Cara Mengesan Jin Dalam Badan Manusia (Rawatan & Bacaan Ruqyah)

Cara mengesan jin dalam tubuh badan manusia

Adakah anda pernah melalui dan mengalami perasaan yang ganjil di mana kadangkala anda terlihat seperti seseorang atau bayangan seseorang di waktu malam, kedengaran suara pelik seperti memanggil dan bercakap dengan anda, berbagai bunyi pelik yang anda dengari atau sebagainya yang agak aneh dan pelik?

Tidak mustahil semua kejadian ini berlaku kerana masih ada makhluk Allah yang lain tinggal bersama kita seperti Jin, iblis, syaitan, makhluk halus dan sebagainya yang sering dikaitkan dengan ilmu hitam, sihir dan santau.

Kewujudan makhluk seperti Jin memang tidak boleh kita nafikan kerana bilangan Jin itu sendiri mungkin melebihi dengan bilangan manusia namun Allah telah membataskan penglihatan manusia daripada melihatnya.

Cara Mengesan Jin Dalam Badan Manusia


cara buang jin dalam badan sendiri

Bagaimana sekiranya Jin tinggal bersama kita di dalam rumah? Adakah kita menyedarinya? Bagaimana pula jika Jin tinggal di dalam badan manusia? Sekiranya Jin berada di dalam badan anda dan menumpang di dalam tubuh anda, mungkin anda akan mengalami berbagai masalah dan penyakit misteri yang tidak diketahui secara kasar.

Bagaimanakah cara untuk mengesan Jin dalam badan seseorang atau diri anda sendiri? Tidak salah jika sekadar ingin mencuba dengan cara-cara ini dan mari kita tengok apa hasilnya. Daripada ujian yang kita buat, kita akan tahu apa jawapannya nanti.

Langkah Pertama

Sila mainkan video dan audio ayat-ayat Ruqyah Syariah di bawah dan dengar sehingga tamat bacaan tersebut dengan menggunakan headphone serta volume yang kuat agar anda boleh mendengar bacaan ayat dan doa dengan jelas.

Ujian Kesan Jin Dalam Badan Bahagian 1


Ujian Kesan Jin Dalam Badan Bahagian 2


Langkah Kedua

Sila pejamkan mata anda dan anda tidak perlu mengikut bacaan ayat di atas semasa mendengar sama ada di mulut atau di hati.

Langkah Ketiga

Setelah anda selesai mendengar semua ayat di atas, sila perhatikan sekiranya anda batuk, berpeluh, jantung berdegup kencang, terasa ingin muntah, berdebar, sendawa, terasa ada benda bergerak di bahagian kulit, mengantuk dan pening. Maka, sememangnya sah badan anda telah dihuni oleh Jin.

Segeralah berjumpa dengan Ustaz atau ahli perubatan yang pakar untuk mengesahkan sekiranya anda mengalami masalah seperti ini, berikhtiar dan berubatlah dengan kadar segera sebelum penyakit anda merebak dan menjadi lebih teruk. Penyakit seperti ini mungkin juga ada kaitan dengan Santau, Saka dan sebagainya.

Simptom Awal Gangguan Jin


1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Sekiranya anda ingin melakukan ujian ini, anda disarankan tidak melakukan secara berseorangan, adalah lebih baik sekiranya mempunyai seorang teman semasa ujian dilakukan. Pelbagai kemungkinan akan berlaku jika benar diri anda mempunyai kaitan dengan makhluk halus atau gangguan jin ini.

Ayat Ruqyah Shariah Full

Berikut kami kongsikan juga ayat Ruqyah Syariah full yang boleh dibaca untuk penawar sihir atau menghindari daripada gangguan jin dan syaitan.


Kepada anda yang telah melakukan ujian ini ke atas diri sendiri, sila kongsikan pengalaman dan apa yang anda rasakan melalui ujian mengesan Jin di dalam badan anda sendiri yang telah anda lakukan. Semoga bermanfaat. - Kredit: IslamicTakzirah.com