4 Maksud Mimpi Gigi Patah Tercabut & Tertanggal Atas - Bawah

maksud mimpi gigi patah

Pasti ramai yang nak tahu apakah maksud mimpi gigi depan patah, gigi bawah tanggal semua dan gigi geraham tercabut. Bila kerap sangat bermimpi tentunya kita nak tahu apakah maknanya, arti, petanda dan alamatnya dalam agama Islam.

Biasanya, mimpi tentang gigi dikatakan berkait dengan kematian serta menandakan alamat yang tak baik yang menyebabkan ada rasa takut sehingga ingin mencari jawapan dan maksud tafsir mimpi tersebut.

Dalam hidup ini walau sekali pasti saja ada yang pernah bermimpi ketika sedang tidur berkait dengan gigi sama ada yang atas dan bawah, gigi susu atau gigi geraham.

Tapi betul atau tak, mimpi semasa tidur itu ada alamat tertentu yang mana ia sebagai petanda atau ingin menyampaikan sesuatu berita kepada seseorang yang bermimpi?

Kata orang dulu-dulu jika mimpi gigi tercabut sebelah atas memberi makna akan berlakunya kematian di saudara mara atau keluarga sebelah mak ayah atau datuk dan nenek.

Sekiranya bermimpi gigi tercabut sebelah bawah atau patah gigi yang bawah dikatakan itulah tanda kematian bagi keluarga sebelah bawah seperti anak, cucu cicit atau saudara yang lebih muda dari kita.

Walau macamana ngeri pun mimpi yang sedang kita alami itu sama ada berulang-ulang atau sesekali saja, diingatkan, mimpi adalah mainan tidur semata-mata.

Namun, ada yang pakar bijak pandai tentang tafsir mimpi menyatakan terkadang mimpi ketika tidur adalah benar ia ingin memberitahu sesuatu alamat kepada orang yang terpilih.

Sebenarnya, mimpi gigi patah atau pecah dalam masyarakat Melayu sejak dahulukala mempunyai bermacam versi dan ianya sering dikaitkan dengan berita buruk dan kematian ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, bermimpi gigi tercabut, luruh semua, hancur berguguran atau sebaliknya, sebenar-benarnya tidak juga membawa maksud tentang mati dan ia mempunyai berbagai arti, makna dan tafsir tersendiri.

Maksud Mimpi Gigi Patah atau Tercabut


mimpi gigi tercabut

Ada beberapa maksud mimpi gigi patah, geraham tercabut sama ada sebelah atas atau bawah serta bermimpi sakit gigi tanggal sendirinya sewaktu tidur di malam, siang atau pagi hari.

1. Maksud Mimpi Gigi Bawah Patah

Dalam maksud mimpi gigi bawah patah ini mempunyai beberapa versi seperti gigi sebelah bawah di bahagian kiri dan kanan atau goyang membawa makna yang berbeza.

Walau bagaimanapun, copot sama ada kiri atau kanan, separuh, setengah atau yang depan belakang berlubang tidak perlulah mengambil tahu kerana ia dikatakan sangat mengarut dan tidak boleh dipercayai.

Mimpi gigi sebelah bawah patah adalah petanda yang menyuruh seseorang itu sentiasa berjaga-jaga kerana ia memberi alamat perkara yang tidak baik akan terjadi.

Ia juga melibatkan tentang peringatan tentang kesulitan dan kesusahan dalam kehidupan yang akan anda alami apabila tiba masanya.

Sekiranya bermimpi gigi patah sebelah kanan adalah satu pertanda yang membawa maksud seseorang itu akan menderita satu penyakit yang tidak diketahui.

Dikatakan juga, jika gigi taring yang patah membawa makna berkaitan dengan seorang sahabat atau kawan baik kita akan pergi jauh meninggalkan kita.

Manakala, gigi tertanggal atau sakit pula adalah satu peringatan yang mengaitkan dengan petanda bahawa satu perkara yang buruk akan berlaku nanti.

Jika anda mengalami mimpi seperti ini, jangan cepat putus asa atau kecewa, sebaliknya perbanyakkan amalan yang baik seperti zikir dan doa kepada Allah.

Mintalah dengan Allah agar dipermudahkan segala urusan serta dijauhkan sebarang musibah yang tidak baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

2. Mimpi Gigi Atas Patah

Ada yang berpendapat apabila mimpi patah gigi patah memberikan maksud bahawa ahli keluarga sebelah atas akan atau telah meninggal dunia.

Ada juga berkata, maksud gigi atas patah ini menandakan alamat yang baik kepada mereka yang bermimpi tentang ini seperti mendapat rezeki melimpah ruah.

Ia umpama anda memperolehi durian runtuh atau sebarang keuntungan daripada titik peluh anda sendiri atau mendapat rezeki yang amat besar.

Apabila anda bermimpi tentang ini, jangan cepat percaya dengan ramalan kematian dan teruja dengan perkara berkaitan dengan rezeki runtuh tersebut.

Sebaliknya, beringatlah tentang kematian untuk diri sendiri yang entah bila akan berlaku serta gunakanlah rezeki yang ada sebaiknya ke jalan Allah.

3. Mimpi Gigi Patah Semua

Ia dikaitkan dengan petanda buruk yang membawa maksud kepada soal duit iaitu hutang dan anda harus membayar dengan segera serta tidak boleh ditangguhkan.

Berkemungkinan, anda perlu menjelaskan sesuatu pembayaran secara tiba-tiba atau duit perlu dikeluarkan dalam jumlah yang besar untuk sesuatu kepentingan.

Dari maksud mimpi sebegini, anda perlu sentiasa beringat tentang simpanan, menyimpan duit serta berjimat cermat untuk masa depan yang belum pasti.

4. Mimpi Gigi Depan Patah

Maksud mimpi gigi depan patah biasanya dikaitkan dengan tanda anda akan menghadapi kesulitan dan kegagalan yang akan berlaku nanti yang membawa kepayahan serta kesusahan.

Waktu bermimpi pula samada di tengah malam atau pada siang hari tidak memberi apa-apa makna sebaliknya ia difokuskan kepada tentang mimpi gigi patah bahagian depan.

Apa yang pasti, maksud mimpi tersebut tidak semestinya tepat dan jangan terlalu taksub dengan mimpi yang dialami sebaliknya berserahlah kepada Allah SWT.

Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk

Berikut adalah bacaan ayat Al-Quran apabila anda terjaga dari mimpi yang menakutkan dan teruskan dengan membaca ayat di bawah iaitu doa selepas mendapat mimpi buruk:

doa ketika mendapat mimpi buruk

Selain itu, setiap kali sebelum anda melelapkan mata, tidurlah dengan cara sunnah Nabi Muhammad SAW sepertimana yang baginda ajarkan iaitu dengan membaca doa sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur.

Tiga Jenis Mimpi Dalam Islam

Dalam Islam, mimpi manusia mempunyai 3 jenis dan apakah maksud sebenar di sebalik mimpi tersebut? Sila fahami setiap penerangan daripada Ustaz Kazim Elias.


Kesimpulan

Apa sekalipun mimpi seseorang itu, walau sehebat atau seteruk mana pun sehingga dicabut sendiri, perlu diingatkan bahawa mimpi itu adalah mainan tidur sahaja dan tidak perlu bersusah hati.

Yang paling penting dalam hidup ini adalah sentiasa beramal kepada Allah SWT serta selalulah meminta dan memohon apa saja kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga.

Semoga perkongsian tentang maksud mimpi gigi patah tercabut serta tertanggal ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog