Mempunyai zuriat adalah impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih ada suami isteri yang tidak mempunyai anak walaupun telah bertahun lamanya berumahtangga.
Zuriat adalah cahaya mata yang akan menyerikan lagi hubungan suami dan isteri dalam sesebuah keluarga. Jika mempunyai anak pasti lengkaplah setiap perhubungan yang diikat dalam sebuah perkahwinan.
Sekiranya anda adalah salah seorang suami atau isteri sehingga sekarang tidak mempunyai keturunan sendiri, janganlah berputus asa kerana masih ada cara untuk mendapatkan anak sama ada berikhtiar atau memohon kepada Allah SWT.
Walau bagaimanapun, berbagai faktor yang perlu diambil kira untuk mencapai impian dengan mempunyai zuriat sendiri sama ada dari segi kesihatan, kesukaran isteri untuk hamil atau masalah di sebelah suami.
Tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain dan sebaiknya carilah jalan penyelesaian untuk bersama-sama mendapatkan zuriat dengan cara mengikut petua tradisional atau dengan kaedah moden serta berjumpa doktor pakar.
Petua Cepat Hamil Dalam Islam
Berikut adalah antara petua untuk dapatkan anak dengan cepat hasil perkongsian daripada Ustaz Hanafiah yang menyarankan sesiapa yang inginkan zuriat boleh mengamalkan petua ini.
Hari Pertama
Sekilo kurma yang kering dan liat, jangan ambilkan kurma yang lembik kerana ia tidak akan menjadi.
Cara-caranya
Suami harus mengambil segenggam kurma yang dibeli diikuti dengan isteri juga satu genggam kurma.
Buangkan bijinya seterusnya masukkan kurma tersebut ke dalam blender atau mesin pengisar.
Campurkan dengan satu liter air susu kambing dan kisar sehingga hancur atau lumat.
Suami isteri perlu minum air tersebut separuh seorang iaitu dibahagikan kepada dua. Kemudiannya air kurma yang dikisar itu perlu dihabiskan dalam masa satu hari.
Hari Kedua dan Seterusnya
Suami isteri perlu makan kurma sebanyak 7 biji dan pastikan ia liat dan kering pada setiap pagi. Diingatkan jangan makan kurma yang lembik dan anda harus diminum bersama susu kambing segar.
Buah kurma tersebut boleh dimakan secara sekaligus atau berselang-selang, walau bagaimanapun ia perlu juga dihabiskan dalam masa sehari.
Baca : Makan Buah Zuriat Untuk Cepat Hamil
Surah Maryam Ayat 1 Sehingga 12
Petua Dapat Anak Cara Tradisional
Setiap kali mengamalkan petua ini, anda diwajibkan membaca doa daripada Surah Maryam ayat 1 sehingga ayat 12 supaya niat untuk mendapatkan zuriat tercapai dengan bantuan Allah SWT.
Seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Hanafiah melalui ceramahnya, petua ini harus diamalkan dalam jangka masa setahun dan biasanya dalam 3/4 bulan sudah memadai.
Anda digalakkan menggunakan seliter susu kambing segar kerana ia dikatakan lebih afdhal dan mujarab untuk dimakan bersama-sama buah kurma.
Menurut beliau lagi, terkadang seseorang itu tidak mendapat zuriat atau tidak mengandung bukanlah kerana mandul tetapi rahim wanita diganggu oleh jin yang berteduh.
Baca : Doa Supaya Anak Soleh dan Solehah
Disebabkan itulah, anda disarankan minum susu kambing kerana ia dikatakan musuh kepada makhluk jin yang tidak menyukainya.
Petua hamil guna cara tadisional yang mujarab ini termasuk mengamalkan ajaran Islam telah dilakukan oleh ramai pasangan yang tiada zuriat dan ingin mendapatkan anak akhirnya berjaya mengandung setelah mengamalkannya dengan usaha tanpa jemu.
Semoga perkongsian petua cepat hamil serta beberapa tips untuk mendapatkan zuriat akan dapat membantu semua pasangan suami isteri yang mengimpikan seorang bayi comel dalam keluarga akan menjadi kenyataan, Insya Allah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog