Buah zuriat amat dikenali di negara Arab dan jadi tumpuan rakyat Malaysia yang menunaikan Haji dan Umrah. Buah yang dikenali sebagai Dom atau Doum di kota suci Mekah ini dicari oleh mereka yang inginkan anak atau kaum ibu yang ingin hamil.
Buah zuriat juga dipanggil sebagai buah Hawa atau buah Adam yang mempunyai kelebihan dan khasiat yang tersendiri serta dikatakan boleh mengatasi masalah kesuburan kepada semua kaum lelaki dan wanita yang bermasalah.
Selain itu ia mampu meningkatkan peluang untuk mengandung serta amat baik untuk kesihatan dan juga kebaikan untuk suami isteri yang sukar untuk mendapatkan anak walaupun telah lama berkahwin.
Buah yang dikatakan berasal dari Mesir dan Sudan ini juga bernama sebagai Hyphaene Thebaica dalam bahasa saintifik dan ia sememangnya sangat banyak dijual di Arab Saudi termasuk Mekah dan Madinah.
Dalam Islam, kelebihan buah ajaib yang mampu menyihatkan tubuh badan mereka yang memakannya ada tercatat di dalam Al-Quran yang jelas terbukti keberkesanannya untuk sesiapa sahaja yang ingin mempunyai zuriat.
Malahan manfaat dan khasiat yang banyak terdapat di dalamnya seperti menyihatkan jantung, kandungan antioksidan yang sangat, vitamin B yang terbaik dan sebagainya terus menjadi pilihan ramai di seluruh dunia.
Manfaat Buah Zuriat Untuk Kehamilan
1. Tingkatkan Kesuburan
Kebaikan buah zuriat yang paling popular adalah dapat meningkatkan tahap kesuburan untuk kaum lelaki dan perempuan. Malahan ia juga dapat mengurangkan stress sekiranya individu tersebut mengambilnya.
Antara kandungan yang paling banyak dan tinggi dalam buah ini adalah zat antioksidan yang dapat kurangkan kesan buruk akibat radikal bebas yang akan menyebabkan stress dan sebagainya.
Sekiranya pengambilan buah ini setiap hari atau secara rutin, ia dikatakan dapat meningkat kualiti sel telur wanita serta mampu memperbaiki tahap kesuburan selain kitaran haid lebih teratur.
2. Mengatasi Katarak dan Sakit Kepala
Vitamin B atau Riboflavin yang terdapat dalam kandungan buah ini boleh mencegah seseorang itu daripada penyakit katarak yang berkaitan dengan selaput mata serta dapat mengurangkan sakit kepala atau migrain.
3. Menurunkan Kadar Kolestrol
Menurut kajian yang telah dilakukan, kandungan antioksidan yang tinggi terdapat di dalam buah ini mampu mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam badan serta meningkat kadar kolestrol yang baik yang mampu menyihatkan jantung.
Selain untuk mendapatkan zuriat, khasiat buah zuriat ini juga membantu menyembuhkan penyakit serta masalah-masalah yang biasa dihadapi ramai orang seperti dikongsikan oleh laman Petua Mudah Hamil di bawah :
- Meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan wanita
- Menguatkan pangkal rahim
- Merawatkan masalah keputihan
- Mengatasi masalah darah rendah
- Melancarkan peredaran perjalanan darah
- Meningkatkan kualiti benih lelaki
- Melawaskan haid
- Kitaran haid akan teratur
- Merawat tiub tersumbat
- Merawat penyakit Darah tinggi
- Menurunkan kadar gula atau kolestrol
- Mencegah sakit dan lenguh sendi-sendi
Cara Minum Buah Zuriat Untuk Hamil
Kaedah dan cara makan buah zuriat mempunyai banyak cara yang boleh diamalkan, walau bagaimanapun antara cara rebus yang disarankan oleh orang terdahulu yang mencuba buah ini adalah seperti berikut dan juga tutorial menerusi video dari Sis Fatin:
Cara Pertama
Gunakan sudu dengan mengetuk di kawasan sekitar luaran buah tersebut dan tidak perlu dibelah buahnya. Cara tersebut adalah untuk melembutkan kulitnya supaya senang untuk dimakan begitu saja atau dimakan bersama susu.
Cara Kedua
Dikatakan juga oleh sebab buah ini dipanggil buah Adam dan Hawa, mereka merebus sebanyak dua biji buah ini sekaligus. Kemudian setelah direbus ia dibelah dua umpama buah pinang dibelah dua atau berniat untuk mendapatkan anak kembar.
Buah ini juga amat keras dan untuk membelahnya memerlukan tenaga yang kuat. Anda boleh merebus buah zuriat berserta dengan biji dan isirung serta tunggu sehingga air rebusan bertukar menjadi warna seakan air teh.
Anda digalakkan meminumnya selama 44 hari atau sehingga mendapati diri anda hamil. Ia juga perlu diminum oleh suami dan isteri. Diingatkan, anda boleh merebus buah ini berulangkali sehingga air rebusan bertukar putih atau jernih barulah menggantikan buah yang baru.
Cara Ketiga
Cara penyediaan seterusnya adalah perkongsian daripada Al Manna Shop yang menyarankan anda mengambil isirungnya serta rebus bersama dengan 6 gelas air dalam jangka masa selama 30 minit sehinggak air rebusan menjadi 3 gelas dan bertukar warna seperti teh o.
Walau bagaimanapun, rasa air rebusan adalah seperti air teh yang tiada gula. Minum air ini selama sebulan lebih atau 44 hari untuk dua biji buah Hawa ini. Amalkanlah pagi dan malam sehingga anda didapati mengandung.
Doa Ketika Minum Air Buah Zuriat
Sebelum anda meminum atau memakan buah ini dengan niat untuk mendapatkan zuriat dan keturunan atau lebih tepat lagi untuk hamil bagi mendapatkan anak, anda boleh mengamalkan doa Nabi Zakaria seperti yang dikongsikan di bawah.
Pertama sekali anda boleh membaca ayat 89 dari Surah Al Anbiya sebelum minum air rebusan daripada buah zuriat untuk dikurniakan anak dari benih sendiri.
Kemudian diikuti dengan Surah Ali Imran ayat 38 seperti di bawah.
Selepas itu, anda boleh terus membaca ayat yang ke 200 daripada Surah Ali Imran berikut.
Apakah Rasa Air Buah Zuriat
Rasa air buah ini seakan payau dan mungkin sesetengah daripada kita tidak suka dengan rasa begini. Jika belum tahu macamana rasa air rebusan buah ajaib ini, anda disarankan campurkan dengan pati kurma atau pati delima supaya anda boleh meminumnya dengan mudah.
Manakala untuk pantang larang minum air daripada buah ini juga ada iaitu untuk isteri yang sedang dalam keadaan haid dinasihatkan berhenti minum dahulu kemudian disambung semula setelah datang bulan habis.
Walau bagaimanapun, sekiranya haid tidak lawas atau tidak teratur seperti sangkut-sangkut bak kata orang, anda digalakkan untuk terus minum air daripada buah ini kerana ia sangat membantu untuk melawaskan ketika haid.
Baca : Senarai Nama-Nama Bayi Lelaki Huruf A
Cara Untuk Dapatkan Buah Zuriat
Zaman sekarang sangat mudah untuk mendapatkan buah zuriat sama ada mengirim kepada mereka yang pergi ke Mekah, beli di kedai-kedai tertentu dan juga secara online melalui laman Shopee atau Lazada. Ya, ia ada dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
Produk yang berasaskan buah ini juga banyak dijual seperti jus, pil, kapsul, serbuk dan sebagainya. Namun, adalah lebih baik anda dapatkan buah zuriat yang asli tanpa dicampurkan bahan-bahan lain yang belum tentu kebaikannya.
Untuk anda yang sedang mencari buah zuriat dari Mekah yang segar dan asli serta ingin membeli secara online, di sini dikongsikan beberapa sumber pembekal dari laman Shopee dan Lazada. Anda hanya perlu klik dan membuat pembelian menerusi laman tersebut.
Jika anda pernah minum air rebusan buah ini, anda boleh berkongsi pengalaman di sini untuk semua pembaca lain yang belum pernah mencuba ikhtiar untuk hamil dengan menggunakan buah ini. Jika anda tahu tips dan cara rebus buah zuriat dengan betul, boleh juga dikongsikan.
Semoga perkongsian tentang khasiat, kebaikan dan kelebihan serta cara minum buah zuriat ini dapat membantu anda semua yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak dengan cepat. Tidak salah berikhtiar dan selebihnya diserahkan kepada Allah SWT. Insya Allah. - Bukit Besi Blog