Doa Anak Soleh & Solehah Rajin Solat Berjaya Dunia & Akhirat

doa anak soleh dan solehah

Setiap ibu bapa di dunia ini pasti menginginkan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah, lelaki dan perempuan malahan bukan setakat anak yang baik mendengar kata, rajin solat dan menghormati orang tua tetapi juga mengharapkan agar anak taat kepada suruhan Allah SWT.

Begitu juga anak yang baik dan terbaik pasti akan melaksanakan tugas yang mulia untuk membantu ummah atau umat Islam dan hidup dalam penuh kasih dan sayang sesama insan tanpa mengira pangkat dan darjat.

Sesungguhnya Allah Taala tahu tentang sebarang kehendak dan keinginan kita yang mengimpikan anak soleh dan solehah. Oleh itu, kita haruslah memanjatkan doa dan mengamalkan apa saja suruhan Allah SWT agar semua permintaan kita dimakbulkan.

Sebenarnya, untuk mendapatkan anak soleh dan bijak serta berjaya di dunia dan akhirat boleh diumpamakan seperti kain putih yang perlu diwarnakan atau dicorakkan. Anaklah kain putih dan ibubapalah yang akan mencorakkan warna warni kain tersebut.

Doa Anak Soleh dan Solehah Rajin Solat


doa anak menjadi soleh dan solehah

Doa anak soleh dan solehah yang dikongsikan di bawah oleh Ustaz Mohammad Asraf Ayob Al-Hafiz menyifatkan doa ini sangat tinggi tarafnya kerana ia merupakan rakaman doa yang telah didatangkan daripada Allah yang mulia iaitu Nabi Zakaria A.S.

Menurut cerita Ustaz Asraff, pada ketika itu Nabi Zakaria A.S telah meniti usia, walau bagaimanapun masih lagi tidak mempunyai anak sebagai penyeri hidup dan penghibur hati. Baginda tidak putus asa terus berdoa dan meminta kepada Allah.

Baginda sentiasa mendoakan, merayu, meminta dan memohon dengan tulus ikhlas dari sudut hatinya yang dalam dengan berkata, 'Wahai Tuhanku, hambaMu ini telah tua. Lemah rasanya tulang empat keratku. Menyala putihnya rambutku. Namun aku tetap mempunyai harapan tinggi agar doa kecil ku ini Engkau kabulkan.'

Itulah serba sedikit lebih kurangnya bisikan hati Nabi Zakaria A.S yang berdoa untuk mendapatkan zuriat seperti yang tercatat di dalam Surah Maryam. Permintaannya itu agar dikurniakan anak yang menjadi 'Qurrata A'yun' iaitu penyejuk mata dan penambah seri keluarga.

Dalam masa yang sama juga Baginda tidak pernah lupa memohon kepada Allah SWT agar anak yang bakal lahir itu berperwatakkan soleh dan solehah. Dan doa tersebut dalam rumi dan jawi adalah seperti berikut daripada Surah Al-Imran ayat 38.

Doa Nabi Zakaria A.S

doa nabi zakaria mohon zuriat

Kemudiannya, Allah memakbulkan doanya sehingga lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama sebagai Yahya yang mempunyai keperibadian yang mulia serta menjadi anak yang baik serta soleh.

Dan sebagai bukti doa anak soleh yang dipohon Baginda telah diperkenankan Illahi, Yahya A.S bukan sekadar penyejuk mata tetapi Baginda ditinggikan darjatnya dan telah diangkat menjadi bagi meneruskan legasi perjuangan ayahnya.

Jika pada ketika dulu, Allah telah menunjukkan jawapan terbaikNya untuk doa Nabi Zakaria itu, pasti zaman sekarang pun tetap sama Allah akan memakbulkan permintaan dan doa kita, namun kitalah yang harus mengamalkan segala kebaikan tanpa meninggalkan apa saja suruhanNya.

Selain doa anak soleh dan solehah atau doa Nabi Zakaria di atas, kami juga kongsikan beberapa doa untuk anak yang boleh semua ibu bapa amalkan daripada Ustazah Asma' Harun. Antara doa tersebut adalah supaya anak rajin solat, anak taat suruhan Allah dan sebagainya.

1. Doa Agar Anak Rajin Solat

doa supaya anak rajin solat

Doa supaya anak rajin menunaikan solat ini adalah doa Nabi Ibrahis A.S untuk semua anak-anaknya. Sangat besar harapan ibu bapa yang mengharapkan zuriat keturunan keluarganya adalah dari golongan orang yang menjaga solatnya.

Sebagai ibu bapa kita sememangnya tidak mampu untuk sentiasa memantau anak setiap masa. Oleh itu, mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini anak-anak serta zuriat kita akan sentiasa terpelihara dan juga menjaga solat serta ibadah mereka.

Baca Juga : Bacaan Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

2. Doa Supaya Anak Menjadi Penyejuk Mata

doa anak soleh dan bijak dunia akhirat

Doa ini amat sesuai dan elok diamalkan oleh semua pasangan suami isteri yang mahukan keluarga bahagia. Ini kerana, doa ini bukan sahaja untuk memohon supaya mendapatkan pasangan dan zuriat penyejuk mata dan penenang hati, malah terlalu banyak kebaikannya.

Doa ini juga sebenarnya untuk memohon kepada Allah agar kita sebagai ibu bapa dapat menjadi contoh atau role model (Qudwah Hasanah) untuk semua anak dan keturunan kita yang sentiasa bersama kita.

3. Doa Agar Anak Diberi Rahmat

supaya anak sentiasa dilindungi

Doa ini mempunyai maksud yang amat mendalam. Sebagai seorang hamba Allah yang amat lemah dan tidak berdaya, sememangnya kita harus sentiasa berdoa agar diri kita tidak lalai dengan kruniaannya sama ada niknat dan rezeki yang diberikan.

Bukan itu saja, malahan dia ini juga untuk memohon kepada Allah agar diri kita dan zuriat keturunan kita sentiasa terus dapat istiqamah beramal soleh kepada Allah SWT.

4. Doa Agar Anak Mentaati Allah

supaya mendengar kata ibu bapa

Doa inilah yang telah dibaca oleh Nabi Ibrahim A.S sewaktu membina Kaabah bersama Nabi Ismail A.S. Semoga dengan mengamalkan doa ini, semua keluarga kita dan diri kita sendiri menjadi hamba Allah yang taat dan beribadah dengan cara yang betul dan tak sesat.

Baca : Amalan Anak Yang Soleh Untuk Ibu Bapa

5. Doa Agar Anak Diberi Kefahaman Agama

doa untuk anak pandai belajar

Doa ini telah dibaca Rasulullah SAW ketika Baginda mengusapkan kepala Ibbnu Abbas sewaktu beliau masih kanak-kanak. Hasilnya dan kesan doa tersebut menjadikan Ibnu Abbas seorang yang amat bijak dan tawaduk.

Sebenarnya, Ibnu Abbas adalah orang yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah SAW semasa hayat beliau pada satu ketika dahulu.

Anda disarankan amalkan bacaan doa ini terhadap anak-anak anda sambil mengusapkan ubun-ubun anak tersebut. Sebaiknya dibacakan doa ini ketika anak sedang tidur atau sebelum ke sekolah.

Doa Terbaik Untuk Anak


Tips Dapatkan Anak Soleh dan Solehah


Semoga perkongsian doa anak soleh dan solehah ini dapat membantu anda untuk mencapai impian supaya mempunyai anak yang terbaik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengamalkan doa di atas berserta tidak meninggalkan suruhan Allah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog