Biasanya seseorang wanita yang mengandung pasti akan tertanya-tanya apakah jantina anak dalam kandungan dan apakah tanda samada anak lelaki atau perempuan. Setiap ibu hamil tentunya akan teruja nak dapat baby, terutamanya ibu yang pertama kali merasa kehamilan.
Dek kerana rasa ingin tahu yang amat sangat apakah tanda mengandung jantina anak tersebut, ramai ibu-ibu yang tidak sabar untuk scan jantina bayi yang hanya boleh dilakukan setelah kandungan berusia 18 minggu dan ke atas.
Sebenarnya, walaupun tanpa melakukan scan jantina baby, anda boleh teka atau buat ramalan sendiri berpandukan petua nenek moyang iaitu cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan sama ada bayi perempuan atau bayi lelaki. Tapi macamana nak tahu? Guna kalkulator pun boleh ke?
Banyak cara nak tahu atau ramalan jantina bayi yang boleh dibuat iaitu berdasarkan kalendar cina atau mengikut kepercayaan yang sememangnya amat popular sejak dari zaman dahulu kala dari nenek moyang kita turun temurun.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan, apa yang dikongsikan tentang ramalan untuk mengetahui jantina anak ini adalah sekadar perkongsian dan tiada sebarang bukti saintifik yang mengesahkan ramalan ini betul dan tepat.
Yang pasti, anda mempunyai dua pilihan iaitu sama ada anak lelaki atau perempuan. Walau apa pun jantina anak anda, itulah rezeki yang telah tertulis, yang Allah kurniakan untuk anda sekeluarga bagi menyerikan lagi kehidupan anda suami isteri.
Carta Ramalan Jantina Bayi Kalendar Cina
Untuk menggunakan kalendar cina purba mengikut bulan bagi menentukan kelahiran jantina anak anda, anda perlu mempunyai dua maklumat penting sebelum meneruskan carta ramalan ini iaitu:
Umur mengikut kalendar Cina (Chinese Lunar Age) sewaktu hamil
Bulan kalendar Cina (Chinese Lunar Month) ketika persenyawaan terjadi
Sila klik Kalendar Cina ini sekiranya anda ingin mengira umur anda menggunakan Chinese Lunar Age.
Seterusnya, sila masukkan tarikh lahir anda dan terus tekan pada butang yang disediakan untuk tujuan perkiraan yang tepat.
Setelah anda mengetahui umur anda berdasarkan kalendar cina tersebut, anda bolehlah gunakan kalkulator jantina bayi carta kuno Cina untuk membuat ramalan yang anda nantikan itu.
Seterusnya masuk ke laman berikut Fortune Baby untuk mengetahui jantina bayi anda yang sedang berada dalam kandungan.
Kemudian masukkan angka umur mengikut kalendar cina yang anda gunakan tadi serta masukkan jawapan bulan pertama anda hamil iaitu ketika bulan persenyawaan.
Sebagai contoh: Umur anda mengikut kalendar cina adalah 25 tahun. Manakala hari pertama berakhirnya period sebelum hamil adalah 14 January. Jadi, bulan pertama anda didapati mengandung adalah bulan January iaitu bulan persenyawaan.
Akhirnya keputusan ramalan jantina bayi anda adalah Girl seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Perkiraan umur dan perkiraan menggunakan kalkulator jantina bayi saling berkait. Anda perlu mengira kedua-duanya dan akan dapat jawapan ramalannya.
Tapi, perlu diingatkan, penggunaan kalendar cina tersebut adalah sekadar ramalan. Terkadang keputusan itu tersasar daripada kenyataan yang sebenarnya. Apa pun itulah rezeki anda, jika tepat, ia mungkin kebetulan.
Yang pasti carta ramalan jantina bayi ini dikatakan 90% tepat sekali. Sekiranya jawapan anda tidak betul berkemungkinan anda tidak mengira umur mengikut kalendar cina dan tersalah mengira bulan persenyawaan bayi anda.
Baca : Nama Anak Lelaki & Perempuan Yang Dilarang Dalam Islam
Gender Prediction Tester Kit
Dunia sekarang semakin maju dan kerana itu Test Jangkaan Jantina pun ada. Bagi anda yang tak tahu Gender Prediction Tester ini hampir sama saja dengan Urine Pregnancy Test yang biasa anda lakukan itu.
Walau bagaimanapun, perbezaannya kerana pregnancy test akan mengeluarkan result sama ada secara single atau double line. Manakala Test Jangkaan Jantina ini pula adalah dengan result line merah untuk baby girl dan line biru untuk baby boy.
Seronok kan bila dah tahu cara mengetahui jantina anak tanpa scan dengan alat ini? Jika anda berminat untuk mendapatkan Gender Prediction Tester ini, anda boleh beli di Shopee saja dengan harga yang sangat murah. Sila klik butang berikut jika berminat.
Lebih menyeronokkan lagi, tester ini boleh digunakan seawal 5 atau 6 minggu bayi dalam kandungan atau 5 weeks of pregnancy dan anda dah boleh test jantina jika nak tahu anak lelaki atau perempuan.
Harga Baby Gender Tester ini sangat murah, biasanya dalam lingkungan RM20 dan RM30 sahaja, tidak lebih daripada harga tersebut. Tetapi, harga yang ditawarkan sekarang hanya RM25.00 sahaja.
Jantina Bayi Mengikut Bentuk Perut Ibu?
Adakah benar bentuk perut seseorang ibu yang mengandung itu akan dapat menentukan jantina bayi dalam kandungan samada anak lelaki atau perempuan? Mungkin anda tertanya-tanya apakah benar itu adalah bagaimana cara nak tahu jantina baby?
Ikuti perkongsian dari saudara Muhammad Izzat yang menerangkan secara terperinci tentang pendapat ramai yang mengatakan bentuk perut ibu yang hamil dapat diketahui apakah jantina bayi tersebut.
Semoga perkongsian cara nak tahu dan ramalan jantina anak ini akan dapat membantu anda serta dapat menggembirakan anda yang sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi anda itu. Jaga diri, kesihatan dan makanan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog