Memberikan nama kepada anak atau bayi yang baru dilahirkan adalah menjadi tanggungjawab semua ibu bapa. Sama ada nama anak itu membawa maksud yang baik atau tidak baik, ibubapalah yang menentukannya.
Terkadang ramai ibu bapa yang memberikan nama pada anak mereka dengan nama yang cantik dan sedap didengar tetapi tidak tahu apakah maksud dan makna disebalik nama yang telah diberikan itu. Akhirnya, apabila menyedari terpaksa menukarnya semula.
Sebagai ibu bapa, anda wajib memberikan nama yang membawa maksud dan pengertian yang baik seperti mana yang digalakkan oleh Islam dan elakkan pilihan nama-nama anak yang dilarang dalam Islam kerana ia akan membentuk keperibadian anak itu sendiri.
Malahan, di akhirat nanti dengan nama yang anda berikan itulah yang akan disebutkan di hadapan Allah SWT, Tuhan Pencipta kita dan juga seluruh alam di dunia yang sementara ini.
Walau bagaimanapun, sehingga kini terdapat beberapa pendapat berkaitan dengan nama-nama anak yang telah dilarang itu berserta yang membawa maksud yang tidak baik. Apa sekalipun sekiranya makna nama itu tidak baik elakkanlah diberikan walau secantik mana pun.
Nama-Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam
Dalam sesetengah bahasa dan budaya selain daripada Islam, ada juga nama-nama anak yang membawa maksud yang tidak baik dalam bahasa tersebut. Oleh itu, perlu ditekankan maksud yang baik adalah dalam bahasa Arab atau Islam itu sendiri.
Selain itu, ada juga yang berpendapat kita tidak boleh atau tidak sesuai memberikan nama seperti contoh nama yang amat popular iaitu Balqis kerana ia dikatakan seperti nama jin yang diberikan oleh makhluk jin kepada keturunannya.
Untuk jawapan yang lebih tepat tentang nama Balqis yang dikatakan berkaitan dengan nama jin dan keturunannya, anda digalakkan bertanya kepada mereka yang lebih arif atau alim ulama serta ustaz-ustaz yang lebih tahu tentang ini.
Berikut dikongsikan senarai nama-nama yang dilarang dalam Islam atau nama-nama tidak sesuai diberikan kepada bayi anda sama ada anak lelaki atau perempuan yang telah dikongsikan oleh Flo Hijaz.
Abiqah - Hamba yang lari dari tuannya.
Abkam - Tidak celik atau buta.
Afinah - Yang bodoh.
Amah - Hamba suruhan perempuan.
Asyar - Paling jahat.
Asyirah - Yang tidak bersyukur atas nikmat.
Aznie - Aku berzina.
Baghiah - Yang zalim dan jahat.
Bahimah - Binatang.
Bakiah - Yang menangis atau merengek.
Balidah - Yang bodoh, bebal.
Baqarah - Lembu betina.
Batilah - Yang batil, tidak benar.
Dabbah - Binatang.
Dahisyah - Goncang, tertekan.
Dahriyah - Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya.
Dami'ah - Yang mengalir air matanya.
Daniyah - Yang lemah dan hina.
Darakah - Kedudukan yang rendah.
Faji'ah - Kecelakaan.
Fajirah - Yang jahat, yang berdoa.
Fasidah - Yang rosak, yang binasa.
Fasiqah - Yang jahat, si fasik.
Fasyilah - Gagal, kalah.
Ghafilah - Yang lalai, yang leka.
Ghaibah - Hilang.
Ghailah - Kecelakaan, bencana.
Ghamitah - Yang tidak mengsyukuri nikmat.
Ghasibah - Perampas, perompak.
Ghawiah - Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu.
Haqidah - Yang dengki.
Hasidah - Yang hasad.
Hazinah - Yang sedih.
Huxn - Kesedihan.
Jafiah - Yang tidak suka berkawan.
Kafirah - Yang kafir, yang ingkar.
Kaibah - Yang sedih.
Kamidah - Yang hiba, yang sangat berduka.
Kazibah - Pendusta, pembohong.
Khabithah - Yang jahat dan yang keji.
Khali'ah - Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu.
Khamrah - Ar4k.
Khasirah - Yang rugi.
Khati'ah - Yang bersalah, yang berdosa.
La'imah - Yang tercela.
Laghiah - Sia-sia dan tidak berfaedah.
Lahab - Bara api.
Lahifah - Yang sedih, menyesal dan dizalimi.
Lainah - Yang terkutuk.
Majinah - Yang bergurau senda tanpa segan silu.
Majusiah - Agama yang menyembah api atau matahari.
Maridah - Yang menderhaka.
Munafikah - Yang munafik.
Musibah - Celaka, bencana atau kemalangan.
Najisah - Yang najis dan kotor.
Nariah - Api.
Nasyizah - Yang menderhaka dan melawan suami.
Qabihah - Yang buruk dah hodoh.
Qasitah - Yang melampaui batas dan seleweng dari kebenaran.
Qatilah - Pembunoh.
Qazurah - Kejahatan dan perzinaan.
Rajimah - Yang direjam dan yang dilaknat.
Razani - Kepala alat sulit lelaki.
Razi'ah - Kecelakaan dan musibah.
Razilah - Yang keji dan hina dina.
Safih - Manusia yang bodoh.
Safilah - Yang rendah dan hina.
Sahiah - Yang pelupa.
Sakirah - Pemabuk.
Sakitah - Yang jatuh, hina dan jahat.
Sharru - Jahat.
Sharrul - Jahat.
Syafihah - Yang bodoh.
Syani'ah - Yang buruk.
Syaqiyah - Yang menderita.
Syaridah - Yang diusir.
Syariqah - Pencuri.
Syarisah - Yang buruk akhlak.
Syarrul Bariyyah - Sejahat-jahat manusia.
Syatimah - Maki hamun.
Tafihah - Karut.
Talifah - Yang rosak binasa.
Talihah - Yang tidak baik.
Tarbiyah - Yang papa kedana.
Tarikah - Anak dara tua.
Wahiah - Yang lemah, yang jatuh dan buruk.
Wahimah - Yang lemah.
Wahinah - Penakut.
Wailah - Bencana dan keburukan.
Wajilah - Penakut.
Waqi'ah - Pertempuran dalam perang dan umpatan.
Waqihah - Yang kurang sopan dan malu.
Wasikhah - Yang kotor.
Wasyiah - Yang mengumpat, yang mengadu dan dombakan orang.
Wathi - Membawa maksud 'bersama'.
Wathy - Membawa maksud 'bersama'.
Yabisah - Yang kering, yang sedikit kebaikannya.
Yaisah - Yang berputus asa.
Zalijah - Kebinasaan.
Zalilah - Yang hina.
Zalimah - Yang zalim.
Zaniyah - Pel4cur, Penzinna.
Zufafah - Racun yang membunuh.
Baca : Nama-nama Bayi Lelaki Islam Huruf A
Semoga perkongsian senarai dan koleksi nama-nama anak lelaki dan perempuan yang dilarang dalam Islam serta yang diharamkan diberikan kepada bayi anda ini akan menambahkan pengetahuan anda serta dapat memberikan nama pada anak dengan nama yang lebih baik dan sesuai. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog