Tanda-tanda Terkena Sihir Buatan Orang & Cara Mengatasi Ilmu Hitam (Doa Elak Sihir)

Cara merawat sihir

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki, iri hati dan sabotaj yang melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun, bomoh atau pun meminta secara terus dengan syaitan atau iblis untuk melaksanakan niat jahat mereka.

Sihir tergolong dalam kejahatan yang amat dibenci oleh Allah SWT. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, namun kita harus mengatasi dengan bantuan Allah SWT. Allah SWT melarang manusia melakukannya dan sebagai umat Islam kita diwajibkan untuk mengelakkan diri daripada sihir dan ilmu hitam atau guna-guna termasuk santau dan seumpamanya.

Secara ringkas, ia adalah suatu perbuatan atau guna-guna yang dilakukan oleh seseorang dengan syarat-syarat yang tertentu seperti membenci dan sebagainya di bawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri selain menggunakan bahan-bahan terlarang yang boleh menjadi syirik.

Tanda-tanda Terkena Sihir Buatan Orang


ayat ruqyah penawar sihir dan gangguan jin mp3

Biasanya mangsa sihir tak tahu bahawa dia telah disihir guna-guna.

  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila.

Jenis-Jenis Sihir

Doa menghilangkan sihir dalam tubuh badan

  • Sihir Pemisah/ Pelalau
  • Sihir Perniagaan
  • Sihir Rumahtangga/ Perceraian
  • Sihir Pengasih/ Guna-guna/ Penunduk
  • Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata
  • Sihir Gila
  • Sihir Santau
  • Sihir Kelesuan Badan
  • Sihir Penyakit Anggota Badan
  • Sihir Penghalang Pernikahan
  • Sihir Angin

Punca Gangguan Jin, Sihir dan Rasukan Syaitan

Sedarkah kita yang rasukan iblis ini sentiasa ada di sekeling kita walau di mana kita berada. Insya allah dengan ilmu dan iman yang kuat, serta ingat akan kuasa Allah SWT, dapat menghalang kita dari terjebak dengan godaan-godaan syaitan laknatullah.

Bisikan iblis atau syaitan yang menyesatkan adalah ujian yang berat bagi manusia kerana ramai yang tewas disesatkan oleh Iblis. Seperti kita ketahui, iblis adalah musuh utama bagi manusia dan akan terus menggoda dan menyesatkan anak-anak Adam sehingga ke hari kiamat walau apa cara sekalipun termasuk hasutan sihir dan ilmu hitam.

Mungkin ramai yang tertanya apakah punca gangguan jin dan syaitan atau iblis. Sebenarnya seperti yang dikongsikan oleh seorang ustaz di laman Facebook, antara punca gangguan jin, iblis dan syaitan ini adalah :

  1. Suka baca buku cerita, filem hantu dan sihir.
  2. Perasaan takut dan gembira melampau.
  3. Wanita suka bersolek dan membuka aurat.
  4. Lalai serta ingkar perintah Allah.
  5. Menyimpan alat muzik, alat melalaikan di rumah.
  6. Meninggikan suara dalam bilik air.
  7. Menangis dan merintih sebelum tidur.
  8. Membuang air panas kedalam bilik air.
  9. Melompat tempat tinggi tanpa membaca Bismillah
  10. Tempat gelap yang ditinggalkan.
  11. Suami isteri sering bertengkar.
  12. Terlampau marah.
  13. Mengikut hawa nafsu.
  14. Simpan lukisan motif manusia atau anjing dalam rumah.
  15. Berlaku sihir.
  16. Berlaku perjanjian diantara jin dan tukang sihir.
  17. Jatuh cinta kepada jin.

Tanda Terkena Gangguan Jin dan Syaitan

  • Sukar tidur malam.
  • Hati berdebar ketika senja.
  • Keluh resah tidak menentu.
  • Mimpi menakutkan yang berulang.
  • Selsema berpanjangan.
  • Berasa malas zikir dan sembahyang.
  • Sakit gagal dikesan oleh doktor.
  • Pening berpanjangan ketika senja.
  • Otak lemah.
  • Tidak sedarkan diri dan pengsan.
  • Telinga berdesing, dengar kata-kata suruhan.

Cara Mengatasi Gejala Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir sama ada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya.

rawatan sihir dan pendinding diri dari gangguan jin

Perkongsian Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa tentang sihir pemisah.

Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad SAW pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam.

Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar. Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir.

Malah Nabi Muhammad SAW telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah SWT boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat Al-Quran atau doa elak sihir tersebut adalah seperti berikut :

  1. Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
  2. Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
  3. Surah Al-Baqarah 2 : 284-286



Ayat Ruqyah Penawar Sihir dan Gangguan Jin



Semoga perkongsian tanda-tanda terkena sihir buatan orang serta gangguan jin dan syaitan berserta cara untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan juga ayat Ruqyah penawar sihir dan gangguan jin, iblis dan syaitan yang dikongsikan akan membantu anda untuk menghindarinya daripada terus menghantui anda dan keluarga. Insya Allah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog