus telah diangkat sehingga ke langit ketujuh bermula dari langit yang pertama dan seterusnya sehingga ke akhir. Diceritakan, Nabi Yunus amat dikenali di seluruh penduduk langit.


Malahan suaranya dan ucapan zikir yang dilafazkan amat dikenali oleh semua malaikat. Walau bagaimanapun, para malaikat pelik kerana zikir yang dibacakan itu datangnya dari dalam dasar laut.

Oleh itu, sebagai manusia biasa, kita jangan sesekali berhenti berdoa dan memohon petunjuk serta merayu kepada Allah. Panjatkanlah doa agar semua harapan kita dikabulkan.

Ini lebih jelas, apabila Allah telah merakamkan bagaimana keadaan zikir Nabi Yunus dalam Al-Quran dan menyatakan sekiranya Nabi Yunus tidak banyakkan zikirnya, maka baginda pasti tak akan diselamatkan oleh Allah.

Siapalah kita nak dibandingkan dengan Nabi Yunus, jadi haruslah kita sentiasa beringat serta melazimi bacaan doa dan amalan zikir. Kerana semua makhluk dan ciptaan Allah di bumi sentiasa berdoa dan berzikir kepada Allah.

Kelebihan Doa & Zikir Nabi Yuunus


Betapa mustajab doa ini telah dibuktikan dengan beberapa hadis lagi yang sering dikongsikan di media sosial Facebook oleh orang ramai dan salah satu daripadanya seperti berikut:

1. Nabi Muhammad SAW begitu memuji doa Nabi Yunus yang dilafazkan Baginda ketikan menghadapi kesulitan. Doa itu dibaca dengan lafaz dalam rumi iaitu:

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin. (HR al-Tirmizi)

2. Melalui hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Nabi Muhammad SAW ada berpesan, sesiapa yang berdoa dengan bacaan doa ini, maka Allah akan makbulkan doa-doa mereka.

doa nabi yunus dalam perut ikan nun

3. Apa yang pelik adalah doa Nabi Yunus ini seolah tidak terlihat sebagai doa kerana dilihat tiada lafaz "Allahumma" serta tiada sebutan "Ya Rabbi."

Jika anda perhatikan dengan betul, bacaan doa ini sekadar manifestasi dari seorang hamba Allah yang menyucikan dan mengesakan Allah. Inilah yang dikatakan intipati satu doa yang paling terbaik.

4. Doa terbaik adalah sebuah doa yang mempunyai elemen istighfar, tauhid dan tasbih. Kesemua elemen tersebut terkandung dalam doa Nabi Yunus.

Ini menunjukan bahawa diri kita seorang hamba dan manusia biasa amat memerlukan segala bantuan dan pertolongan dari Allah SWT. Bukan itu sahaja, ia merangkumi segalanya dan kita semua diciptakan oleh Allah dan kita memerlukanNya.

Nabi Yunus AS adalah seorang Nabi yang sangat mulia yang telah diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing semua kaumnya ke arah kebaikan dan jalan kebenaran.

Nama sebenar Nabi Yunus AS ialah Yunus Bin Mata atau pun Zun Nun. Baginda selalu mengingatkan semua kaumnya agar berbuat baik serta mengajak mereka untuk menyembah Allah.

Malahan, Baginda turut menasihati dan juga menceritakan kepada mereka tentang betapa azab dan dahsyatnya hari Kiamat, neraka dan syurga yang indah.

Sayangnya, semua nasihat Nabi Yunus tidak dipedulikan kaumnya. Malahan tiada seorang pun daripada mereka yang beriman kepada Allah dari golongan kaum tersebut.

Sehinggalah pada suatu hari Nabi Yunus sangat marah kepada kaumnya kerana mereka langsung tidak mahu beriman dan mengikut segala ajaran dan nasihatnya.

Disebabkan itulah Nabi Yunus meninggalkan mereka dan menaiki sebuah kapal sebelum tercampak ke dalam laut serta dimakan oleh seekor ikan Nun yang sangat besar.

Ketika Nabi Yunus berada di dalam perut ikan, Baginda menyangkakan dia telah meninggal dunia dan cuba gerakkan semua pancaindera dan tubuh badannya yang dilihat masih bergerak.

Dengan itu, Baginda tahu bahawa dirinya masih hidup walaupun berada dalam kegelapan yang amat sangat dan sukar untuk digambarkan. Betapa gelapnya suasana tersebut adalah seperti diceritakan:

  • Terlalu gelap dalam perut ikan paus
  • Kegelapan yang menyelubungi dasar lautan
  • Kegelapan malam yang hitam dan pekat

Dek kerana peristiwa itu terjadi, akhirnya Nabi Yunus AS menangis kesedihan lalu bertasbih kepada Allah SWT.

Ketika itulah hatinya tergerak untuk bertasbih kepada Allah lalu dilafazkan dengan doa tersebut yang disebut sebagai doa Nabi Yunus sepanjang zaman sehingga waktu sekarang.

Inilah antara salah satu doa yang paling mustajab untuk menghindari dari kesempitan, kesulitan dan kesedihan. Dengan penuh sabar bertasbih dan merayu kepada Allah tanpa henti agar diperkenankan doanya.

Semasa berada dalam perut ikan paus, Baginda langsung tidak makan dan hanya berpuasa serta berbuka puasa dengan bacaan tasbih sahaja. Tasbih dan zikir yang dibacakan diiringi dengan tangisan dan kesedihan.

Kehebatan tasbih Nabi Yunus terbukti apabila seluruh makhluk yang hidup di dalam dasar laut seperti ikan-ikan dan semua tumbuh-tumbuhan turut mendengar tasbih yang dibacakan Baginda.

Semua makhluk tersebut tahu bahawa tasbih tersebut dibacakan dari dalam perut ikan dan mereka semua telah berkumpul di kawasan ikan paus tersebut serta turut bersama-sama bertasbih kepada Allah SWT.

Ikan paus yang telah menelan Nabi Yunus dapat mendengar dengan jelas suara-suara tasbih tersebut walaupun ia dibacakan dengan bahasa dan cara mereka yang tersendiri.

Dek kerana riuh rendah bunyian bacaan itu, akhirnya ikan paus itu terbangun dan melihat seperti satu pesta yang amat besar di dasar laut yang didatangi oleh berbagai makhluk dan ikan-ikan.

Baca : Doa Mudah Bersalin Untuk Ibu Mengandung

Malahan segala batu-batuan dan pasir turut sama membaca tasbih kepada Allah SWT. Dari situlah ikan paus tersebut sedar yang dia telah termakan seorang Nabi iaitu Nabi Yunus.

Dalam pada itu, Allah tahu bagaimana ketulusan dan keikhlasan taubat daripada Nabi Yunus AS dan telah menurunkan satu perintah kepada ikan tersebut supaya keluarkan Nabi tersebut di permukaan laut dan di sebuah pulau yang Allah tentukan.

Akhirnya, ikan yang amat taat kepada Allah SWT telah dimuntahkan dan ketika itu Nabi Yunus sedang tenat kerana sakit dengan keadaan badan yang amat panas.

Ketika itulah, sinar matahari telah menyinari dan menyentuh badan Baginda. Lalu, Allah menciptakan pohon Yaqthin iaitu sejenis labu dengan daun-daunnya yang sangat lebat agar dapat melindungi Baginda dari panas matahari.

Allah SWT telah sembuhkan sakit Nabi Yunus serta turut mengampuni dosa dan memakbulkan doa Baginda yang sentiasa berdoa pada ketika dalam kesukaran.

Allah turut menyatakan bahawa, sekiranya bukan kerana tasbih dan doa yang dibacakan Nabi Yunus, nescaya ia tentunya akan terus berada di dalam perut ikan paus tersebut sehingga Hari Kiamat.

Kisah ini turut direkodkan dalam Al-Quran dan Allah telah berfirman dalam Surah As-Saffat Ayat 139-148 dan juga melalui Surah Al-Anbiya Ayat 87-88.



Mengapa tidak kita amalkan? Semoga perkongsian kelebihan doa Nabi Yunus rumi dan jawi yang mustajab ini dapat memberikan sedikit pengetahuan kepada anda yang sedang mencari maklumat berkaitan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog