Doa Mudah Bersalin Normal & Surah Untuk Bayi Dalam Kandungan

Doa mudah bersalin

Setiap ibu hamil digalakkan mengamalkan bacaan atau doa mudah bersalin sewaktu bayi masih dalam kandungan supaya ketika ingin melahirkan akan dipermudahkan dengan cepat berkat amalan membaca ayat-ayat suci surah Al-Quran dan zikir harian.

Doa adalah senjata orang Mukmin dengan mengamalkan doa mudah bersalin sejak dari mengandung sehinggalah menanti bayi lahir, pasti proses kelahiran menjadi senang, kurangkan sakit atau secara normal tanpa sebarang pembedahan iaitu czer.

Memang tak dinafikan sakit ketika nak bersalin umpama berperang dengan maut yang tidak dapat digambarkan betapa seksanya untuk melahirkan anak. Semua wanita yang hamil sudah tentu akan melalui pengalaman ini.

Kebiasaannya ibu hamil hanya membaca Surah Maryam untuk dimudahkan bersalin serta doa Nabi Yunus menjadi pilihan ramai tanpa amalkan amalan lain seperti zikir dan ibadah lain.

Doa Agar Mudah Bersalin Untuk Ibu Amalkan


Di sini dikongsikan beberapa doa yang diambil daripada ayat-ayat Al-Quran yang dapat dipermudahkan proses kelahiran sekiranya anda sentiasa amalkan sejak dari awal hamil sehingga waktu nak bersalin nanti.

Walau bagaimanapun, anda disarankan menghafal dan mempraktiskan semua bacaan doa-doa tersebut termasuk berniat agar semua surah yang anda baca itu akan terus terlekat di dalam hati anak yang dikandungkan agar anak itu soleh dan solehah.

Surah Maryam Ayat 26

Doa dipermudahkan bersalin czer atau normal

Surah Ali Imran Ayat 38

Zikir dan Doa nabi yunus memudahkan kelahiran untuk suami

Surah Faatir Ayat 11

Petua mudah bersalin dengan cepat bukaan

Surah An Nahl Ayat 78

Surah untuk bayi dalam kandungan dan ibu bersalin dalam rumi

Surah Al Anbiya Ayat 79

Doa melahirkan anak dengan mudah

Antara Surah-Surah Untuk Ibu Hamil

Sepertimana yang kita ketahui, semua ayat suci Al-Quran mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri serta terbukti berkesan untuk apa juga yang kita inginkan dengan hanya mengamalkan serta membacanya dijadikan amalan harian.

Berikut senarai surah-surah yang boleh semua ibu mengandung amalkan sejak dari awal mengandung sehinggalah saat-saat untuk bersalin. Sebaiknya dibacakan setiap hari berserta dengan solat lima waktu termasuk ibadah-ibadah lain seperti sedekah dan sebagainya.

Insya Allah, dengan izin Allah, pasti waktu anda ingin melahirkan bayi comel itu pasti akan dipermudahkan serta anda akan dikurniakan anak lelaki atau perempuan yang baik akhlak dan peribadinya.

  • Surah Yusuf
  • Surah Luqman
  • Surah Yasin
  • Surah Al Imran
  • Surah Al Hujurat
  • Surah Al Baqarah
  • Surah Ibrahim

Zikir Untuk Anak Dalam Kandungan


Surah Untuk Bayi Dalam Kandungan Ibu


Baca : Petua Cepat Hamil Dalam Islam

Kepentingan Suami Temani Isteri Bersalin

Suami juga mempunyai peranan penting ketika isteri sedang dalam proses untuk melahirkan bayi. Selain isteri, suami juga boleh amalkan doa untuk isteri ini berserta dengan amalan-amalan yang dinyatakan di atas.

Dengan adanya suami di sisi isteri tidak mengira masa dan tempat, pasti sedikit sebanyak dapat membantu isteri serta menenangkan hati dan juga memberi semangat kepadanya.

Selain semua amalan doa di atas, ibu mengandung boleh juga lakukan beberapa perkara berikut ketika hamil supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sepertimana semua ibu bapa impikan.

  • Bersyukur kepada Allah dengan rezeki yang diberikan.
  • Sentiasa dekatkan diri dengan Al-Quran dan zikir selalu.
  • Ibu bapa harus tinggalkan apa saja perbuatan yang tidak baik termasuklah kegiatan maksiat atau rezeki haram untuk keluarga.
  • Sentiasa meminta kepada Allah supaya dimakbulkan anak yang soleh dan solehah.

Tips Mudah Bersalin Secara Normal

Berikut dikongsikan juga beberapa petua dan tips untuk memudahkan ketika ibu hamil yang ingin bersalin. Perkongsian daripada Facebook ini sememangnya terbukti berkesan.

1. Kerapkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu. Apabila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

2. Boleh gunakan teknik hypn0-birthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin ketika di akhir kehamilan.

4. Bagi suami pula, boleh maafkan kesemua dosa isteri.

5. Menyibukkan diri dengan membuat apa saja kerja rumah.

6. Ada dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Bacakan ayat-ayat Al-Quran ketika terasa sakit nak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

8. Cuba untuk buang air dengan kerap kerana kantung yang tak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

9. Amalkan minum minuman yang berkhasiat semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan kerana ia memudahkan proses bersalin nanti.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :

  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  • Angkat kepala, dagu cecah bahu.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata).
  • alin d Tangan pegang buku lali kaki.
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat badan.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby)

Sebenarnya, masih banyak zikir, ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan doa untuk mudah bersalin. Walau bagaimanapun, surah-surah yang dikongsikan di atas adalah antara yang biasanya diamalkan oleh ramai suami isteri dan ibu bapa.

Tidak menjadi satu kesalahan jika ibu mengandung mengamalkan bacaan doa bersalin dalam rumi atau Bahasa Melayu sekiranya tidak tahu membaca jawi atau Arab. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti.

Semoga perkongsian doa mudah bersalin untuk ibu hamil ini dapat membantu serta dimudahkan untuk menghadapi saat kelahiran bayi yang dinanti-nantikan itu. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog