Ayat Ruqyah sememangnya amat terkenal dengan kebaikan dan kelebihan ayat suci ini yang menjadi penawar sihir, pembakar dan pengusir gangguan jin jika diamalkan dengan membaca atau diperdengarkan bacaannya.
Dalam masyarakat Melayu pada hari ini, jin dikenali sebagai makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar serta berkait rapat dengan sihir. Cara mengusir gangguan jin dan sihir adalah menggunakan ayat-ayat ruqyah.
Apa itu ruqyah? Maksud ruqyah melalui istilah membawa makna kepada Al-'Udzah iaitu sebuah perlindungan yang kini digunakan untuk merawat dan melindungi orang yang terkena buatan orang, sihir, gangguan jin, sebarang penyakit atau makhluk halus.
Ayat-ayat ruqyah juga adalah gabungan ayat suci Al-Quran dari beberapa surah yang boleh digunakan untuk mengesan jin dalam badan manusia, di rumah, premis perniagaan atau kedai dan sebagainya.
Selepas pesakit mendengar bacaan ayat rukyah kebiasaannya jin atau sihir yang terdapat dalam tubuh badannya akan memberi tindak balas seperti kepanasan, tidak selesa, gelisah dan lain-lain.
Berikut dikongsikan 20 senarai surah dalam ayat ruqyah mengikut aturan dan turutan yang lengkap bagi memudahkan anda membaca dan mengamalkan ayat penawar yang mujarab ini.
Senarai Bacaan Ayat-Ayat Ruqyah
- Surah Al-Fatihah
- Surah Al-Baqarah Ayat 1-5
- Surah Al-Baqarah Ayat 102
- Surah Al-Baqarah Ayat 163-164
- Surah Al-Baqarah Ayat 255
- Surah Al-Baqarah Ayat 285-286
- Surah Ali Imran Ayat 18-19
- Surah Al-A’raf Ayat 54-56
- Surah Al-A’raf Ayat 117-122
- Surah Yunus Ayat 81-82
- Surah Taha Ayat 69
- Surah Al-Mukminun Ayat 115-118
- Surah As-Soffat Ayat 1-10
- Surah Al-Ahqaf Ayat 29-32
- Surah Ar-Rahman Ayat 33-36
- Surah Al-Hasyr Ayat 21-24
- Surah Al-Jin Ayat 1-9
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nas
Video Ayat Ruqyah Mp3 Full
Berikut kami kongsikan juga video bacaan ayat ruqyah secara lengkap dengan mengikut turutan dari awal sehingga ke akhir surah yang bermula dengan Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas.
Anda juga boleh download ayat ruqyah ini dalam bentuk audio Mp3 serta PDF di bawah tanpa perlu meminta kebenaran.
Cara untuk mengatasi gangguan jin dan sihir adalah dengan membaca ayat-ayat ruqyah kepada mereka yang didapati terkena sihir atau disampuk jin dan sebagainya begitu juga untuk keselamatan rumah dan lain-lain.
Cara Mengamalkan 20 Surah Al Ruqyah
Berikut adalah beberapa senarai cara menggunakan ayat ruqyah yang boleh diamalkan sama ada kepada individu yang terkena gangguan jin atau untuk kesihatan diri sendiri, keluarga, tempat berniaga dan kediaman.
1. Untuk kesihatan tubuh badan sendiri dan ahli keluarga, anda boleh memasang bacaan ayat ruqyah Mp3 atau video di kawasan atau di dalam rumah atau premis perniagaan selama 3 kali dalam sehari atau mulakan dari malam sehingga waktu pagi.
Selain itu, anda boleh juga memainkan alunan ayat suci ini selama 3 kali sehari dan 3 hari secara berturut-turut dengan niat untuk memulihkan keadaan rumah, kedai atau tempat berniaga yang mempunyai masalah gangguan.
2. Untuk bayi dan anak-anak yang sering menangis pada waktu malam, sila pasangkan laungan bacaan ayat-ayat ini dengan nada yang kuat. Dengan izin Allah pasti jin atau syaitan akan lari dari tempat itu.
3. Untuk pesakit yang diganggu jin, hindari memasang bacaan ini ketika berada dalam kereta kerana kesan daripada mendengar bacaan ayat ini akan membuatkan kita merasa mengantuk dan pemanduan pasti terganggu.
4. Untuk rawatan sihir, histeria, saka atau mereka jodoh lambat, cara merawat adalah dengan menyediakan tiga botol besar air mineral yang dibuka penutupnya yang diletakkan di sebelah bahan bacaan ruqyah yang sedang dipasang seperti Mp3, video, TV dan sebagainya.
Sila pasang bacaan ayat-ayat ruqyah selama 3 kali sehari dalam jangka masa 1 jam 30 minit dan diminum seteguk sehingga air bacaan ayat itu habis selepas melakukannya setiap hari pada hari-hari yang berikutnya.
Diingatkan setiap kali selepas selesai solat, anda perlu membaca ayat Kursi sebanyak tiga kali dan surah Al-Insyirah juga tiga kali secara istiqomah. Manakala, di sebelah malam pula, ayat Ruqyah terus dipasang berterusan dari malam sehingga pagi sekurang-kurangnya sebulan.
5. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kerap merasa badan menjadi berat serta terasa sangat malas, orang tersebut perlu diperdengarkan ayat Ruqyah selama 3 kali sehari. Dengan izin Allah pasti akan bersemangat semula, cerdas dan cergas.
Baca : Tanda-Tanda Terkena Sihir Buatan Orang
Kesan dan Simptom
Kelebihan gabungan ayat-ayat suci Al-Quran ini amat mustajab apabila selepas mendengar bacaan ini pasti anda akan dapat melihat kesan atau simptom yang terjadi kepada pesakit atau sesiapa yang mempunyai gangguan, antaranya adalah:
- Denyutan nadi dan jantung semakin kuat
- Badan seperti bergegar atau ada gegaran
- Seperti ada sesuatu yang bergerak di dalam kulit
- Merasa mengantuk yang amat sangat dan kerap menguap
- Terbatuk-batuk secara tiba-tiba
- Merasa resah, gelisah atau tidak selesa
- Terasa panas di bahagian leher atau tengkuk
Sekiranya gangguan pada diri anda dan keluarga masih berterusan tanpa henti, sebaiknya anda berjumpa dengan mereka yang pakar tertinggi entang masalah ini seperti Imam, Ustaz atau mereka yang lebih arif untuk menghilangkan gangguan makhluk halus ini.
Baca : Cara Mengusir Jin Dalam Badan atau Diri Sendiri
20 Ayat Pengusir Pembakar Jin Dalam Tubuh PDF
Kami kongsikan juga doa dan surah ruqyah Darussyifa berserta ayat-ayat wirid.
Semoga perkongsian ini dan download ayat Ruqyah dapat membantu diri sesiapa sahaja yang sedang berhadapan dengan masalah jin, sihir dan sebagainya. Sesungguhnya, setiap satu penyakit dan masalah pasti ada jalan penyelesaian. Semoga bermanfaat.