Pasti ramai yang tertanya apakah sebenarnya tafsir maksud mimpi bergaduh samada dengan keluarga, adik beradik, pasangan, suami, isteri, ibu, ayah, kawan-kawan, kekasih hati, abang kandung dan sebagainya sehingga mencari apakah petanda, alamat dan makna disebaliknya.
Apabila bermimpi tentang berkelahi, bertengkar mulut serta gaduh dengan sesiapa sahaja tidak bermakna ia membawa perkhabaran yang buruk atau berarti sesuatu yang tidak baik akan berlaku malahan ada juga dikaitkan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Tidak semua orang yang bermimpi ingat apa yang terjadi di dalam mimpinya, jadi ia juga tidak semestinya tepat dengan apa yang kita tafsirkan atau ramalkan berpandukan kepada mimpi-mimpi tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut sesetengah perspektif daripada kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat bahawa apabila seseorang itu mimpi yang sama berulang kali sehingga lebih daripada tiga kali, ini bermaksud mereka akan ingat.
Apa yang pasti, dalam masyarakat Melayu dan di seluruh dunia berpendapat setiap orang yang tidur serta mengalami mimpi sama setiap hari tentunya ada alamat yang memerlukan kita mencari jawapannya.
Dalam Islam dan menurut Ustaz Kazim Elias, mimpi manusia hanya mempunyai 3 jenis sahaja dan setiap satu daripadanya mempunyai maksud berbeza yang perlu anda hadamkan serta dikongsikan di dalam video daripada YouTube di akhir artikel.
12 Maksud Mimpi Bertengkar Mulut Bergaduh & Berkelahi
Berikut dikongsikan 12 antara sebab dan maksud mimpi bergaduh yang boleh anda ketahui dengan membacanya satu persatu dan mungkin ini jawapannya yang sedang anda cari setelah kerapkali bermimpikan tentang perkelahian, pergaduhan dan pertengkaran dengan:
- Pasangan
- Kekasih
- Suami atau isteri
- Keluarga
- Kawan
- Adik beradik
- Kakak sendiri
- Abang kandung
- Ibu atau ayah
- Orang tak dikenali
- Haiwan
- Hantu & jin
1. Mimpi Bertengkar Mulut Dengan Ibu dan Bapa
Dikatakan sekiranya anda bermimpi berkelahi dengan mak atau ayah, maksud yang ada disebalinya adalah membawa kepada perkara yang baik serta setiap tujuan dan matlamat hidup anda akan tercapai dengan segera.
2. Mimpi Bergaduh Dengan Kawan atau Sahabat
Apabila anda mengalami mimpi seperti ini anda akan dibawakan satu perkhabaran yang gembira atau perkara yang positif akan disampaikan kepada telinga anda tanpa anda sangka.
3. Mimpi Bergaduh Dengan Adik Beradik
Dikatakan jika anda bermimpi pergaduhan berlaku antara adik-beradik, keluarga, abang, kakak, adik lelaki perempuan, sepupu atau saudara mara, terdapat dua maksud iaitu sekiranya dalam kemelut tersebut anda menang ia membawa maksud anda akan mendapat rezeki yang mencurah dengan cepat.
Manakala jika anda kalah dalam perkelahian tersebut, ia membawa makna yang kurang baik iaitu anda pasti akan menghadapi masalah kewangan atau tiada duit yang semestinya amat ditakuti oleh semua orang.
4. Mimpi Bergaduh Dengan Pasangan Suami atau Isteri
Mimpi sememangnya amat digeruni oleh semua isteri dan suami kerana maksudnya membawa petanda bahawa hubungan yang terbina dengan penuh kasih sayang itu akan menjadi renggang secara tiba-tiba tanpa diketahui apakah punca dan sebabnya.
Jadi, sebelum konflik ini bertambah teruk sebaiknya bawa berbincang dari hati ke hati untuk menyelesaikan semua masalah agar ia tidak berterusan yang akan membawa kepada perpisahan dan perkara yang lebih buruk akan berlaku.
5. Mimpi Bergaduh Dengan Orang Yang Tak Dikenali
Tidak semua orang menyukai diri kita samada yang dikenali atau tidak dikenali, berkemungkinan rupa paras wajah atau penampilan kita menjadikan ia membenci kita dan inilah alamat disebalik mimpi jenis ini.
6. Mimpi Bergaduh Dengan Haiwan atau Sesuatu
Petanda mimpi seperti ini adalah perasaan benci yang ada dalam diri anda menjadikan berlakunya pergaduhan tersebut sehingga menyebabkan pertarungan sengit yang masing-masing ingin mempertahankan diri.
Namun, jika dalam mimpi anda berjuang dan bergaduh dengan sesuatu yang anda tak pasti tak kira samada sebarang benda atau objek yang tak diketahui, petandanya adalah hidup anda tiada tujuan yang jelas.
Walau bagaimanapun, menurut tafsir mimpi daripada Primbon dari warisan orang Jawa, mimpi bertarung dengan haiwan tertentu mempunyai maksud yang berbeza seperti berikut sekiranya anda menang dan kalah dalam pertarungan:
1. Harimau - Jika menang mendapat kemuliaan dan jika tertewas akan dimalukan.
2. Monyet - Apabila menang dapat menghindari dari orang yang ingin menipu dan kalah pasti akan mudah ditipu oleh seseorang.
3. Buaya - Kemenangan bermaksud anda sentiasa sihat sahaja dan tewas membawa petanda anda akan dapat sakit.
7. Mimpi Bergaduh Dengan Hantu Jembalang
Mimpi jenis mempunyai dua maksud yang berbeza iaitu sekiranya anda kalah dalam perkelahian itu, ia bermakna anda akan diserang penyakit yang tidak dijangka dalam masa yang terdekat.
Sebaliknya, jika anda telah menang dan dapat melawan hantu tersebut, ia membawa petanda yang diri anda dalam keadaan sihat walafiat tiada sebarang masalah yang akan berlaku.
8. Mimpi Melihat Orang Bergaduh
Apabila bermimpi melihat orang lain yang anda kenal berkelahi sehingga berdarah, makna mimpi ini boleh jadi membawa petanda yang kurang baik iaitu orang yang dikenali itu akan diterima satu musibah besar.
9. Mimpi Bergaduh Sehingga Cedera
Jika anda telah bermimpi tentang pergaduhan yang membawa kepada kecederaan atau memukul orang sehingga berlakunya pendarahan yang tidak dapat dibendung, ini bermakna anda atau ahli keluarga akan berdepan dengan situasi yang tak baik.
Oleh itu, bersiap sedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan serta carilah jalan penyelesaian yang terbaik untuk selesaikan situasi tersebut dengan baik.
10. Mimpi Bergaduh Sampai Mati
Mimpi jenis ini dikatakan amat jarang berlaku kepada sesiapa pun, tetapi sekiranya ada, sebaiknya anda renungkan semula semua perkara yang berkaitan dengan diri serta semua benda yang menganggu kehidupan anda sehingga saat ini.
Selepas telah berjumpa apakah benda atau masalah tersebut, cubalah untuk menghadapinya serta menyelesaikannya dengan baik dan jangan sekali-kali lari daripada sebarang masalah.
11. Mimpi Berdamai Selepas Bergaduh
Mimpi sebegini berdamai setelah bergaduh besar, anda perlu berhati-hati kerana ia boleh jadi satu petanda bahawa jika seseorang itu yang berjanji dengan anda perkara baik tetapi ianya tidak akan menjadi kenyataan semuanya tipu belaka.
Jadi, fikirlah baik-baik setiap perkara atau tawaran yang diberikan kepada anda kerana ia boleh jadi juga ada orang yang ingin mengambil kesempatan di atas diri anda atau akan menipu diri anda tanpa sedar.
12. Mimpi Berkelahi Dengan Jin
Arti mimpi ini membawa maksud yang agak malang kerana dikatakan anda akan muflis atau terpaksa menjalani kehidupan yang miskin dalam jangka waktu yang agak lama sepanjang hidup.
3 Jenis Mimpi Dalam Islam
Baca : Tafsir Mimpi Tentang Gigi Patah
Kesimpulan
Untuk makluman, semua maksud tafsiran mimpi di atas adalah sekadar perkongsian suka-suka daripada para pengguna media sosial yang diambil daripada Facebook dan ia bukanlah tepat dan benar semata-mata. Dalam Islam, Al-Quran adalah kitab suci yang menjadi panduan hidup umat Nabi Muhammad SAW bukannya dari mimpi-mimpi kita.
Apa sekalipun mimpi seseorang itu, walau sehebat atau seteruk mana pun sehingga membawa makna kepada kegelisahan, keresahan, ketakutan dan sebagainya, perlu diingatkan bahawa mimpi itu adalah mainan tidur sahaja dan tidak perlu bersusah hati dan bersedih.
Yang paling penting sekali dalam hidup pada hari ini adalah sentiasa beramal kepada Allah SWT serta selalulah meminta dan memohon apa saja kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga serta sesiapa sahaja yang kita sayang termaksud suami, isteri, adik, kakak, abang dan lain-lain.
Semoga perkongsian tentang maksud mimpi bergaduh serta berkelahi ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog